Selasa, 27 Disember 2011

A Friend Who Cares

Let me be the rock to lean on
Hands to help you walk the path
Remove traces of confusion
You are in my heart.



When the morning sun rises,
I will be your humming bird
To eliminate your distress
You are in my mind.




Your sad eyes filled with tears
Let me wipe it with caring stares
And we'll look on the sunset together
You don't need to go farther.





When you feel everything is falling
let me raise you with my spirit
When pain resides in your heart
I will kiss it away with love.




When everyone is against you
I will stay and be your shield
Lift you up, be with you
I am your friend.



You are born in my heart
I will not disgrace your trust
Let me warm you with my love
Truly a friend, one who cares.

Sabtu, 24 Disember 2011

Keindahan DhuhaMu


Ya Allah sesungguhnya waktu DHUHA itu DHUHAMU,

Kecantikannya, kecantikanMu,
Keindahannya, keindahanMu,
kekuatannya, kekuatanMu,
Kekuasaannya, kekuasaanMu,
Perlindungannya, perlindunganMu......














Ya Allah, Jika rezeki masih di langit
Turunkanlah.
Jika di bumi
Keluarkanlah.
Jika sukar
Permudahkanlah.
Jika haram
Sucikanlah.
Jika jauh
Dekatkanlah.....


Berkat waktu DHUHA

KecantikanMU, 
KeindahanMU, 
KekuatanMU, 
KekuasaanMU, 

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yamg SOLEH..









Uwais al-Qarni


Sungguh menyentuh hati.. 'Ashiteru Ya Rasulullah'


http://www.youtube.com/watch?v=7ek3R5Imlq0

Isnin, 19 Disember 2011

wanita ada air mani??





Mani adalah cecair yang keluar ataupun dipancutkan semasa kemuncak ataupun ketika orgasma sama ada sewaktu melakukan hubungan kelamin ataupun bersetubuh, berseronok, bermimpi,ataupun berfikir perkara-perkara yang menaikkan nafsu syahwat.


Hadis berkaitan mani>


Aisyah melaporkan, Rasulullah ditanya mengenai lelaki yang mendapati basah (pada kainya) dan dia tidak ingat akan mimpinya (mimpi bersetubuh). jawab baginda, "Hendaklah dia mandi". Nabi juga ditanya perihal lelaki yang percaya akan dia bermimpi tetapi tidak mendapati basahan (pada kain/tempat tidur). Baginda menjawab "dia tidak wajib mandi". Kemudian Ummu Sulaim pula bertanya, "sekiranya perempuan melihat basahan itu, adakah dia wajib mandi?" jawab baginda, "Ya kerana perempuan adalah saudara mara lelaki". Dilaporkan oleh Tirmizi


Kaedah saintifik


Mani adalah cecair hasil daripada percampuran benih lelaki(sperma) dengan lendir yang dikeluarkan oleh beberapa kalenjar iaitu kalenjar prostat, duktul ejakulatori, vesikel seminal dan kelenjar bulbouretha. Cecair ini bertujuan merendahkan keasidan pada vagina. Keadaan ini penting bagi membantu meninggikan keupayaan sperma bergerak naik ke tiub fallopian apabila dipancutkan ke dalam faraj dan mampu menemui telur (ovum) di  hujung tiub itu (ampulla)


Kajian saintifik hari ini menunjukkan bahawa perempuan tidak mengeluarkan cecair mani dan hanya mengeluarkan cecair mazi semasa teransang ataupun merasai kelazatan atau orgasma. Perkara ini bercanggah dengan hadis Rasulullah.


Persoalan???


Adakah cecair yang dinamakan mazi semasa wanita mulai terangsang itu berubah menjadi air mani ketika orgasma berlaku?


Peroalan ini dijawab dengan beberapa kajian oleh pakar seksologi bagi memastikan kewujudan mani (tahun 2002).. Kajian di ITALI menunjukkan kemungkinan besar air mani wanita dikeluarkan oleh kalenjar paraurethral/kalenjar skene. Kalenjar SKENE yang mempunyai dinding lantai saluran kencing (urethra) dengan bilangan yang berbeza-beza. Kebanyakan wanita tidak mempunya kalenjar ini. Sekiranya kalenjar ini penyebab berlakunya ejakulasi pada wanita, perkara ini menerangkan kepada kita kenapa ramai wanita tidak mengalaminya ataupun tidak mampu mengeluarkan mani. Ketika kemuncak, kalenjar ini mampu mengeluarkan cecair pelincir yang banyak dan berwarna jernih ataupun kekuningan sekiranya dirangsang dari faraj. Cecair yang dikeluarkan ketika orgasma ini menyamai komposisi cecair mani lelaki. Cuma cecair ini tidak mengandungi sperma.

Ahad, 13 November 2011

Solat bersama bidadari kecil dan malaikat hatiku

Selang beberapa hari cuti semester, ummu diamanahkan oleh abang sulung ummu untuk menjaga anak-anaknya sementara kakak ipar ummu mengerjakan haji di bawah tajaan tabung haji yang mana dia ditugaskan untuk mengendalikan pendaftaran jemaah haji dari Malaysia. Waktu yang singkat bersama mereka ummu terapkan dengan aktiviti yang berfaedah, untuk tinggalan kenangan ummu sewaktu menjaga mereka. First of all ummu mahu memperkenalkan mereka dahulu. Malaikat ummu namanya Muhammad Lukman Hakim (10 tahun) nama samarannya along, bidadari pula Rabiatul Adawiyah(9 tahun) ini pula angah dan Alia Umairah.(6 tahun) dan ini adik@alia  

Pelbagai gelagat yang ummu harus depani, Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Saat-saat mereka bersama ummu adakalanya senyum sahaja adakalanya kesabaran ummu tercabar..

Apa yang menariknya sewaktu mengajak mereka solat berjemaah, ummu yang manjadi imamnya.. Sewaktu sesi mengambil wudu' ummu lebih cakna disebabkan wudu'lah penentu solat kita. Perlulah didik mereka cara yang betul dari kecil agar nanti mudah untuk mereka mempraktikkannya.

"along, angah, jom ambil wudu'  nak solat ni", ummu bersuara mengajak.
muka along sudah berubah dan terus berkata "adik yah(angah) ambil wudu' dulu". Ummu terus menyampuk, "jom semua sekali ambik wudu' dengan makcu"(panggilan mereka kepada ummu)

"ok, makcu nak tengok sorang-sorang ambil wudu'", tegas ummu kepada mereka.
Alhamdulillah wudu' dimulai dengan angah dahulu, kesalahan-kesalahan kecil sahaja yang dilakukan.

