Jumaat, 29 Mac 2013

Jagalah adab 1


Maryam pelajar jurusan undang-undang di salah sebuah universiti tempatan, beliau merupakan pelajar yang rajin mencedok ilmu di mana sahaja. Walaupun bergelar pelajar undang-undang tetapi beliau sentiasa memerhatikan surau-surau yang melakukan aktiviti lebih-lebih lagi aktiviti yang bersifat perkongsian ilmu mahupun pembelajaran.



Suatu hari, Maryam melalui lorong kaki lima berhampiran surau Ibn Batuta. Dia membesarkan telinga bagi mendengar kalau-kalau ada sesiapa yang mengisi masa kosong di antara maghrib dan isyak di surau berkenaan. Dia terdengar jelas suara yang sedang membincangkan berkaitan feqah wanita. Lalu Maryam mengambil kesempatan tersebut untuk berada sekali di dalam majlis berkenaan.

Maryam mencuit bahu salah seorang jemaah yang sedang khusyuk mendengar perkongsian ilmu tersebut. Dia menanyakan berkenaan siapakah gerangan yang sedang berceramah itu. ‘ustazah Linda,’ jawab jemaah tersebut ringkas. Maryam terus mendengar dengan teliti ilmu yang disampaikan sehingga dia tertarik akan percakapan ustazah berkenaan air mani wanita. ‘eh, aku pernah baca menurut kajian doktor terbaru, wanita tiada air mani?’, Maryam mengeluh sambil tangan menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

Setelah selesai perkongsian, sesi soal jawab dimulakan. Maryam mengambil kesempatan untuk bertanya berkenaan kemusykilannya. Maryam mengangkat tangan sambil membaca bismillah dia meneruskan persoalan setelah mendapat keizinan untuk bertanya.



Maryam : Maaf ustazah, saya ada sedikit kemusykilan. Saya ada membaca buku, menurut kajian terbaru, wanita tiada air mani. Hujahnya (sini)
Maryam memberikan hujah yang sempat dibaca beberapa hari yang lepas berkaitan hal tersebut. Lalu dengan secara spontan dan tidak menghiraukan sesiapa ustazah tersebut menjawab :-
Ustazah : ni mesti tak datang kelas minggu lepas kan? Kan dah dibincangkan minggu lepas, takkan ustazah nak ulang lagi minggu ini. Kalau nak datang majlis ilmu tu biar konsisten.

Maryam tertunduk diam, malu dan sakit hati. Hujahnya bagaikan pelajar kedoktoran tadi sedikit demi sedikit menghilang daripada dirinya. ustazah tersebut terus menanyakan kepada yang lainnya sekiranya ada soalan yang mahu dikemukakan. Maryam terus mendiamkan diri dan hanya mendengar sambil menundukkan kepala. Maryam yang tadinya penuh dengan soalan terus hilang bagaikan tin kosong. Wajah Maryam kelihatan kemerahan dek kerana kulitnya yang putih. Terdiamnya Maryam akan kata-kata ustazah berkenaan sehinggalah majlis tersebut selesai.


Moral : jagalah adab walaupun siapa diri kita ‘Budi Bahasa Budaya Kita’

Khamis, 28 Mac 2013

Usaha mencari jodoh



“Ah, apa cari jodoh? Malu lah saya. Sayakan perempuan, mana mungkin saya mahu cari teruna buat diri saya. Malunya…”
“tak nak la, malu kot, entah-entah nanti aku yang perasan sendiri, aku kan perempuan, biar aja si lelaki yang mencari aku”..

