Isnin, 23 Januari 2012

Puisi Ketika Cinta Bertasbih oleh Sheikh Jalaluddin al-Rumi



Cinta adalah kekuatan,

yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah malam jadi siang,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah sakit jadi sihat,
mengubah bakhil jadi dermawan,
mengubah penjara jadi istana,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..

—–
Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri…
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan.

Puisi cinta hamba kepada 
PENCIPTA..

Ahad, 22 Januari 2012

Trend Wanita bernama MUSLIMAH

Mungkin tajuk ini agak lapok tetapi semakin hari semakin menjadi-jadi..Apa yang jadi?? TRenD terbaru+lama la, upload gambar sendiri dalam facebook ----> FB


Ada yang bertanya, 'Ummu selalu sahaja ON FB, buat apa ek?'..erm macam mana nak jawab ni... lagi ditanya, 'ana tengok wall enti tak da la tulis-tulis hadis ka, ayat quran ka, kalau ada pun sikit ja'....hehe biadap tak mulut dia?? tapi bagi Ummu itu sebagai satu kata-kata semangat..Ya, akan aku terus 'usaha ini'... malas Ummu nak jawab, biarkan saja pertanyaan itu berlalu tanpa dipadam tanda (?)
------------------------------------------------------------------------


Wahai sahabat,
badanmu bukan untuk ditayang,
lenganmu bukan untuk ditelanjang,
mukamu bukan untuk pameran,
matamu bukan untuk santapan,
bibirmu bukan untuk diratap,
Hanyasanya untuk 'beribadat'


Untuk siapa gambar tu?
...paklong?
...pakcik?
...jiran sebelah?
...cikgu sekolah?
...abang kepada kawan adik punya kakak?
.........atau satu dunia??


Sedihhh...
tatkala tubuh lembut diratah mata-mata liar,
diangan-angan oleh hati-hati syaitan,
ditatap oleh nafsu-nafsu durjana..


Salah siapa??
FB?
Internet?
Laptop/komputer?
System FB?
Jari-jemari?
..... ah, lupa pula....salah sendiri....


Ayu ke??
Pingkul ke kanan kiri,
Siap ada terbuka sana sini,
salah posing, lain yang jadi..


Dapat apa ek?
...Kepuasan?
...Rasa megah?
...Rasa dunia kau yang punya?
...rasa selesa?
........eh,lupa lagi.. dapat dosa la kan..


Nak letak gambar boleh...
1. samarkan gambar tu,
2. kecilkan
3. tutup aurat bukan balut aurat or dah tutup aurat tapi cacat..(cth lengan terbuka=cacat)
4. programkan untuk orang yang halal lihat sahaja.. 


***Ini sekadar cadangan bagi yang mahu juga meletakkan gambarnya dalam FB, bagi Ummu, tidak perlu la k.. Kita sign in FB untuk berdakwah atau pa? (pertanyaan untuk diri Ummu juga)


Saidina Ali berkata : lihat kepada apa yang dicakapkan bukan lihat kepada siapa yang bercakap.. bercakap = dakwah...


***wanita solehah itu bukan hanya terletak pada kesopanan dihadapan lelaki, bersikap sopan juga dalam FB.
***wanita solehah tidak dijual di kedai-kedai borong.. FB---> sesiapa pun boleh borong + pakej lagi..

^_^ Jadilah wanita solehah luaran dan dalaman.. solehah tidak terletak pada kesempurnaan pakaian tetapi pada kesempurnaan IMAN..

Inni Akhafullah 

Khamis, 19 Januari 2012

Poligami.. jangan mudah melenting

Tunang belum, kahwin belum, tiba-tiba Ummu kisahkan mengenai poligami.. Jangan anggap orang yang sudah berkahwin je yang perlu tahu, kita semua perlu tahu.siapa sokong....seyum sikit...comel-comel.. :-)
Surah An-nisa' (3)


3.  Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-
hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), Maka 
kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil[265], Maka (kawinilah) seorang saja[266], atau budak-budak yang kamu miliki. yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.