"ok, along pula"
terus sahaja along menyampuk "along nak buat yang wajib sahaja"
tergelak kecil ummu, baru setahun jagung sudah tinggalkan sunat,

"kalau buat yang sunat dapat apa ya along" pertanyaan ummu yang mahukan kepastian pengetahuan along.
"mestilah dapat pahala" jawab along dengan yakin
"jadi, kenapa along nak ambil wudu' yang wajib sahaja? along tak mahu pahala" sampuk ummu dengan psiko.
"ok..ok.. along buat yang sunat juga, makcu buat yang sunat juga tau, kita lawan sapa dapat banyak pahala"

Alhamdulillah sudah pandai mahu berlawan dapatkan pahala, moga berterusan ya along....

Tiba-tiba baju  ummu ditarik si kecil alia, katanya "Alia nak ambil wudu' juga"
Alhamdulillah, "sini, makcu ajarkan"..

Sesi ke 2(solat)

Angah tak bawa telekung, so ummu pakaikan dia telekung ummu, lawak pula wajah angah memakai telekung besar, kalau dah pakai telekung tak perlu lagi kainnya, sudah sampai ke atas sejadah, tetapi ummu pakaikan juga kainnya agar dia dididik dengan sempurna..

"along tolong iqamah"
"Allahuakbar, Allahuakbar......"

Ummu meneruskan solat hinggalah selesai,

Seusai solat, ummu menoleh kebelakang, ummu lihat seperti muka angah agak mencuka.
"kenapa angah?'
"adik ni, tarik telekung angah sampai nampak rambut, tak sah la solat angah.." wah sudah pandai sah atau  tak sah..
"owh, adik tak sengaja angah, mai sini solat tempat makcu"

Sedang angah solat, ummu panjatkan doa, ummu mengambil inisiatif untuk berdoa didalam bahasa melayu agar along dan adik memahami permintaan kami kepada Allah.

Ya Allah ampunilah dosa kami serta dosa kedua ibu bapa kami, rahmati  mereka seperti mana mereka menjaga kami sejak kecil,
Ya Allah jadikan kami hambamu yang taat dalam beribadah, jadikanlah kami anak-anak yang soleh.

dan beberapa doa lagi ummu panjatkan, bisikkan ummu dihati meminta agar Allah merahmati zuriat keturunan keluarga besar kami dan menyayangi bidadari dan malaikat kecilku..

Beberapa hari menjaga mereka, ummu manfaatkan dengan kisah-kisah nabi Allah, mengajar mereka mengaji dan memantau kerja sekolah mereka. Bukan mudah untuk menjadi pendidik tambahan pula pendidik keluarga. Ingatan ummu kembali kepada mak dan abah yang menjaga ummu dahulu, begimi susahnya menjadi ibu dan ayah, jangan senang-senang sahaja kita mahu menderhakai mereka Redha Allah terletak kepada Redha ibu bapa..

Ya Allah jadikan aku dan pembaca sekalian sebagai anak yang soleh dan solehah, taat dan patuh kepada kedua ibu bapa selagi suruhan mereka tidak bertentanga dengan suruhanMu...Amin




Sabtu, 22 Oktober 2011

Apa kamu enggak punya hati?

Alhamdulillah, Ummu panjatkan kesyukuran kepada yang maha Esa. Alhamdulillah...............Alhamdulillah..............


Alhamdulillah, Ujian Allah tanda kasih sayangNya pada kita..


Sesekali diuji, mengapa ramai yang hanya terus berserah dan menunggu saat-saat yang disukai atau yang dibenci pergi dengan menongkat dagu terus-menerus? Apakah kalian semua tidak punya perancangan yang mampu menampakkan kalian bagaikan satria di medan peperangan?


Ya... siapa sahaja bisa kecewa, terluka, malah remuk hatinya tatkala diuji.. itu hanya ketukan kecil yang Allah datangkan pada hamba-hambanya yang mengaku beriman. Mana mungkin dikatakan sayang andai orang yang disayang tidak dikenali. Mana mungkin dikatakan sayang kalau tidak ucapkannya dengan penuh penghayatan, mana mungkin dikatakan sayang kalau hati sudah merewang, mulut sahaja pandai berbicara sayang.


Apa yang Ummu maksudkan ini??
Ummu hanya mahu mengajak semua sahabat sekalian agar muhasabah kembali APA GUNA UJIAN? cuba tanya diri, apa ada jawaban? Ummu sudah jelek dengan soalan yang diajukan.."apa Ummu tak sedih dengan pemergian Allahyarham abang Ummu"?, " Ummu bisa ketawa sedangkan baru tadi Ummu dimarah"? "Apa Ummu tidak kecewa sahabat sendiri sudah melukakan hatimu? arghhh sudah banyak soalan yang jawapannya tetap sama, "Ujian itu tanda SAYANGNYA Allah pada kita. kenapa susah mahu menerimanya. Biarpun diri kita sasaran utama, tetapi apabila hati sudah nekad akan qada' dan qadar Illahi, mana mungkin ada lagi soalan sebegini. SIAPA mengaku tidak pernah ada rasa kecewa??Kamu Hipokrit.. Perasaan yang bercampur baur sudah menjadi fitrah, jadikan Iman kemudi agar kapal kita tidak karam tatkala taufan melanda.. Ummu titipkan lirik buat sahabat, mana mungkin Ummu tidak punya rasa yang sudah fitrah.


NICE


Dalam lesu
Kau masih tersenyum
Walaupun terlihat duka tangisanmu
Merindukan warna kedamaian
Menanti bahagia beraja di situ

Bilakah….
Kan berakhir kisah derita
Apakah... tiada penghujungnya
Manakah jawapannya

Laungkan tulus kasihmu seluruh alam
Hingga bisa menggegar bumi
Moga mereka terima utusan salam
Tanda kau masih di sini

Khabarkan kepada mereka
Masih ada cinta mewangi di sini
Dan khabarkan kepada dunia
Damai yang kau cari
Akan kau miliki
Pasti….



Apa-apa pun, pesanan Ummu, jadikan ujian umpama satu batu loncatan untuk kekuatan Iman..




Ummu Yusra
Inni Akhafullah..

Jumaat, 30 September 2011

bersabarlah duhai sahabatku

Semenjak kami dipertemukan, hanya lirikan senyuman yang mewarnai wajah suci sahabatku, Alhamdulillah Ummu dianugerahkan dengan sahabat yang memahami dan banyak mendorong Ummu, disaat suka mahupun duka mereka setia bersama. Pelbagai ragam, ada yang kuat agamanya, ada yang biasa-biasa sahaja. "Manusia tidak sempurna" inilah motto hidup kami kerana kami akan menerima sahabat kami seadanya dan sedaya upaya menegur apa yang tidak kena. Ukhuwah fillah abadan abada..