          Mungkin inilah rasanya kata-kata sahabat Muslimah cantik yang mahu menjaga maruah diri (pendapat mereka la) tapi bagi penulis, jodoh itu memang rahsia Allah, dan jodoh juga Allah sudah tetapkan, tetapi apakah salah seandainya seorang insan bernama perempuan mahukan yang terbaik buat dirinya? Siapa mahu suami penagih dadah? Siapa mahu suami tidak bekerja? Siapa mahu suami yang pentingkan diri sendiri?
Muslimah yang cantik…. Tidak salah kalau kamu mahu mencari yang terbaik buat dirimu. Tidak salah juga jika mahu meminang dia untukmu. Tidak ingatkah kamu kisah saat Saidatina Khadijah melamar Rasulullah, seorang insan mulia yang tiada tandingannya dengan suami yang kamu dambakan sekarang. Siapa yang dipinang itu? Kekasih Allah, kekasih hati kita juga.



Muslimin yang hensem….salahkah kami meminangmu bagi diri kami? Salahkah kami dambakan agamamu menjadi pilihan hati kami? Salahkah kami mahukan perlindungan dari kegagahan dirimu mempertahankan agamamu? Salahkah?
Muslimah yang manis… tidak salah wahai sahabatku. Sekiranya sudah kamu redha akan agamanya, akhlaknya maka pinanglah dia buat dirimu, agar dirimu tidak menyesali seandainya Muslimin itu sudah dipinang Muslimah lainnya.

Tapi….. gimana caranya?



Begini… mintalah khidmat orang tengahmu, mungkin kakak, ustazah, sahabat baik untuk menanyakan perihal pria itu. Tetapkan bahawa kamu hanya bertanya, jangan diceritakan siapa dirimu, agar nanti kalau pria itu sudah berpunya, kamu tidak malu untuk berjumpa dengannya kerana kamu tidak memperkenalkan dirimu dahulu. Begitu juga, jika dia pria yang bijak, tidak akan dia menanyakan siapa yang bertanya saat dirisik itu, hanya yang perlu dijawabnya sudah berpunya atau belum. Sekiranya belum berpunya, barulah mulakan perkenalan kamu dan dia.

Tidak semestinya, kamu dan dia memang jodoh, mungkin juga saat perkenalan ada perkara yang tidak menyenangkan hati mana-mana pihak makanya perhubungan tidak berpanjangan. Saat perkenalan itu, penulis sarankan agar dititipkan biodata buat diri yang ingin menjadi pasangan itu. Mungkin sedikit perkongsian apa yang perlu ditulis di dalam biodata tersebut.

Perkara biasa tentang diri cth nama, nama ayah/ibu
Pekerjaan ayah dan ibu
Sedikit perihal tentang adik-beradik cth nama dan pekerjaan
Berat/tinggi 
Hobi
Minat
Falsafah hidup
Kelulusan

Ciri-ciri suami/isteri yang dicari

Cita-cita
Matlamat bersama pasangan
Kemahiran
Sikap

Ini bagi memudahkan pasangan meneliti dan membuat kira-kira berkenaan dengan latar belakang pasangannya.
Bagi penulis, tiada istilah perigi mencari timba, kerana kedua-duanya bergantungan antara satu sama lain. Allah tidak melihat apakah usaha kamu berhasil atau tidak tetapi Allah akan melihat kepada adakah kamu berusaha….

~semoga dipermudahkan urusan~ 

Si hijau dan si merah jambu

Faris bergegas menuju ke bilik ustaz Arman meminta tolong akan satu hal. Warna merah jambu sudah benar-benar memikat hatinya. Faris tidak tahu mengapa dia terus berperasaan sedemikian walaupun hanya sekali pandang.