[265]  berlaku adil ialah perlakuan yang adil dalam meladani isteri seperti pakaian, tempat, giliran dan lain-lain yang bersifat lahiriyah.
[266]  Islam memperbolehkan poligami dengan syarat-syarat tertentu. sebelum turun ayat Ini poligami sudah ada, dan pernah pula dijalankan oleh para nabi sebelum nabi Muhammad s.a.w. ayat Ini membatasi poligami sampai empat orang saja.
--------------------------------------------------------


Melihat saja ayat ini, muka seseorang yang bergelar wanita terus merah padam bagaikan sedang berada di kawasan kebakaran, malah bakal-bakal bidadari syurga juga menunjukkan muka tidak senang.. Sabar dahulu, cool down dahulu yang paling penting istighfar dahulu.. 
Tetapi lain pula bagi manusia yang bernama lelaki, apabila terbaca saja ayat ini di mana-mana, senyumnya sampai ke pipi, malah bakal para syuhada' juga tidak lekang dengan seyuman..Sabar dahulu, tahan diri dahulu, yang paling penting fikir masak-masak dahulu..

Pelbagai ragam yang berlaku tatkala suami meminta izin untuk berkahwin lagi.. ada yang sampai lari 1x100 meter bawa parang kejar suami, ada juga yang makan terajang isteri(dahsyat tu), ada juga yang minta diri diceraikan..macam suami minta mahu membunuh orang..

Fikirkan sejenak,
>cuba anda bayangkan sekarang ini, anda sudah menjadi seorang ibu dan mempunyai anak perempuan yang agak lewat umurnya. yang datang masuk meminang anak kamu semuanya yang sudah berumah tangga. waktu itu apa fikiran kamu?? anak sudah andartu(anak dara tua), mahu menolak lagi pinangan mereka??
>cuba anda bayangkan, terdapat sesetengah lelaki kuat berdengkur sewaktu tidur. Tiap-tiap malam pastinya anda tidur bersama suami, tetapi suami anda berdengkur sampai ke pagi, tidakkah menyusahkan anda untuk tidur?? kalau ada isteri nombor 2 kan senang, malam suami anda bersama isterinya yang lain, tidakkah anda tenang untuk tidur tanpa gangguan dengkur??
>bebanan kerja anda juga menjadi kurang, maksudnya, pada kebiasaannya semua kerja rumah isteri yang laksanakan, cuba anda bayangkan, setiap kali suami balik daripada kerja, kerja rumah anda lagi akan bertambah.. sekiranya suami mempunyai isteri lain, tidakkah dapat lebih banyak rehat??

Ya, tidak semudah yang dikata, cuma Ummu kongsikan serba sedikit mengenai kelebihan ber'madu' agar perempuan diluar sana tidak memandang negatif kepada poligami..

Cara isteri menghadapi suami yang minta kahwin lagi...
1. cool
2. cakap begini ' itu hak abang, sekiranya abang mahu berkahwin lagi, bukan hannya satu tetapi tiga lagi kekosongan'.
---> time ni mesti hati suami sedang berbunga-bunga. suami akan cakap ' Alhamdulillah, isteri abang paling memahami, abang mencintaimu sayang'.. 
3. cakap ini pula ' tetapi sebelum abang kahwin lagi, ayang ada satu permintaan',
----> dahi suami dah mula berkerut, tetapi control macho lagi..macam-macam suami fikir..' ni mesti nak cakap calon nombor dua dia yang cari, aku kan dah ada calon, cantik pula, aduh-aduh'.
4. cakap ini pada suami ' sebelum abang bermadu lagi, ayang nak abang terlebih dahulu pergi ke kelas ataupun pondok untuk menuntut ilmu dengan lebih mendalam mengenai poligami'.
----> masa ni, suami makin rasa dirinya berjaya menakluk hati isteri..


Setelah mengikuti pengajian, suami tetap juga mahu berkahwin lagi, ayuh para isteri biarkan mereka, anda sudah bertindak yang sepatutnya. Anda telah mendedahkan suami anda mengenai hakikat poligami dan dia juga sanggup menerimanya.maka biarkan mereka. Bertindaklah sebagai seorang yang profesional dan jangan jadi orang yang tidak waras tatkala suami bersuara ingin berpoligami..


Ummu bercakap selaku hamba yang belum pernah berumah tangga, mungkin isteri-isteri kurang sependapat dengan Ummu, tidak mengapa, hak masing-masing dan kepandaian masing-masing bagi menangani masalah keluarga.. Ummu nasihatkan kepada para isteri jangan sesekali menghina apa yang telah disyariatkan oleh Allah..