---------------------------------------------------------------------------------
Dua tiga minggu yang lepas, seorang daripada sahabat Ummu berkongsi kesedihannya dengan Ummu.Bukan kami membelakangi sahabat lain, cuma dia hanya mahu meminta pendapat.


Mesej dari Ayu(bukan nama sebenar)


.....Ummu, Ayu sedih, sanggup dia mainkan perasaan Ayu.. Ayu nak nangis..:-(


Ummu membaca mesej dengan kehairanan dan otak ligat berfikir apa yang dimaksudkan oleh Ayu..Ummu bergegas berjumpa dengan Ayu untuk mendapatkan penjelasan dan moga-moga dapat mengurangkan kesedihannya.......


    Sampainya Ummu di sana, Ayu terus menarik tangan Ummu dan dipegang eratnya..


Ummu : Apa yang berlaku?
Ayu : Dia jahat, dia cakap dia tak suka Ayu.
Ayu bercakap tersak-esak dalam tangisan..


Ummu : mungkin ada kesilapan yang Ayu tak sedar.
Perbualan kami berterusan sehingga Ayu sudah stabil kondisinya.


Kesimpulannya
Ayu menggunakan orang tengah untuk meminang seorang muslimin yang selama ini bersama-sama dengannya di dalam medan dakwah, dia menggunakan seseorang yang sangat dipercayai dan rapat dengan muslimin serta diri dia sendiri. Hasrat hatinya disampaikan dan jawapan dari muslimin berkenaan tidak mengecewakan, akan tetapi muslimin berkenaan mahu meneruskan pengajiannya dahulu di peringkat ijazah.. Ayu tidak memaksa untuk berkahwin awal cuma dia mahu muslimin itu tahu bahawa niatnya baik mahu menjadikan muslimin itu sebagai ketua keluarganya.. Alhamdulillah muslimin berkenaan telah pergi ke rumah Ayu dan berkenalan dengan keluarga Ayu..


Beberapa bulan kemudian..
Ayu telah dirisik oleh seorang pemuda yang menuntut di luar negara yang mana merupakan anak kawan ayanya.. Hasrat hati pemuda berkenaan disampaikan oleh ibu Ayu. Pemuda berkenaan tidaklah islamic tapi bagus akhlaknya, cuma itu bukan pilihan Ayu. Ayu terus menelefon orang tengah dan menceritakan apa yang berlaku dan orang tengah  menyampaikan berita berkenaan kepada muslimin tadi. Jawapan dari muslimin itu, dia hanya bergurau dan menyuruh Ayu menerima risikan pemuda tadi........


Sampai di situ sahaja cerita Ayu..


Pesana Ummu tatkala Ayu meminta dinasihati


> Allah itu maha Adil, apa yang berlaku suatu hikmah yang kita tidak tahu apakah titiknya. Cuma masa yang dapat menentukannya..
> Seringkali kita bersama membaca ma'thurat dan seringkali kita mengulang ayat "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
> Banyakkan solat istikharah supaya diberikan petunjuk, bukan hanya lakukan sekali tetapi biarkan ianya menjadi solat sunat harian kita. Perkahwinan bukan satu mainan, pasangan juga bukan satu teka-teki yang kita acap kali meneka bahawa dialah yang terbaik buat kita.
> Banyakkan berdoa. Allah akan mendengar apa sahaja doa yang kita panjatkan buatnya.. "Ya Allah sekiranya dia adalah jodohku, temukan kami dibawah lembayung rahmatMu, sekiranya dia bukan diciptakan untukku, aku redha dengan ketentuanMu.Sesungguhnya Engkau lebih tahu siapakah yang selayakknya buatku." 


Mungkin bukan jodoh Ayu didunia, mana tahu doa Ayu dimakbulkan di akhirat kelak.Allahu Rabbi..







Khamis, 29 September 2011

Hebat!! kamu berniqab






Seminggu yang lepas UniSZA mengadakan majlis sambutan hari raya, pelbagai program yang dipertandingkan seperti tarik tali, boling padang dan lain-lain lagi. Tetapi bukan hal ini yang Ummu mahu sampaikan tetapi Ummu mahu bercerita mengenai seorang muslimah niqab. Tidak berhasrat di hati untuk mengata, cuma Ummu mahu sahabat-sahabat semua ambil iktibar daripada apa yang Ummu nampak, moga-moga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertakwa.

Alhamdulillah program itu berjalan dengan lancar, nak dijadikan cerita, sukan yang dipertandingkan berdekatan dengan hostel Ummu dan betul-betul di belakang bilik Ummu. Bermacam-macam ragam yang Ummu nampak, gaya muslimah dengan muslimahnya, gaya perempuan dengan keperempuanannya, gaya wanita dengan kewanitaannya, gaya gedik....sambung yer...

Sedang asyik Ummu memerhatikan ke luar tingkap, mata ummu tertarik akan seorang muslimah niqab yang sedang berlari bagi mendapatkan kawannya.. "Biar betul mata Ummu nampak benda-benda macam ni maklumlah Ummu tidak mengenakan cermin mata". Ummu bergegas mengambil cermin mata dan kembali melihat keluar.... Nah....Tidak syak lagi betul apa yang diterjemahkan oleh mata rabun Ummu.. 

Tidak berakhir di situ, Ummu terpandang akan baju yang dikenakan oleh muslimah niqab berkenaan.. MasyaAllah...........Apa yang telah berlaku?? Muslimah itu hanya memakai baju t-shirt berlengan pendek yang dikenakan dengan sarung lengan, tidak kurangnya baju yang dipakai begitu singkat paras bawah (........) sahaja dan ditambah pula dengan baju yang ketat. Kain skirt labuh berwarna hitam

Malu.........Marah...........Simpati bebelah bahagi..
Sudah hilang sifat muslimah niqab, dan sudah timbul fitnah bagi agama sendiri.Ummu menghormati muslimah yang berniqab dek kerana pilihan yang mereka buat. Tetapi apa yang ada dengan muslimah berniqab sekiranya BERCOUPLE, BERPAKAIAN KETAT, TIDAK MENJAGA SUARA... Iman hanya diterjemahkan bukan lahir dari dalam hati dan diterjemahkan. 

Sudah acap kali Ummu melihat muslimah niqab (bukan semua) menjadi fitnah kepada agama sendiri, apabila ditegur ucapan TERIMA KASIH, SYUKRAN, TQ, 10Q, ARIGATO sudah menjadi zikir di bibir tetapi hanya mulut berkata-kata tetapi hati tetap membisu..