Faris :Assalamualaikum ust, boleh ana masuk?
Ustaz : Waalaikumussalam,bleh, masuk la.
Faris : Ustaz sibuk tak? Ana ada hal nak bincang dengan ustaz.
Ustaz : Kejap ust tengok jadual…….. ermm…. Tak da, ust free sampai jam 12. Ada apa hal kamu nak jumpa ust ni. Kamu tu kalau tak ada yang penting bayang-bayang kamu pun tidak nampak.
Faris : hehehe ust, ana ada hal ni, tapi ana malu la nak cakap dengan ustaz.
Ustaz : Akhawat mana yang enta dah berkenan ni?
‘ish, tahu pula ust ni, macam tahu-tahu ja apa yang aku fikirkan’, bisik Faris di dalam hati.
Ustaz : Dah kamu ni kenapa diam saja, betul ka apa yang ustaz cakap tu?
Faris : er….er.. betul ustaz, ana memang tak pernah rasa macam ni ustaz, ana rasa macam dia jodoh ana ustaz.
Ustaz : betul la ana teka tadi kan. Kenapa nak malu? Semua orang nak kahwin. Kalau rasa dah mampu, apa tunggu lagi, binalah masjid. Siapa akhawat tu?
Faris : Ana tak tahu nama dia ustaz, yang ana tahu, akhawat tu suka pakai baju yang berwarna ungu dan bertudung merah jambu.
Ustaz : ish kamu ni syeikh, berapa banyak pelajar dekat universiti ni, macam mana ustaz nak risik dia untuk kamu. Ok..ok.. akhawat tu kos apa?
Faris : maaf ustaz, ana tak tahu juga. Orangnya tinggi-tinggi, kulitnya tidak cerah dan tidak gelap, biasa-biasa saja.
Ustaz : lagi susah kerja ustaz, tapi InsyaAllah, ana buat istikoroh dulu. Nanti kalau ada apa-apa ana bagitahu enta semula ok. Enta jangan pula senyap saja, cari juga perkara lain yang berkaitan akhawat tersebut, nanti senang kerja ustaz.

~ di bilik sebelah, seorang akhawat sedang bercakap-cakap dengan ustazah Hayati~

Ustazah : enti tak tahu nama dia?
Akhawat : tidak ustazah, Cuma yang ana tahu, pertama kali ana jumpa dengan dia, dia memakai jubah hijau berkopiah hitam.
Ustazah : enti ni ada-ada saja. Berapa ramai pelajar universiti ini yang pakai macam itu. Enti cari kenal dulu siapa dia, kos apa, tahun berapa baru enti datang jumpa ustazah ya. Ustazah pun tidak tahu mahu bantu bagaimana.
Akhawat : baiklah ustazah, nanti ana usahakan. Ustazah doakan ana ya.
Ustazah : Insya-Allah..

Saliana berlalu dari bilik berkenaan dengan meninggkan harapan terkubur di situ. ‘mungkin tiada jodoh’, keluh Lina.




~Seminggu kemudian….

Lina melewati bilik-bilik pensyarah yang tersusun berderetan di sebuah bangunan lama, matanya meliar mencari bilik pensyarah subjek Antropologi Dakwah yang bernama ustaz Arman.

‘Nah, di sini rupanya bilik ustaz, sudah lama aku mencarinya. Awal dahulu katanya di blok B, sudah itu di blok Ali, akhirnya aku jumpa di sini. Jauh benar bilik ustaz’, keluh Lina di dalam hati..
Ustaz Arman sibuk memikirkan berkenaan jodoh kepada anak murid kesayangannya itu, walaupun sudah dilakukan istikhoroh tetapi tetap juga ustaz buntu. Mana mungkin dapat mencarinya di dalam kawasan yang besar ni.




Tuk…tuk…tuk..
Ustaz : masuk
Lina : Assalamualaikum, ustaz, maaf ganggu. Ana Nor Saliana pelajar dakwah semester lima, ana pelajar subjek Antropologi Dakwah ustaz.

Lina sempat memperkenalkan diri sambil tangan menarik kerusi yang disediakan untuknya duduk. Ustaz Arman tergamam kerana apa yang dilihatnya adalah sosok tubuh yang mengenakan jubah arab berwarna ungu dan bertudung merah jambu.

‘Apakah pelajar ini empunya badan yang si Faris ceritakan, mungkin juga ini petunjuk dari Allah, aku mesti mengambil kesempatan untuk menanyakan dia berkenaan baju tersebut’, ustaz Arman bermonolog sendirian.

