Jumaat, 30 September 2011

bersabarlah duhai sahabatku

Semenjak kami dipertemukan, hanya lirikan senyuman yang mewarnai wajah suci sahabatku, Alhamdulillah Ummu dianugerahkan dengan sahabat yang memahami dan banyak mendorong Ummu, disaat suka mahupun duka mereka setia bersama. Pelbagai ragam, ada yang kuat agamanya, ada yang biasa-biasa sahaja. "Manusia tidak sempurna" inilah motto hidup kami kerana kami akan menerima sahabat kami seadanya dan sedaya upaya menegur apa yang tidak kena. Ukhuwah fillah abadan abada..


---------------------------------------------------------------------------------
Dua tiga minggu yang lepas, seorang daripada sahabat Ummu berkongsi kesedihannya dengan Ummu.Bukan kami membelakangi sahabat lain, cuma dia hanya mahu meminta pendapat.


Mesej dari Ayu(bukan nama sebenar)


.....Ummu, Ayu sedih, sanggup dia mainkan perasaan Ayu.. Ayu nak nangis..:-(


Ummu membaca mesej dengan kehairanan dan otak ligat berfikir apa yang dimaksudkan oleh Ayu..Ummu bergegas berjumpa dengan Ayu untuk mendapatkan penjelasan dan moga-moga dapat mengurangkan kesedihannya.......


    Sampainya Ummu di sana, Ayu terus menarik tangan Ummu dan dipegang eratnya..


Ummu : Apa yang berlaku?
Ayu : Dia jahat, dia cakap dia tak suka Ayu.
Ayu bercakap tersak-esak dalam tangisan..


Ummu : mungkin ada kesilapan yang Ayu tak sedar.
Perbualan kami berterusan sehingga Ayu sudah stabil kondisinya.


Kesimpulannya
Ayu menggunakan orang tengah untuk meminang seorang muslimin yang selama ini bersama-sama dengannya di dalam medan dakwah, dia menggunakan seseorang yang sangat dipercayai dan rapat dengan muslimin serta diri dia sendiri. Hasrat hatinya disampaikan dan jawapan dari muslimin berkenaan tidak mengecewakan, akan tetapi muslimin berkenaan mahu meneruskan pengajiannya dahulu di peringkat ijazah.. Ayu tidak memaksa untuk berkahwin awal cuma dia mahu muslimin itu tahu bahawa niatnya baik mahu menjadikan muslimin itu sebagai ketua keluarganya.. Alhamdulillah muslimin berkenaan telah pergi ke rumah Ayu dan berkenalan dengan keluarga Ayu..


Beberapa bulan kemudian..
Ayu telah dirisik oleh seorang pemuda yang menuntut di luar negara yang mana merupakan anak kawan ayanya.. Hasrat hati pemuda berkenaan disampaikan oleh ibu Ayu. Pemuda berkenaan tidaklah islamic tapi bagus akhlaknya, cuma itu bukan pilihan Ayu. Ayu terus menelefon orang tengah dan menceritakan apa yang berlaku dan orang tengah  menyampaikan berita berkenaan kepada muslimin tadi. Jawapan dari muslimin itu, dia hanya bergurau dan menyuruh Ayu menerima risikan pemuda tadi........


Sampai di situ sahaja cerita Ayu..


Pesana Ummu tatkala Ayu meminta dinasihati


> Allah itu maha Adil, apa yang berlaku suatu hikmah yang kita tidak tahu apakah titiknya. Cuma masa yang dapat menentukannya..
> Seringkali kita bersama membaca ma'thurat dan seringkali kita mengulang ayat "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
> Banyakkan solat istikharah supaya diberikan petunjuk, bukan hanya lakukan sekali tetapi biarkan ianya menjadi solat sunat harian kita. Perkahwinan bukan satu mainan, pasangan juga bukan satu teka-teki yang kita acap kali meneka bahawa dialah yang terbaik buat kita.
> Banyakkan berdoa. Allah akan mendengar apa sahaja doa yang kita panjatkan buatnya.. "Ya Allah sekiranya dia adalah jodohku, temukan kami dibawah lembayung rahmatMu, sekiranya dia bukan diciptakan untukku, aku redha dengan ketentuanMu.Sesungguhnya Engkau lebih tahu siapakah yang selayakknya buatku." 


Mungkin bukan jodoh Ayu didunia, mana tahu doa Ayu dimakbulkan di akhirat kelak.Allahu Rabbi..