Ayuh jangan hanya mahu cantik dipandang sehingga agama ditinggalkan, cantik kita akan dimamah usia, Iman kita kekal hingga akhirnya..

(Ribuan kemaafan kepada muslimah niqab, bukan mahu mengeji cuma mahu mengambil iktibar. Andai diri ini  tersalah mohon teguran dari kalian, sesungguhnya kalian lebih mulia dari saya)


Pesananku untukku
Pesananku untukmu

Jumaat, 16 September 2011

Nota Cintaku buat-NYA




Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah




<Saujana>

Isnin, 12 September 2011

IBU

Alhamdulillah, anak ibu sudah besar.. Berkat doa seorang ibu, kamu masih utuh dalam keimanan..........

Terima kasih ibu atas didikanmu, walaupun suara-suara kecil mengatakan kau tidak seperti Saidatina Khadijah, tidak seperti Saidatina Aisyah, tidak pula seperti Saidatina Fatimah tapi bagi diriku engkaulah ratu hatiku. masakan aku begini jika engkau begitu, masakan aku begitu jika engkau begini....

Ibu....
Andai ibu diusik, izinkan saya dihadapan ibu
Ibu....
Andai ibu dicaci, izinkan saya mempertahankan ibu
Ibu....
Andai ibu disakiti, izinkan saya merasai kesakitan itu
Ibu....
Andai ibu lelah, izinkan saya menggantikan ibu
Ibu....
Andai ibu gembira, izinkan saya bersama ibu.

Ibuuuuuu..
Maafkan anakmu.

Halalkan...
Air susumu
Halalkan...
Keringatmu terhadapku
Halalkan....
Makan minum yang disuap ke mulutku
Halalkan....Halalkan......
Segala-galanya.............Halalllllllkan Ibu..




Jumaat, 19 Ogos 2011

Nak solat.

Kisah 1

Suatu hari di dalam kelas, Ummu disapa oleh seorang sahabat yang agak indah wajahnya jika dipandang lelaki.. Kami baru sahaja menamatkan kelas Faraid dan waktu tu jam di tangan tepat pukul 1 tengah hari.. 

Sofea  : Salam, ummu balik bilik tak tengah hari ini?

Ummu :Waalaikumussalam.. Tak kot, kenapa?

Sofea  : ooo, ingat ummu nak balik, sofea nak join sekali..Nak solat.

Ummu : Ummu solat kat surau Habibah ja, boleh ja kalau nak join.

Sudah menjadi kebiasaan Ummu untuk terus bersolat di surau sementara menunggu kelas sesi petang. Jauh kalau nak balik, lagipun ada juga masa rehat kalau singgah surau ja.

Sofea : Ermm, sofea tak bawa telekung, so sofea nak balik la tapi tak        sapa nak teman.

Ummu : Ala, pakai ja la baju tu bukannya syarat sah solat pakai 

telekung. Ummu pon macam ni ja solat nanti.

Sofea : Tak nak la ummu, tudung sofea jarang..

Hanya bisikan di dalam hati yang mampu menguatkan diri ummu, muhasabah kecil di tengah hari. Bisa sofea secantik itu hanya pakai apa yang mampu, tidak menutup anugerah yang tak ternilai dariNya. Bila terpandang tudung sofea, emang benar kecantikan leher jinjang miliknya terserlah. MasyaAllah.

Kisah 2

Setelah azan sayup kedengaran di corong pembesar suara surau Toriq, Ummu bergegas untuk berwudu' dan cepat-cepat mahu menunaikan solat qabliyyah asar. Setelah selesai berdoa, ummu terpandnag gelagat seorang mahasiswi yang sedang solat secara sendirian. Kainnya terselak maka kakinya pun terdedah, cepat-cepat si mahasiswi ni menarik kain dengan kaki bagi menutup semula kaki yang terselak. Aurat wanita ketika di dalam solat salah satunya adalah kaki, so si dia pon apa lagi beberapa kali kainnya terselak ditariknya kembali dengan kaki. 

Sesudah solat, si dia tadi bersolek kalah binatang TV, dengan slamber ja terus keluar, tak pula ummu nampak dia pakai stokin. MasyaAllah.

Nak solat.... pandai pula tutup aurat, tahu pula batas aurat, mana pergi ilmu kau sumbat..

Murabbi Ust Wan Yusof > Pakai la baju yang boleh terus solat, tak perlu susahkan diri  (Pensyarah Jabatan Syariah) ^____^



Khamis, 4 Ogos 2011

Surat untuk calon Suamiku


Assalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Apa khabar imanmu hari ini?
Sudahkah harimu ini diawali dengan syukur
Kerana dapat menatap kembali fananya hidup ini.
Sudahkan wudhu menyegarkan kembali ingatanmu
Atas amanah yang saat ini tengah kau gengam?

Wahai calon suamiku,
Tahukah engkau betapa Allah sangat mencintaiku  dengan dahsyatnya?
Di sini aku ditempa untuk menjadi dewasa,
Agar aku lebih bijak meyingkapi sebuah kehidupan dan siap mendampingimu kelak.
Meskipun kadang keluh dan putus asa menyergapi, namun kini kurasakan diri ini lebih baik.

Kadang aku tertanya-tanya, kenapa Allah selalu mengujiku tepat dihatiku?
Bahagian terapuh diriku,
Namun kini aku tahu jawabannya.

Allah tahu dimana tempat yang paling tepat
Agar aku senantiasa kembali mengingatiNya
Kembali menyintaiNya.
Ujian demi ujian Insya Allah membuatku menjadi lebih teguh,
Sehingga saat kelak kita bertemu,
Kau bangga telah memiliki aku dihatimu.

Calon suamiku,
Entah,
Dimana dirimu sekarang.
Tapi aku yakin Allah pun mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku.
Aku yakin Dia kini sedang melatihmu
Menjadi  mujahid yang tangguh,
Hingga akupun bangga memilikimu kelak.
Apa yang kuharapkan darimu adalah kesalihan.
Semoga sama halnya dengan dirimu.
Karena apabila kecantikan yang kau harapkan dariku,
Hanya kesia-siaan yang akan kau dapati.

Aku masih haus akan ilmu.
Namun berbekal ilmu yang ada saat ini,
Aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keridhaan Allah dan dirimu,
Calon suamiku.

Wahai calon suamiku,
Saat aku masih menjadi  asuhan ayah dan bundaku,
Tak lain doaku agar menjadi anak yang solehah,
agar kelak dapat tabungan keduanya di akhirat.