Lina : Ustaz….ustaz…
Ustaz : eh, maaf-maaf ana tengah fikir tentang tugasan pelajar tadi. Apa yang enti cakapkan tadi?
Lina : Ana jumpa ustaz ni, ana mahukan sedikit pencerahan dari ustaz berkenaan tajuk yang kedua ustaz terangkan. Ana tidak faham tentang aplikasi yang buku tunjukkan.
Ustaz : Enti selalu pakai baju warna ni?
‘ish, ustaz ni, kita yang bertanya, lain benar jawapan dari ustaz, pertanyaan juga?’, Lina berbisik di dalam hati.. Bagi meraikan ustaz yang dikasihi, Lina menolak ke tepi tentang hajatnya ke bilik ustaz, malah cuba menjawab apa yang ditanya.
Lina : ish, tak la ustaz, ana ikut ja, kalau ana rasa nak pakai baju ni ana pakai kalau rasa nak pakai baju lain ana pakai juga. Tidaklah selalu ana pakai baju ini, malah tidak ada hari yang ana tetapkan pun. Eh, ustaz ni kenapa tiba-tiba bertanya berkenaan pakaian ana.
Ustaz : owh tidak ada apa-apa, ana ingat mahu belikan hadiah jubah untuk isteri ana sempena hari jadinya.
Lina : oo, isteri ustaz tu tinggi mana? Gemuk ka kurus? Sebab ana ada tahu satu kedai ni yang menjual jubah yang bersaiz sampai xxxxxl tu. Kalau yang tak xxxxxl lagi banyak la ustaz. Kalau ustaz nak, nanti ana tolong tanyakan.
Ustaz : ok la, nanti kalau ana sudah membuat keputusan ana bagitahu enti. Apa yang enti nak tanya tadi?

Lina meneruskan perbualan bersama ustaz Arman berkenaan dengan pembelajaran yang tidak difahaminya. Dalam pada masa itu juga ustaz Arman terus memikirnya dan hatinya kuat mengatakan bahawa akhawat inilah yang dimaksudkan oleh Faris tempoh hari.

Dua minggu kemudian

*Tut..tut..
1 mesej diterima
Salam, Lina, ustaz nak kamu datang bilik ustaz sekarang kerana ada hal yang ustaz perlu bincangkan dengan kamu..

‘wah, ust mesti nak kongsikan ilmu dengan aku, alang-alang aku juga ada soalan kepada ustaz kerana tidak sempat menanyakan di dalam kelas tempoh hari’, kumat kumit mulut lina menyebutkan syukur kepada Allah kerana dia berkesempatan lagi berjumpa dan berbincang dengan ustaz yang hebat itu.

w.salam,baik ustaz, bagi ana 10 minit untuk ke bilik ustaz.

*Mesej dihantar
~Di bilik ustaz Arman~
‘eh, ada orang dalam bilik ustaz, tak apa la mungkin ada pelajar yang sedang jumpa ustaz, aku tunggu di luar sahaja’, kata Lina sendirian.

Salam, ustaz ada tetamu ya, ana tunggu di luar ya.
*mesej dihantar

Ustaz : Saliana, masuk…

‘eh ustaz ni panggil aku macam tu saja, kan ada Muslimin di dalam bilik ustaz, tapi tak apa la mungkin ustaz mahu jumpa sebentar sahaja dengan aku’, jawab Lina dalam hati.
Pintu kamar ustaz dibuka dan kelihatan seorang Muslimin sedang tunduk bagaikan mahu sujud ke bawah. Kopiah yang dipakainya bagaikan mahu tertanggal dari kepala dek kerana terlalu menunduk.

‘kenapa dengan Muslimin tu, macam mahu sujud sahaja’, getus Lina di dalam hati

Ustaz : syeikh, tolong tarik kerusi tu, bagi akhawat tu duduk.
Faris : baik ustaz.

Faris tidak mengangkat mukanya walaupun sekali, menunduk sahaja..tubuh Faris yang agak kurus menampakkan urat-urat tangannya timbul saat menarik kerusi untuk Lina. ‘kesiannya Muslimin ni, tidak makankah dia’, tersenyum Lina akan kata-kata dirinya.