---->Jadilah suri rumah yang profesional<-----

Rabu, 18 Januari 2012

Adakah hanya sekadar melihat

Sahabat....mungkin hati Ummu tersentuh apabila disebutkan, dinukilkan kalimah ini, mengapa???


sahabat,
tatkala aku terjatuh,
jangan biarkan aku sendirian terkapai tanpa pegangan.
tatkala aku kehausan,
suapkan di bibirku seteguk air kasih sayang.
tatkala aku hilang arah tujuan,
pautlah aku, bawalah aku ke lembah sinar kehidupan..


Arghhh, ada apa dengan sahabat??
Kalau ditegur, didengar penuh teliti,
tetapi, bagaikan masuk telinga kiri keluar telinga kanan,
apabila dinasihati, diam seribu janji,
tetapi, bagai mencurahkan air di atas daun keladi.


Terlalu banyak keistimewaan sahabat..
Pengalaman mereka pengajaran kita,
derita mereka, derita kita,
sakit mereka, sakit kita,
hancur mereka, hancur kita,
kejayaan mereka, kejayaan kita,
tawa mereka, derita kita....


apa maksud Ummu tawa mereka, derita kita...
...terlalu mudah untuk kita gelak tawa, kongsi suka duka bersama..tetapi kita lupa akan tanggungjawab kita iaitu menegur kesalahan sahabat kita. Ramai yang kata 'sahabat aku tu, ok giler la, time aku da masalah dia sanggup tidak bermalam kerana aku'.. 'kawan aku buat suprise kat aku, dia bawak aku makan kat hotel, siap dibelanja lagi'..(yang bercakap itu tidak memakai tudung/tidak sempurna auratnya dan ada juga yang pakai tudung tetapi couple pula dan ada juga bertudung likup tetapi ber'angkat-angkat' pula)


Ke mana pergi sahabat yang diagung-agungkan tadi, yang sanggup berkorban harta dan nyawa demi sahabat?? sanggup apa saja, tetapi perkara yang berkaitan tegur menegur tiada siapa mahu jadi juara.. 


'weh Minah, kau tegur la sikit Jenab tu, aku tengok pakaian dia makin teruk tu'....'Azie, kau nasihat sikit Erna tu, berpasang-pasang ke sana ke mari,kau kan kawan rapat dia'...


Jawapan dari sahabat tadi 
Minah>'eh, aku tak pandai nak tegur-tegur orang ni'
Azie>'aku takut la dia terasa dengan aku kalau aku tegur, nanti dia cakap aku sibuk hal dia pula'..


Kenapa eh?? apa saja kita sanggup buat tapi nak tegur sikit pun dah tak tahu cara, tak tahu jalan, malah ada yang terus buat Don't know ja dengan alasan tu hak masing-masing.(agak bodoh alasan ini) ..Apabila ditanya, mahu jadi sahabat baik tak or kamu sahabat baik tak?semua pandai jawab 'sudah semestinya'..Jadi sarankan buat diri ummu dan sahabat 'jadilah sahabat yang baik dunia dan akhirat'..


Pepatah arab ada mengatakan 'kulilhaq walau kana murran' berkata benar walaupun ianya pahit.. Jadi katakanlah kebenaran kepada sahabat baik kita tentang agama kita, apa yang dituntut agama..
Ada sahabat bertanya kepada Ummu,'kalau kita tegur hubungan kita terputus bagaimana?? jawapan Ummu, kita tegurlah dengan sebaik mungkin, teguran bukan sahaja dengan kata-kata,boleh juga melalui perbuatan kita, boleh juga dalam bentuk penyelesaiaan masalah, boleh juga dengan meminta orang yang dihormati menasihatinya..Ingatlah, kalau kita mengubah seseorang ke arah kebaikkan Allah telah menetapkan sesuatu yang luar biasa buat kita.  


"Biar hilang kawan, jangan kita hilang 'pegangan' "





Isnin, 16 Januari 2012

Turun naik iman

Assalamualaikum.. menjadi kebiasaan bagi setiap manusia akan turun naik imannya.. Iman manusia itu  kadang-kadang di punck yang tinggi dan kadang-kadang turun menjunam seperti kapal terbang tanpa kawalan..itulah manusia.. Roda kehidupan, kita terkadang di atas, terkadang dihimpit di bawah.


Nasihat?? tidak, ini hanya pesanan malah lebih kepada perkongsian..