Namun nanti setelah menjadi isterimu,
Aku berharap menjadi pendamping yang solehah,
Agar kelak di syurga cukup aku menjadi bidadarimu,
Mendampingi dirimu yang soleh.

Aku ini pencemburu berat.
Tapi kalau Allah dan Rasulullah lebih kau cintai daripada aku, 
aku rela.
Aku harap begitu pula dirimu.

Aku yakin kaulah yang kubutuhkan,
Meski nanti kau bukanlah orang yang kuharapkan.

Calon suamiku yang dirahmati Allah,
Apabila hanya sebuah gubuk menjadi perahu pernikahan kita,
Takkan kunami dengan gubuk derita.
Karena itulah markas dakwah kita,
Dan akan menjadi indah ketika kita hiasi dengan cinta dan kasih.

Ketika kelak telah lahir generasi penerus dakwah islam dari pernikahan kita,
Bantu aku untuk bersama mendidiknya dengan harta yang halal,
dengan ilmu yang bermanfaat,
terutama dengan menanamkan pada diri mereka
ketaatan kepada Allah Taala.


Bunga akan indah pada waktunya.
Yaitu pada ketika bermekaran menghiasi taman.
Maka kini tengah kupersiapkan diri ini sebaik-baiknya,
Bersiap menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku.
Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik.
Meski bukan umat yang terbaik,
tapi setidaknya menjadi yang terbaik disisimu kelak.

Calon suamiku,
Inilah sekilas harapan yang kuukirkan dalam rangkaian kata.
Seperti kata orang,
Tidak semua yang dirasakan dapat diungkap dengan kata-kata.
Itulah yang kini kuhadapi.
Kelak saat kita tengah bersama,
Maka disitulah kau akan memahami diriku,
Sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu.

Bersabarlah calon suamiku.
Doaku selalu,
Agar Allah memudahkan jalanmu tika menjemputku sebagai bidadarimu.

Semoga Allah selalu menjagamu,
Agar tak tersentuh yang bukan mahrammu,
Meski hanya seujung kuku.
Agar kau bisa mempersembahkan dirimu
seutuhnya untukku.
Seperti halnya aku,
Yang ingin mempersembahkan diriku
Seutuhnya hanya untukmu.

Calon isterimu.^_^

Buat sahabiah, berjuanglah untuk jadi yang terbaik di sisi Allah dan bakal pemimpinmu kelak..

Ustazah pilihan…


Beberapa minggu yang lepas, ummu dikejutkan dengan 1 mesej…
1 mesej diterima..
Salam,  enti dipanggil untuk temuduga ustazah pilihan.. hari ini dekat kuala Terengganu. Jam 8 pagi ni sampai 5 petang. Pergi ye. (ustazah ….)
Subhanallah, jadi ustazah pilihan?? Wah tak layaknya. Maf ustazah ana tak dapat pergi.
 (mesej send)

Post kali ini ummu ingin berkongsi bersama sahabat-sahabat semua mengenai program ‘Ustazah Pilihan’ > (UP) oleh astro OASIS.
Alhamdulillah astro oasis punya jalan tersendiri bagi menyebarkan dakwah mereka. Program Imam Muda(IM), Indahnya Iman, Tadarus quran dll semuanya memberikan impak yang positif kepada orang awam.
Tetapi mengenai (UP).. ummu tidak berapa setuju, kerna apa?? Banyak keburukan daripada kebaikkannya.

Muslimah > ummu tidak mengatakan bahawa muslimah itu tidak boleh berdakwah dikhalayak ramai, tetapi medium yang digunakan iaitu media massa TV yang menyebabkan ummu tidak bersetuju.

Publisiti barangan> sudah menjadi trend mahupun agenda yahudi yang mana apabila sesuatu produk baru dikeluarkan, WANITA yang menjadi sasaran sebagai model bagi produk berkenaan. Ummu tidak juga mengatakan ‘ustazah pilihan’ itu sebagai model barangan tetapi berada di hadapan khalayak ramai yang mana puluhan ribu orang melihat muslimah, di mana letakkan sifat pemalu muslimah itu??? Adakah mahu dijadikan muslimah itu sebagai model produk ‘ustazah pilihan’

Sekiranya mereka menjawab bahawa, (UP)  adalah rentetan daripada IM(Imam Muda) yang mana ramai remaja-remaja yang lebih dekat kepada agama Islam, YA, tidak ada salahnya.tetapi IM muda itu adalah seorang lelaki yang memang sepatutnya berada di hadapan khalayak ramai bagi meyampaikan dakwah mereka. Muslimah itu sepatutnya berada di belakang sebagai penguat tiang yang sudah sedia ada, bukannya membina tiang baru bagi membina kekukuhan yang mungkin kekal tidak lama.

Apa yang mengejutkan ummu, seorang ustazah yang mengajak muslimah memasuki program (UP).. Ummu tidak cepat melatah untuk meyalahkan ustazah tersebut dek kerana ilmu Ummu dengan Ustazah ‘jauh panggang dari api’, ummu siasat dahulu mengapa ustazah membenarkan muslimah menyertai (UP) :-


Antara alasan...
………Kamu sertai dahulu (UP) tu,nanti bila sudah berada di dalam program tersebut dan apabila mereka suruh kamu buat sesuatu yang di larang oleh syara’ mahupun perkara yang berbeza dari pegangan kamu, maka waktu itu kamu perlu tegas untuk menjadi diri kamu..

YA ustazah, kata-kata ustazah itu benar tetapi :-
…Tidakkan stetsen TV itu telah menetapkan peraturan yang tertentu untuk menyertai program tersebut?
…Pakaian nanti juga akan bertukar lain. ummu petik kata-kata Ustaz Azhar Idrus kepada Dr Mashitah >dulu-dulu masuk TV pucat ja, tapi lerning masuk TV merah habis satu badan..
....Kontrak antara astro dengan peserta UP akan berjalan selagi tidak tamat tempoh, kalau nak lari lebih baik lari terus ke mahkamah sebab confem dah bagi sesiapa langgar kontark akan masuk mahkamah..


Saranan Ummu, 'kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai'. kalau tidak ada kekuatan jangan cuba (UP)


Subhanallah ''Iman tidak dapat diwarisi'


Sama-sama kita tunggu program (UP) akan datang... ^_^


Jumaat, 29 Julai 2011

Ramadhan (permasalahan 2)

Penggunaan Inhaler


Ada sesiapa yang asma/lelah atau sewaktu dengannya? I.Allah ummu akan sajikan sedikit input untuk pembaca memandangkan tinggal dua hari sahaja lagi untuk kita memasuki bulan tarbiyyah.