Ustaz : Duduk Saliana.
Lina : Syukran ustaz.
Ustaz : Kita buka majlis dengan Fatihah

Sambil membaca al-fatihah sebagai pembuka majlis, Lina sempat menanyakan dirinya ‘kenapa perlu buka majlis bagai ni, biasanya ustaz tidak begini’……

 ‘malunya aku kalau ternyata dia sudah berpunya, Allah, teguhkan hatiku untuk membina masjidmu. Aku fikir ustaz mahu bertanya kepadaku akan maklumat yang telah aku kumpul, tetapi ustaz sudah ada kejutan besar buatku’, keluh Faris di dalam hati.

Ustaz Arman menceritakan segala-galanya kepada Lina akan hasrat hati Faris mahu menjadikan mereka berdua halal bersama.

Ustaz : Faris, betulkah pilihan ustaz ini? Ustaz hanya ikutkan gerak hati ustaz, ustaz rasa dia yang kamu maksudkan dahulu. Cuba kamu lihat dia, ustaz izinkan. Kalau bukan dia, tidak mengapalah.

‘aku perlu buat muka macam mana ya? Tidak pernah aku dipinang begini, ok-ok aku buat muka ayu la kan’, Lina bercakap sendirian.



Faris mengangkat mukanya lalu memandang Saliana, mata mereka bertemu, bagaikan panahan halilintar yang sangat dahsyat, dia kemudiannya kembali menunduk sambil kepalanya mengangguk memberi isyarat benar akan pilihan ustaz itu. Saliana beristighfar di dalam hati sambil terlintas di hatinya ‘si baju hijau’. Rupa-rupanya mereka mempunyai perasaan yang sama sejak kali pertama mereka berjumpa di hadapan rumah Allah. Saat itu Saliana baru sahaja habis kelas dan bergegas ke surau, sama juga keadaannya dengan Faris.

Kedua-dua mereka bersetuju dan senang akan diri masing-masing.Selesai perbincangan ustaz memberikan nasihat yang amat mereka perlukan saat itu..
Ustaz : nak bermesej tidak salah, tetapi hadkan mesej kamu dengan hanya perkara-perkara yang tidak melalaikan. Contohnya, kamu mesej mahu menanyakan khabar tidak salah di dalam Islam. Mesej bincangkan sesuatu yang musykil dan tidak kamu fahami tidak salah, tetapi jangan sertakan nafsu kamu sekali ketika kamu bermesej. Ustaz harap cepat-cepatkanlah majlis nikah kamu ini ya.

~Sebulan kemudian~
Walimatulurus Faris Farihin & Nur Saliana

~jodoh itu rahsia Allah~

Khamis, 21 Mac 2013

KALAU IKUTKAN HATI….mati!!


Lagi seminggu ustaz di sekolah lama Ain belajar akan mengadakan jamuan makan di rumahnya yang mana dirancang sendiri oleh alumni sekolah tersebut. Ain juga merupakan salah seorang ajk yang menguruskan perihal majlis berkenaan. Rumah guru berkenaan berada di kawasan terpencil yang jauh ke pendalaman. Ain berhasrat mahu memberitahu ibunya akan perancangan yang telah dipersetujui oleh semua alumni. Rumah guru berkenaan dipilih kerana kawasan rumahnya yang agak pendalaman menimbulkan suasana nyaman dan jauh dari kepesatan pembangunan.


          Ain berbual-bual dengan ibunya berkenaan majlis berkenaan bagi meminta izin menghadiri majlis tersebut.
Ain: ‘ibu, hujung minggu ni ada jamuan makan di rumah ust Mahmud, boleh Ain pergi?’.
Ibu: ‘owh rumah ust Mahmud, pergi la, ibu x kisah, tetapi minta izin ayah kamu dahulu’.
Ain: ‘dah. Ain dah minta izin kat ayah, ayah ok ja. Tapi kan bu, dekat kawasan rumah ust tu tak ada line, kalau ibu nak telefon Ain, Ain takut tak dapat ja’.
Ibu: ‘owh, ya ka’. Tak apa, kamu pergi ja k’.

