Ahad, 13 November 2011

Solat bersama bidadari kecil dan malaikat hatiku

Selang beberapa hari cuti semester, ummu diamanahkan oleh abang sulung ummu untuk menjaga anak-anaknya sementara kakak ipar ummu mengerjakan haji di bawah tajaan tabung haji yang mana dia ditugaskan untuk mengendalikan pendaftaran jemaah haji dari Malaysia. Waktu yang singkat bersama mereka ummu terapkan dengan aktiviti yang berfaedah, untuk tinggalan kenangan ummu sewaktu menjaga mereka. First of all ummu mahu memperkenalkan mereka dahulu. Malaikat ummu namanya Muhammad Lukman Hakim (10 tahun) nama samarannya along, bidadari pula Rabiatul Adawiyah(9 tahun) ini pula angah dan Alia Umairah.(6 tahun) dan ini adik@alia  

Pelbagai gelagat yang ummu harus depani, Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Saat-saat mereka bersama ummu adakalanya senyum sahaja adakalanya kesabaran ummu tercabar..

Apa yang menariknya sewaktu mengajak mereka solat berjemaah, ummu yang manjadi imamnya.. Sewaktu sesi mengambil wudu' ummu lebih cakna disebabkan wudu'lah penentu solat kita. Perlulah didik mereka cara yang betul dari kecil agar nanti mudah untuk mereka mempraktikkannya.

"along, angah, jom ambil wudu'  nak solat ni", ummu bersuara mengajak.
muka along sudah berubah dan terus berkata "adik yah(angah) ambil wudu' dulu". Ummu terus menyampuk, "jom semua sekali ambik wudu' dengan makcu"(panggilan mereka kepada ummu)

"ok, makcu nak tengok sorang-sorang ambil wudu'", tegas ummu kepada mereka.
Alhamdulillah wudu' dimulai dengan angah dahulu, kesalahan-kesalahan kecil sahaja yang dilakukan.

"ok, along pula"
terus sahaja along menyampuk "along nak buat yang wajib sahaja"
tergelak kecil ummu, baru setahun jagung sudah tinggalkan sunat,

"kalau buat yang sunat dapat apa ya along" pertanyaan ummu yang mahukan kepastian pengetahuan along.
"mestilah dapat pahala" jawab along dengan yakin
"jadi, kenapa along nak ambil wudu' yang wajib sahaja? along tak mahu pahala" sampuk ummu dengan psiko.
"ok..ok.. along buat yang sunat juga, makcu buat yang sunat juga tau, kita lawan sapa dapat banyak pahala"

Alhamdulillah sudah pandai mahu berlawan dapatkan pahala, moga berterusan ya along....

Tiba-tiba baju  ummu ditarik si kecil alia, katanya "Alia nak ambil wudu' juga"
Alhamdulillah, "sini, makcu ajarkan"..

Sesi ke 2(solat)

Angah tak bawa telekung, so ummu pakaikan dia telekung ummu, lawak pula wajah angah memakai telekung besar, kalau dah pakai telekung tak perlu lagi kainnya, sudah sampai ke atas sejadah, tetapi ummu pakaikan juga kainnya agar dia dididik dengan sempurna..

"along tolong iqamah"
"Allahuakbar, Allahuakbar......"

Ummu meneruskan solat hinggalah selesai,

Seusai solat, ummu menoleh kebelakang, ummu lihat seperti muka angah agak mencuka.
"kenapa angah?'
"adik ni, tarik telekung angah sampai nampak rambut, tak sah la solat angah.." wah sudah pandai sah atau  tak sah..
"owh, adik tak sengaja angah, mai sini solat tempat makcu"

Sedang angah solat, ummu panjatkan doa, ummu mengambil inisiatif untuk berdoa didalam bahasa melayu agar along dan adik memahami permintaan kami kepada Allah.

Ya Allah ampunilah dosa kami serta dosa kedua ibu bapa kami, rahmati  mereka seperti mana mereka menjaga kami sejak kecil,
Ya Allah jadikan kami hambamu yang taat dalam beribadah, jadikanlah kami anak-anak yang soleh.

dan beberapa doa lagi ummu panjatkan, bisikkan ummu dihati meminta agar Allah merahmati zuriat keturunan keluarga besar kami dan menyayangi bidadari dan malaikat kecilku..

Beberapa hari menjaga mereka, ummu manfaatkan dengan kisah-kisah nabi Allah, mengajar mereka mengaji dan memantau kerja sekolah mereka. Bukan mudah untuk menjadi pendidik tambahan pula pendidik keluarga. Ingatan ummu kembali kepada mak dan abah yang menjaga ummu dahulu, begimi susahnya menjadi ibu dan ayah, jangan senang-senang sahaja kita mahu menderhakai mereka Redha Allah terletak kepada Redha ibu bapa..

Ya Allah jadikan aku dan pembaca sekalian sebagai anak yang soleh dan solehah, taat dan patuh kepada kedua ibu bapa selagi suruhan mereka tidak bertentanga dengan suruhanMu...Amin