Definisi Inhaler :-
Inhaler merupakan satu alat yang mengandungi ubat dalam bentuk cecair yang mengandungi 3 jenis bahan iaitu ubat-ubatan, cecair dan juga oksigen. Cara penggunaannya dilakukan dalam bentuk mengangkat, kemudian menekannya ke dalam mulut atau hidung. Pada masa itu,bahan-bahan yang terkandung di dalamnya akan keluar dan memasuki tekaka melalui tekak atau bahagian dalam hidung. Sebahagian daripadanya akan kekal berada di dalam tekak. Kadang-kadang satu kuantiti kecil akan berada di dalam kerongkong.


Jadi adakah membatalkan puasa sekiranya kita menyedut Inhaler?


Pendapat ulama'


Ulama' berselisih pendapat dalam hal ini, ummu akan menyebut di sini pendapat yang i.Allah akan memenuhi kemaslahatan umum..


Penggunaan Inhaler TIDAK MEMBATALKAN mahupun merosakkan puasa. Inilah pendapat As-Syeikh Abd Aziz bin Baz, As-Syeikh Muhammad bin Salih Al-Uthaimin, As-Syeikh Abdullah bin Jabrin, As-Syeikh Doktor As-Siddiq Ad-Darir,Doktor Muhammad Al-Khayyat dan Jawatankuasa Tetap Fatwa kerajaan Arab Saudi.


Alasan


1. Bahan yang tersapat di dalam Inhaler yang masuk ke dalam kerongkong dan seterusnya ke dalam perut terlalu sedikit, kerana itu, hukumnya tidak membatalkan puasa, sebagai qiyas kepada berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung.


Satu alat Inhaler mengandungi 10 mililiter cecair, yang mengandungi ubat-ubatan. Kuantiti ini cukup untuk digunakan sebanyak 200 kali semburan. Setiap kali semburan mengeluarkan jumlah yang rendah, tidak sampai 1 mililiter. Setiap semburan tidak sampai satu titisan. Satu titisan initerbahagi kepada beberapa bahagian yang paling besar, memasuki bahagian pernafasan. Satu bahagian memasuki kerongkong, manakala baginya turun ke perut. Kuantiti yang jatuh ke dalam perut ini dimaafkan, sebagai qiyas kepada air yang terlekat pada tekak hasil berkumur-kumur dan melakukan istinsya' (memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk). Malah sisa air yang terlekat pada bahagian tekak lebih banyak berbanding dengan kuantiti semburan Inhaler yang memasukinya. Dengan ini, sekiranya seseorang berkumur dengan air yang dimasukkan bahan tertentu, sudah tentu bahan tersebut dapat ditemui tidak lama selepas itu di dalam perut,  yang sekaligus membuktikan kewujudan bahan tersebut di dalam perut tetapi dalam kuantiti yang sedikit, adalah dimaafkan. Kuantiti sisa air berkumur-kumur dan istinsya', dari segi keyakinannya, sudah tentu melebihi dari kuantiti semburan Inhaler yang memasuki kerongkong- jika diandaikan ia memasuki kerongkong.


2. Semburan yang masuk ke dalam perut satu perkara yang belum pasti, sebaliknya masih diragui. Mungkin masuk dan mungkin juga tidak. Berdasarkan kepada hukum asal, puasa sah dan tidak rosak.
اليقين لا يزال باالشاك


3. Ia tidak sama dengan makan dan minum, sebaliknya lebih menyerupai pengambilan darah untuk tujuan klinikal dan penggunaan suntikan yang mengandungi makanan (nutritive)


Perbahasan ke atas Alasan


Walau bagaimanapun alasan ini boleh dipertikaikan, kerana memang wujud kuantiti air di dalam kandungan ubat-ubatan yang terdapat di dalam Inhaler.


4. Bahan semburan akan keluar dalam bentuk wap dan tidak akan sampai ke dalam ruang-ruang di dalam paru-paru.


Perbahasan ke atas Alasan


Walau bagaimanapun sebelum ini, kita telah menjelaskan kuantiti kecil semburan Inhaler juga masuk ke perut.


5. Pakar-pakar kedoktoran memperakui penggunaan siwak mengandungi 8 jenis bahan kimia, yang dapat mengawal gigi dan gusi dari serangan penyakit. Bahan kimia ini sudah tentu meresap pada lidah dan memasuki tekak, apabila seseorang bersiwak. Di dalam hadis sahih Bukhari daripada Amir bin Rabi'ah " saya melihat Rasulullah bersiwak, dalam jumlah yang tidak dapat saya hitung, sedangkan baginda berpuasa"


Sekiranya bahan-bahan kimia yang memasuki tekak ini, dimaafkan, kerana kuantiti yang sedikit dan tidak disengajakan, begitu jugalah bahan-bahan daripada Inhaler yang memasuki tekak, juga dimaafkan, di atas sebab yang sama.






rujukan >
Isu-isu perubatan dan hubungannya dengan perkara-perkara yang membatalkan puasa
oleh > 
Al-Syeikh Ahmad bin Muhammad Al-Khalil
Terjemahan oleh> Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari (UNISZA)

Permasalahan & Jawapan Berkisar Ibadah dalam Bulan Ramadhan

1. Perlukah berniat setiap hari sebelum berpuasa di bulan Ramadhan dan bagaimanakah caranya ?

Jawapan :

Berniat sebelum memulakan sesuatu ibadah sudah menjadi syarat dalam kaedah fiqhiyah yang ditetapkan oleh para ulama dari keumuman perintah rasulullah yang bersabda : “ Sesungguhnya sesuatu amal perbuatan itu dengan niat dan apa yang dilakukan itu ialah dengan apa yang diniatkan…” (Hadith Sahih, Muttafaqun Alaih –Disepakati oleh Bukhari no. 41 & Muslim no.158).

Inilah yang menjadi dasar para fuqaha yang kemudiannya membangunkan kaedah usul iaitu al-umur bima qasidiha “setiap amal itu diukur dengan apa yang diniatkan” (lihat dalam al-wajiz fi syarh qawaid fiqhiyah oleh Dr Abd Karim Zaidan m/s 11). Demikianlah juga seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi ra dalam kitabnya “tidak sah berpuasa melainkan dengan niat dan keadaannya (tempat niat itu) ialah di hati..” (lihat dalam Raudhatun talibin m/s 350 jilid 2).