          Ain tersenyum gembira dengan keizinan yang diberikan ibunya.
Pada hari kejadian, Ain dijemput sahabatnya dengan menaiki kereta untuk ke majlis jamuan tersebut. Ain dijemput kira-kira jam 4 petang, dan mereka terus bergegas ke rumah ust berkenaan kerana janjinya selepas zohor. Sesampai di rumah ust berkenaan mereka perlu memasak sendiri dan memang itu perancangan mereka. Mereka mahu majlis itu lebih meriah dengan bergotong-royong memasak. Sesi masak memasak siap tepat jam 7 petang dan mereka terus solat berjemaah di surau yang dibina bersebelahan rumah ust berkenaan.

          Usai solat maghrib, ust mengambil kesempatan untuk memberikan sedikit nasihat kepada bekas pelajar yang masing-masing sudah ada dunia yang tersendiri. Ada yang di dunia kampus, ada yang di alam pekerjaan dan ada juga yang sudah mendirikan rumah tangga. Ain dan sahabat lain mendengar penuh teliti apa yang disampaikan oleh ust mereka. Walaupun singkat ucapannya tetapi isi yang diutarakan sangat menusuk ke dalam hati setiap yang mendengar.

          Majlis jamuan makan bermula setelah siap ust memberikan nasihat kepada anak muridnya. Majlis tersebut berterusan sehingga jam 9.30 malam. Ain dan sahabat-sahabatnya siap untuk pulang. Setelah bersalam-salaman mereka meninggalkan rumah tersebut dan menuju ke destinasi masing-masing. Setelah 15 minit perjalanan,telefon ain berbunyi, Ain tergesa-gesa mengangkatnya.



Ain: ‘Assalamualaikum’.
Ayah: ‘Waalaikumussalam, kamu ke mana saja Ain?, ayah telefon dari tadi tidak dapat?, kamu tahu tak ayah dan ibu di rumah ni risaukan kamu? Kamu seorang ja anak perempuan terakhir ayah, kalau apa-apa jadi macam mana?’.
Ain: ‘ayah, kan Ain dah minta izin ayah nak ke rumah ust sebab ada jamuan. Ayah kan dah izinkan, kalau ayah tak mahu Ain pergi jangan izinkan Ain pergi’. Ain mengawal suaranya yang sedang marah, mukanya merah padam, hatinya terbakar. ‘Masakan ayah sendiri tidak percaya pada anak’, getus hati Ain.

Ayah: Ya ayah benarkan tetapi kamu kata sekejap saja, ini sampai malam, cepat balik!!’.
Telefon dimatikan oleh ayahnya. Ain tahu pasti ayahnya sedang marah dan ketika itu juga Ain sangat kecewa dengan perbuatan ayahnya. Baki 15 minit perjalanan lagi menjadi sepi tanpa ada suara Ain berbicara. Hatinya panas, marahnya meningkat, otaknya hanya memikirkan apabila pulang nanti dia akan bertekak dengan ayahnya disebabkan kejadian tadi.

Baki perjalanan lima minit, Ain tersedar, dia beristigfar. Dia terfikir apa yang dia rancangkan tadi, untuk bertekak dengan ayahnya, untuk mencari siapa yang salah dan siapa yang betul..’argh, apa aku ni’, perlahan Ain menyesali dirinya.



          ‘Mereka itu orang tuaku, sudah pasti mereka akan bimbang akan aku, lagi pula aku kan anak bongsu mereka, satu-satunya yang masih belum berumah tangga, betullah cakap ayah menjaga lembu sekandang lebih senang daripada anak perempuan seorang. Ok, bila sampai di rumah nanti, aku nak dengar saja apa kata mereka, dan aku akan cakap yang sebenarnya kalau masih mereka tidak berpuas hati’, Ain bermonolong sendirian. Perjalanan tersebut diisi dengan istighfar agar hatinya nanti tidak bertindak melulu sehingga boleh menyebabkan ibu dan ayahnya terguris.