Jom baca kisah Ummu...


Tatkala Ummu memasuki ruangan surau di salah sebuah bangunan kolej kediaman pelajar, pandangan Ummu tertumpu kepada seorang saudara seislam yang sedang termenung memandang corak kain sejadah yang terhampar dihadapannya. Ummu cuba meneka, 'mungkin dia sedang berdoa ataupun mungkin dia sedang bermunajat kepada Allah'. 'biarkan saja'.. 


Ummu terus berlalu ke hadapan.. sedang Ummu asyik mencari surah pilihan untuk ditadabbur, satu suara lemah menyapa Ummu sambil bahu Ummu dipegang lembut. 'Akak, ada masa tak sekarang?' pertanyaan beliau menimbulkan seribu satu tanda tanya di hati Ummu.. 'owh, sekarang akak free, kenapa ya?' inilah jawapan Ummu tatkala ditanya oleh sesiapa, sebaik mungkin Ummu mahu bahagikan masa merawat luka dihati sahabat........ Mukanya menunjukkan tanda resah yang amat sangat..


'Akak, adik kenal akak sewaktu pengenalan exco kepimpinan PMKI yang lalu, adik tertarik untuk kongsikan masalah adik dengan akak memandangkan akak pernah cakap,'sesiapa yang ada masalah untuk dikongsi dengan akak, akak bersedia', bolehkan akak?'


Astagfirullah....Alhamdulillah ya Allah, walupun aku tidak mampu berjuang diluar, rahmati aku dalam memperjuangakan hati-hati hambaMu..Ummu berdoa seketika tatkala ucapan itu yang diungkapkan..


'Adik, sesungguhnya akak juga manusia yang tidak lari dari ujian Allah. sememangnya kita perlu luahkan perasaan kita kepada yang Maha Esa kerana dia lebih mengetahui, tetapi tidak salah kita berkongsi untuk meringankan bebanan kita.'


Hak muslim terhadap muslim



عَنْ أَبِى هُرَيْرةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: حَقُّ اَلمُسْلِمِ عَلَى اَلْمُسْلِم سِتٌّ، قِيْلَ: وَمَاهُنَّ يَا رَسُوْلُ الله؟ قَالَ: اِذاَ لَقِيْتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ، وَاِذَا دَعَاكَ فَأجِبْهُ، وَاِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ، وَاِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللهَ فَشَمِّتْهُ، وَاِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ، وَاِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ.
(رواه مسلم)
 
Terjemahan:
 
Dari Abi Hurairah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Hak muslim terhadap muslim lainnya ada enam. (Baginda) ditanya: Apakah hak-hak tersebut, ya Rasulullah? Jawab baginda:
 
1.       Jika kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam padanya.
2.       Jika dia mengundangmu, hadirilah undangannya.
3.       Jika dia minta nasihatmu, berilah dia nasihat.
4.       Jika dia bersin dan bertahmid, maka tasymitkan dia.
5.       Jika dia sakit, maka kunjungilah dia.
6.       Jika dia meninggal dunia, maka ikutilah (jenazah)nya.
 
(Hadis Riwayat Muslim)


-----------------------------------
'Akak, kenapa sekarang saya rasa macam makin jauh dengan Allah?, dulu saya buat banyak ibadat, tetapi sekarang, saya makin malas.'
Setitik demi setitik air matanya jatuh diatas telekung yang dipakainya tadi..Allah....sungguh suci hatinya..
'tujuan adik bukan untuk bermegah, tapi adik perlu terus terang agar akak lebih jelas dan faham masalah adik'.


Perbualan kami berlangsung 1/2 jam di surau tersebut.. antara pesana ummu buat diri Ummu sendiri dan Adik itu ialah:


1. Lakukan solat taubat, dan banyakkn zikir. mungkin kita tidak sedar akan dosa yang pernah kita lakukan, yang mana dosa itulah yang menyekat hati kita daripada melakukan amal ibadat kepada Allah.


2. Banyakkan bersedekah, kata-kata seorang yang sangat Ummu hormati Ustaz Ahmad Tirmizi Taha( Pensayarah Syariah UniSZA), beliau berkata, dengan berkat kita bersedekah hidup kita lebih aman, dan kehidupan harian menjadi lancar.. Beliau juga berpesan, jangan ajarkan diri kita untuk makan seorang diri.