Khamis, 29 September 2011

Hebat!! kamu berniqab






Seminggu yang lepas UniSZA mengadakan majlis sambutan hari raya, pelbagai program yang dipertandingkan seperti tarik tali, boling padang dan lain-lain lagi. Tetapi bukan hal ini yang Ummu mahu sampaikan tetapi Ummu mahu bercerita mengenai seorang muslimah niqab. Tidak berhasrat di hati untuk mengata, cuma Ummu mahu sahabat-sahabat semua ambil iktibar daripada apa yang Ummu nampak, moga-moga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertakwa.

Alhamdulillah program itu berjalan dengan lancar, nak dijadikan cerita, sukan yang dipertandingkan berdekatan dengan hostel Ummu dan betul-betul di belakang bilik Ummu. Bermacam-macam ragam yang Ummu nampak, gaya muslimah dengan muslimahnya, gaya perempuan dengan keperempuanannya, gaya wanita dengan kewanitaannya, gaya gedik....sambung yer...

Sedang asyik Ummu memerhatikan ke luar tingkap, mata ummu tertarik akan seorang muslimah niqab yang sedang berlari bagi mendapatkan kawannya.. "Biar betul mata Ummu nampak benda-benda macam ni maklumlah Ummu tidak mengenakan cermin mata". Ummu bergegas mengambil cermin mata dan kembali melihat keluar.... Nah....Tidak syak lagi betul apa yang diterjemahkan oleh mata rabun Ummu.. 

Tidak berakhir di situ, Ummu terpandang akan baju yang dikenakan oleh muslimah niqab berkenaan.. MasyaAllah...........Apa yang telah berlaku?? Muslimah itu hanya memakai baju t-shirt berlengan pendek yang dikenakan dengan sarung lengan, tidak kurangnya baju yang dipakai begitu singkat paras bawah (........) sahaja dan ditambah pula dengan baju yang ketat. Kain skirt labuh berwarna hitam

Malu.........Marah...........Simpati bebelah bahagi..
Sudah hilang sifat muslimah niqab, dan sudah timbul fitnah bagi agama sendiri.Ummu menghormati muslimah yang berniqab dek kerana pilihan yang mereka buat. Tetapi apa yang ada dengan muslimah berniqab sekiranya BERCOUPLE, BERPAKAIAN KETAT, TIDAK MENJAGA SUARA... Iman hanya diterjemahkan bukan lahir dari dalam hati dan diterjemahkan. 

Sudah acap kali Ummu melihat muslimah niqab (bukan semua) menjadi fitnah kepada agama sendiri, apabila ditegur ucapan TERIMA KASIH, SYUKRAN, TQ, 10Q, ARIGATO sudah menjadi zikir di bibir tetapi hanya mulut berkata-kata tetapi hati tetap membisu..

Ayuh jangan hanya mahu cantik dipandang sehingga agama ditinggalkan, cantik kita akan dimamah usia, Iman kita kekal hingga akhirnya..

(Ribuan kemaafan kepada muslimah niqab, bukan mahu mengeji cuma mahu mengambil iktibar. Andai diri ini  tersalah mohon teguran dari kalian, sesungguhnya kalian lebih mulia dari saya)


Pesananku untukku
Pesananku untukmu

Jumaat, 16 September 2011

Nota Cintaku buat-NYA




Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah




<Saujana>

Isnin, 12 September 2011

IBU

Alhamdulillah, anak ibu sudah besar.. Berkat doa seorang ibu, kamu masih utuh dalam keimanan..........

Terima kasih ibu atas didikanmu, walaupun suara-suara kecil mengatakan kau tidak seperti Saidatina Khadijah, tidak seperti Saidatina Aisyah, tidak pula seperti Saidatina Fatimah tapi bagi diriku engkaulah ratu hatiku. masakan aku begini jika engkau begitu, masakan aku begitu jika engkau begini....

Ibu....
Andai ibu diusik, izinkan saya dihadapan ibu
Ibu....
Andai ibu dicaci, izinkan saya mempertahankan ibu
Ibu....
Andai ibu disakiti, izinkan saya merasai kesakitan itu
Ibu....
Andai ibu lelah, izinkan saya menggantikan ibu
Ibu....
Andai ibu gembira, izinkan saya bersama ibu.

Ibuuuuuu..
Maafkan anakmu.

Halalkan...
Air susumu
Halalkan...
Keringatmu terhadapku
Halalkan....
Makan minum yang disuap ke mulutku
Halalkan....Halalkan......
Segala-galanya.............Halalllllllkan Ibu..