Ahad, 23 Disember 2012

Jodoh aku dengan salam


Rutin harianku seperti biasa, ke kuliah, makan, kadang-kadang menuntut sedikit ilmu di perpustakaan, kadang-kadang menuntut sedikit ilmu dengan pensyarah. Kadanag-kadang santai tengok movie, kadang-kadang minta nasihat dari sahabat dan kadang-kadang bagi nasihat pada sahabat.

Tetapi, ada juga rutin lain yang selalu aku lakukan, aku hanya menganggap itu perkara biasa. Saban hari aku lakukan, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Setelah tiga tahun maka genaplah aku menjadi bekas pelajar universiti memegang IJAZAH.

Di hari aku diraikan sebagai lepasan ijazah, aku didatangi  seseorang, aku sangat mengenalinya, setiap hari aku berjumpa dengannya kecuali hari jumaat. Begitulah masa-masa aku berlalu selama tiga tahun, tiada hari yang aku akan terlepas untuk bertemu dengannya.

Aku diberitahu sesuatu yang mengujakan, sudah sekian lama aku mencari akhirnya terkabul doaku. Aku kaku, aku lemah, aku tak berdaya. Aku hanya insan biasa yang tidak terlebih di mana-mana. Aku cuba mendapat kepastian adakah aku yang dimaksudkan?, memang tidak salah, akulah yang menjadi pilihan.

Katanya, ‘ibu aku selalu memujimu, bukan kerana paras rupamu, bukan juga kerana hartamu, dan bukanlah disebabkan ilmumu’…. Aku tertanya-tanya, ‘mengapa aku menjadi pilihan dia?’. Akhirnya aku disatukan dengan lafaz sakinah. Setelah sekian lama aku dan dia mengenal hati budi, barulah tiba saatnya aku diberitahu mengapa aku menjadi pilihan dia. ‘aku mendengar dari ibuku, engkau tidak pernah meninggalkan memberi SALAM semasa bertemu sesiapa sahaja, aku kagum dengan sunnah yang kau bawa’.. Aku hanya diam, inilah jodoh yang kucari, ya jodohku dengan salam.. Assalamualaikum