Mengenai niat untuk berpuasa di bulan Ramadhan, maka secara ringkas ana menjawab bahawa niat untuk berpuasa itu ialah wajib dan menjadi syarat sah puasa seperti yang disepakati oleh ulama dan disebut oleh Imam Abi Bakr Muhammad ibn Ibrahim ibn Munzir Al-Naisaburi dalam kitabnya Al-Ijmak bahawa termasuk perkara yang diijmak oleh ulama Islam ialah kewajipan berniat berpuasa pada setiap malam di bulan Ramadhan (lihat Al-Ijmak m/s 58).

Niat itu dilakukan dalam hati dan tidak menjadi kewajipan untuk menyebutnya dengan lisan dan sesungguhnya mengucapkan niat itu dengan lisan bukanlah dari sunnah dan pula bukan dari amalan salaf soleh sebaliknya bid’ah yang di ada-adakan jika dibuat bukan untuk tujuan mendidik anak-anak atau orang lain sekiranya untuk mendidik maka tidak mengapa.

Tidak perlu berniat “sahaja aku...” atau “bahawasanya aku…” atau apa-apa ayat yang formal dan mematuhi tatabahasa Melayu atau bahasa baku atau juga mematuhi perkataan tertentu…sebaliknya niat dilakukan secara lumrah dan fitrah dengan keyakinan, kesungguhan dan kejelasan untuk sesuatu perbuatan yang hendak dilakukan secara ikhlas kerana Allah di dalam hati tanpa menzahirkan.

Walalhualam.




2. Benarkah Bersugi atau bergosok gigi itu boleh mengurangkan pahala puasa dan merupakan perkara yang makruh sewaktu berpuasa ?

Jawapan :

Bersugi dan bersiwak ialah sunnah rasulullah dan menjadi kebaikan pada umat Muhammad salallahualaihiwasalam untuk menuruti sunnah baginda dan meninggalkan kata-kata bohong jahil para ustaz atau ustazah yang mencari makan dengan berceramah atau mencari makan dengan sedikit popular lalu mengeluar fatwa yang bukan-bukan tanpa ilmu.

Dalam kaedah feqah dan juga usul, sesuatu amalan sunnah secara umum seperti bersiwak tidak akan menjadi makruh melainkan wujud dalil khas yang mengkhususkan kemakruhannya pada bulan Ramadhan dengan ada dalil sabit yang jelas menunjukkan kelarangan dan keburukkannya.

Ada pun dalam hal ini para fuqaha mazhab syafie’iyah sahaja yang kebanyakkannya menjadi keliru dalam memahami hadith rasulullah dari riwayat Abu Hurairah ra yang menyebut mengenai fadhilat berpuasa iaitu antaranya “…mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi dan indah di sisi Allah dari bauan wangian kasturi” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 1904 dan Muslim no. 1151) .

Para ulama mazhab syafie’iyah iaitu pada zaman mutakalimin dan era percambahan mazhab memang terkenal dengan keterlaluan mereka dalam mengunakan akal dan logik dalam memahami sunnah tanpa memerhati kaedah tahdith dan mudah mengambil faham hadith secara logik akal tanpa meneliti riwayat dan pengamalan salaf soleh.

Dari hadith di atas, maka ramai ulama mengambil mudah memakruhkan perbuatan siwak atau bersugi hanya semata-mata mengunakan akal mereka dengan berfikir logik bahawa dengan bersugi dan bersiwak akan menghilangkan bau mulut puasa dan mengurangkan pahala dan ganjaran di sisi Allah sambil menambah bukankah bau mulut orang berpuasa itu sudah cukup wangi di sisi Allah ?

Hujah kita, maka sebagai mereka yang memahami ilmu dengan jalan pemahaman salaf soleh sudah cukup kita meninggalkan akal logik dalam memahami hadith atau sunnah setelah kita menemui riwayat yang sahih mengenai amalan salaf soleh akan mereka bersiwak dan tetap bersugi di bulan Ramadhan sewaktu mereka berpuasa.

Bahkan jika diperhati secara logik akal sekalipun maka hujah bersiwak adalah lebih kuat dan berat iaitu sabda baginda rasulullah : “Sekiranya bukan kerana aku hanya bimbang akan menyusahkan umat aku nescaya akan aku wajibkan mereka untuk bersiwak” dan pada jalan yang lain juga dari Abu Hurairah baginda menambah “setiap kali waktu berwudhuk” (hadith sahih riwayat Malik dalam Muwatha m/s 66, Bukhari no. 887 dan Muslim no. 252 dengan tambahan “setiap kali waktu solat” ).

Dibandingkan dengan kaedah fiqhiyah baik qiyas adna dan qawi sekalipun dan lain-lain uslub kita mendapati bahawa menjadikan alasan kurangnya bau mulut dengan hadith yang langsung jauh kaitannya dengan soal bau mulut itu hilang boleh mengurangkan pahala apabila hadith tersebut menceritakan bahawa bau mulut itu di sisi Allah sangatlah wangi namun apakah benar di sisi manusia ianya wangi juga kerana manusia dan Allah sangat berbeza penilaiannya ?

“ Mereka berkata ianya dari sisi Allah sedangkan ianya bukan dari sisi Allah dan mereka berkata dusta terhadap Allah..” (Ali-Imran : 78).

“Apa yang disisi Allah ialah lebih baik” (Ali-Imran : 198).

“ Dan tidaklah apa yang disisi Allah itu melainkan baik dan ianya kekal maka apakah kamu tidak memikirkan ?” (Al-Qasas : 60).

Sesungguhnya balasan mulut berbau wangi di sisi Allah bagi mereka yang berpuasa ialah balasan Allah yang hanya Allah sahaja berhak menentukannya dan mengetahui tentangnya bukan para ustaz memandai-mandai akan menambah atau berkurangnya pahala yang merupakan anugerah Allah dan termasuk soal ghaib.



Sesungguhnya wujud hadith yang dhaif dalam riwayat Abu Daud dan Tirmidzi yang menunjukkan bahawa baginda rasulullah bersiwak dalam bulan ramadhan sewaktu berpuasa. Sekalipun kita tidak mengambil dalil dan hujah dari hadith dhaif maka cukup kita berpegang pada kaedah asal bahawa kesunnahan siwak dan mengosak gigi mengunakan siwak lebih utama dipegang dari memakruhkannya sekadar mengikuti taqlid buta yang jelas lemah hujah dan tiada dalilnya.