3. Lakukan sebanyak mana amal ibadat yang kamu sukai, contohnya sekiranya kamu suka membaca al-quran, lakukannya amalan yang paling banyak bagi hari-hari kamu. sekiranya berzikir Subhanallah yang paling kamu sukai, sebutkan ia tanpa Allahu akbar.. Setelah kamu melakukan amalan yang paling kamu sukai secara automatik amalan lain akan menyusul.


4. Jangan lakukan perkara yang kamu tidak mampu lakukan, contohnya hari ni kamu mendengar ceramah bahawa solat dhuha,solat tahajjud, solat hajat dan lain-lain adalah sunat bagi kita, terus kamu lakukan secara sekaligus satu hari itu, ditakutkan kamu hanya bersemangat pada hari itu sahaja. lakukan apa-apa yang kamu suka walaupun sedikit tetapi istiqomah..


Ya Allah kau ampunkanlah dosa-dosa kami yang telah lalu, dosa-dosa kami yang sekarang dan dosa-dosa kami yang akan datang..amin


PMKI =Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam UniSZA


jangan dilihat kepada watak didalam pesanan ini,tetapi lihatlah pada ibrah yang mampu diambil di dalamnya.....




Inni akhafullah

Khamis, 12 Januari 2012

Jangan mudah menghukum orang lain..

Assalamualaikum, saudara ummu sekalian, di hari yang mulia ini marilah sama-sama kita berselawat ke atas baginda Rasulullah....


-------------------------------------


Sebagai manusia kita selalu melakukan kesilapan yang kadang-kadang kita sedar dan kadang-kadang tu kita langsung tidak tahu yang kita buat salah.. teruk...teruk...


kali ni Ummu mahu kongsi berkenaan sikap kita terhadap orang yang kita baru berjumpa, yang kita baru lihat, yang kita baru bercakap dan lain-lain yang berkaitan 'pertemuan pertama'.


  1kisah 'pertemuan pertama'


----> Suatu ketika Ummu dan sahabat sekuliah dalam perjalanan pulang dari kelas jam 10 malam, kami berlalu di satu kawasan pondok rehat yang mana terkenal dengan tempat orang bermadu kasih.. Sedang kami berbual-bual tidak berapa jauh dari pondok tersebut, kami terlihat seorang lelaki yang hanya mengenakan seluar jeans dan t-shirt berkoler. Suasana di pondok ketika itu agak gelap dek kerana lampu jalan rosak. Kami melihat hanya kelibat seorang lelaki yang kelihatan di situ, tiba-tiba sahabat Ummu membuat andaian ' mesti tengah tunggu girlfriend dia la tu'.. kami hanya mendengar apa yang dikatakan oleh sahabat tadi. kebetulan laluan ke blok Ummu perlu melalui kawasan yang agak berdekatan pondok tersebut. Ummu berlalu tanpa suara, dan apa yang Ummu dengar...Allahu akbar.. lelaki itu tadi sedang menghafal ayat suci al-quran yang diperdengarkan dari mp3 handsetnya..
apakah plan lelaki tersebut duduk di situ untuk mengelakkan insan lain melakukan kemungkaran??


Jangan kita mudah mengatakan orang lain itu dan ini..


Ulamak berpesan kepada kita, apakah tanggapan kita sewaktu berjumpa dengan orang yang kita kenali atau tidak..


> sekiranya tua..
Ya Allah sudah banyak pahala yang dia telah lakukan dek kerana umur dia lebih banyak dari aku, masanya lebih banyak beribadat kepadaMu..
>sekiranya kecil/muda
Ya Allah, masih sedikit dosa yang dia lakukan berbanding aku yang sudah banyak umur dan banyak pula masa aku berbuat dosa.
>sekiranya cacat/kurang daya upaya
Ya Allah, makin susah dia buat sesuatu kerja amalan kebaikan dek kerana ketidak upayaannya,  makin banyak pahala yang Engkau berikan padanya.
>sekiranya lebih cantik/hensem/comel
Ya Allah, aku bersyukur dengan keadaan aku, ujian kecantikan yang engkau berikan tidak mampu hamba tanggung, si cantik perlu lebih menjaga diri dan agamanya.


..Sekiranya kamu merasai diri kamu kurang dari apa-apa sudut sekalipun, maka lihatlah kepada orang yang lebih kurang sudutnya dari kamu....


Allah is the only ONE...