Pesanan ana ialah hendaklah mereka yang mendengar jawapan ini pergi bersiwak di hadapan ustaz-ustaz dan ustazah yang memakruhkannya dan kemudian minta dalil dari mereka apakah hujah mereka menjadikan sunnah rasulullah sebagai tegahan ?

wallahulam


3. Apakah mandi selepas waktu tengahari itu makruh dan mengurangkan pahala puasa ?


Jawapan :

Ini merupakan soalan yang sama seperti bersiwak apabila ianya timbul dari ajaran sufi tasawuf yang menyeleweng dari sunnah rasulullah dan amalan salaf soleh. Iaitu apabila umat Islam baik para ustaz dan ustazah asyik mengira dan belajar bagaimana hendak mengukur pahala dengan mengunakan pembaris kentot mereka.

Buat demikian bertambah pahala sekian dan melakukan demikian berkurang pahala seolah-olah dia mempunyai alat pengukur pahala yang dimiliki oleh kartun Doraemon yang boleh mengukur kebaikan dan kejahatan dengan sesuatu alat.

Allahumusta’an…

Mandi dan membasahkan badan di bulan Ramadhan ialah harus dan tidak mengapa serta jika dilakukan mandi dan membasahkan kepala dan badan kerana letih dan penat serta untuk mengurangkan sedikit beban puasa maka hukumnya sunat kerana mengikuti sunnah rasulullah yang turut berbuat demikian.

Demikian apa yang diriwayatkan dari ramai sahabat baginda rasulullah mengenai perbuatan baginda yang diriwayatkan oleh Abi Bakr ibn Abd Rahman dari para sahabat rasulullah bahawa diberitahu kepadanya oleh seorang sahabat ra bahawa : “ Aku pernah melihat baginda rasulullah membasahkan kepalanya dengan air dan baginda dalam berpuasa mungkin kerana dahaga atau kerana panas” (hadith sahih riwayat Abu Daud no. 2365).


Jumaat, 15 Julai 2011

Kami ( sahabat 1)


 
S dibuli..


InsyaAllah post kali ni santai-santai ja..Dalam bersahabat memori masam manis tu sentiasa ada.


9.30 pm
Mesyuarat Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam(PMKI) unisza.
Tajuk yang sangat hangat dibincangkan sampai nak gaduh-gaduh dibuatnya. semua mempunyai pendapat masing-masing.. Ummu pon punya pendapat sendiri, sekiranya tak diterima ummu diam saja, klau diterima susah pula nak berhenti cakapnya..


Tapi bukan nak ckap pasal ni post kali ni, ummu nak cakap mengenai kenakalan tuttttttttttttt.hehe teka sendiri.
Sesudah selesai meeting dalam pukul 11 kot (dah tak ingat). ummu renggangkan otot dulu sebelum nak bangun sebab tadi kan meeting dengan muslimin, so perlu sopan duduknya.. Dalam ummu tengah senaman tu tiba-tiba si S(bukan nama sebenar) ni dia marah-marah sebab nak balik cepat, katanya hostel dia jauh dan gelap pula nak balik.


1 jam sebelumnya...
Sedang kami bermesyuarat, tiba-tiba seekor kucing masuk ke dalam surau dan lari-lari 1x100 meter dalam tu.Tapi yang kesiannya kucing tu macam kemalanga ja, so kawan ummu Z(bukan nama sebenar) ambil kucing tu dan buang kat luar(tak elok la dok dalam surau tu)


Sambung kisah tadi..

Si S ni marah-marah sambil betulkan tudung di depan cermin surau dan nak dijadikan cerita cermin tu betul-betul berada berdekatan dengan suis lampu.. Si S ni tak habis marah lagi ni, dia terus tutup semua lampu. Si Z bergegas bangun tapi Ummu still duduk lagi(semua tertanya-tanya)


Tiba-tiba Bamb........aduh..... satu ketukan kuat telah berlaku dan diselangi suara..
Z gelak sampai jatuh-jatuh dan x boleh bangun, ummu steady ja.hehe

haha si S rupanya sudah berlaga dengan pintu surau.
Sewaktu si Z buang kucing tadi si Z ni tutup pintu(pintu aluminium yang jernih tu) so si S x nampak terus tunduk dengan penuh sopan untuk keluar pintu dan terus bumb....hehe.


si Z tanya ummu kenapa ummu mantain ja...jawapan ummu..

ummu dah tahu pintu tu tertutup cuma nak tunggu siapa yang kena dulu. dan si S sudah terkena. nakal kan tapi itulah pahit manis dalam bersahabat.

Kalau bersahabat selalu buat baik ja, x ceria kan. sekali sekala perlu ada yang nakal juga.


(jangan tiru aksi ini di rumah anda)





Khamis, 14 Julai 2011

Sudah lama Islam tetapkan...

TERDAPAT BEBERAPA KES DEMAM DENGGI TELAHPUN DIKESAN DI UNISZA BARU-BARU INI.

TIADA UBAT KHUSUS UNTUK MENGUBATI PENYAKIT DEMAM DENGGI. MAKA PENCEGAHAN  AMATLAH PENTING  UNTUK MENYELAMATKAN NYAWA.

 
1 ) ELAKKAN DARI DIGIGIT NYAMUK AEDES – nyamuk Aedes biasanya aktif menggigit pada waktu awal pagi dan waktu senja. Tutup tingkap sebelum tiba waktu senja . Elakkan dari berada di luar asrama pada waktu sebegini jika boleh.Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh untuk melindungi daripada gigitan nyamuk.

Pernah baca keratan ayat ini di mana-mana??
Nyamuk yang diciptakan ditakuti,
ce tanya hati?? Siapa yang cipta nyamuk?? a..a...a.. jawab dalam hati.
Seluruh dunia menggunakan pelbagai cara untuk mengelak gigitan nyamuk aedes, yang utama diletakkan nombor 1 adalah  Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh untuk melindungi daripada gigitan nyamuk.. Baca artikel ni nak gelak pon ada, nak marah pon ada.. Apa kata kita tukar KENYATAAN ni kepada yang lebih baik.


TERDAPAT BEBERAPA KES PENDEDAHAN AURAT TELAHPUN DIKESAN DI UNISZA BARU-BARU INI.

TIADA UBAT KHUSUS UNTUK MENGUBATI KEGILAAN INI. MAKA PENCEGAHAN  AMATLAH PENTING  UNTUK MENYELAMATKAN IMAN.

 
1 ) ELAKKAN MENDEDAHKAN AURAT – HUKUMAN sudah aktif sejak bermula ISLAM hingga KIAMAT Tutup aurat sebelum datangnya murka ALLAH . Elakkan dari berada di luar asrama sekiranya tidak tutup AURAT.Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh yang dinamakan aurat untuk melindungi daripada mendapat DOSA DARIPADA ALLAH...

Siapa sokong???? JOM ramai-ramai selamatkan mahasiswa UNISZA