          Seperti yang dijangka, setibanya di rumah, ibu dan ayahnya menunggu di sofa, Ain masuk ke dalam rumah lalu duduk bersebelahan ibunya. Ayahnya mula berbicara akan kerisauan mereka, tiba-tiba Ain terdengar yang ayahnya sudah menelefon ke rumah ust berkenaan dan isteri ust mengatakan di rumahnya tiada orang yang bernama Ain Syahirah. Ain mula berbicara dengan nada rendah sambil memintal tali beg tangannya.

‘Ain dah bagitahu ibu yang di rumah ust itu tiada line telefon. Berkenaan  tiada orang bernama Ain Syahirah di rumah ust tu, memang patut isteri ust menjawab berkenaan keran itu rumahnya, maka memang tiada yang bernama Ain Syahirah. Kalau ayah bertanya, ada jamuan kat rumah ust itu pasti dia cakap ada. Isteri ust itu tidak mengenali nama kami, ramai yang datang tadi, mana mungkin dia ingat nama semuanya. Perihal telefon pula, di kawasan rumah ust memang tiada line kecuali line telefon rumah. Telefon bimbit Ain memang tiada line langsung dan kadang-kadang sahaja telefon kawan Ain ada line, itupun kalau buat panggilan pasti tersekat-sekat suara. Ain minta maaf sebab Ain tak bagitahu yang jamuan sampai malam’, Ain Syahirah diam seribu bahasa menanti balasan daripada ayahnya. Namun hanya penantian sepi, ayah Ain tidak berkata apa-apa, lalu Ain minta diri ke dalam bilik bagi membersihkan diri.


          Pengalaman Ain hari ini membuatkan dirinya lebih berfikir jauh sekiranya mahu membuat sesuatu keputusan. Ain berkata pada dirinya, saat ini sahaja orang tuamu ambil berat apa yang kamu lakukan, tetapi apabila saat mereka dijemput olehNya, siapa lagi yang akan risaukan kamu, pasti saat itu kau akan merindui detik ini. Hati Ain lebih tenang kerana menyelesaikan masalah dengan cara Islam anjurkan. Tiada rasa dendam, tiada rasa kecewa kerana semuanya mengikut syariatNya.
Berfikir positif dalam setiap keadaan, pasti ada hikmah yang tidak kita ketahui..

Apa alasanmu bersahabat denganku?


Suatu ketika aku dan kau punya kisah untuk dicerita. Saat seperti itu aku tunggu di dalam rumah keagunganNya. Kau dan aku petah berkata-kata, itu ini bagaikan tiada penghujungnya. Seketika kita ketawa, bagaikan hari-hari kita indah dan cerah. Tiada sesiapa mampu menandingi kisah kita berdua sehinggakan ada mata yang dengki melihat keakraban kita. Aku tunggu sampai kau datang jua, begitulah hari-hari berlalu saat kita masih mesra berdua. Apa alasanmu melambung aku tinggi di awan sehingga saat aku jatuh sangat perit aku rasakan. Di mana janji setia bak isi dan kuku dahulu? Di mana Jauhari yang mengenal Manikam dahulu? Di mana? Di mana?



Jauh aku merantau, jauh aku pergi. Jika tidak memuaskan hati, aku berlari, tersadung di sana sini. Aku buang derita aku, tujuan aku hanya satu, mencari kembali apa yang kita ada dahulu. Aku buang rasa sakitku, aku gagahi juga walau lelah, walau payah walau kadang-kadang aku hilang arah. aku cuba selidiki, apa salahku sehingga kita terpaksa berjauhan begini, aku dan kau tidak bertemu kulit lagi. Aku dan kau tidak pernah melihat bayang-bayang lagi.

          Saat indah kita, aku usahakan agar kau gembira, cerita suka, cerita ‘duka’, aku setia mendengar. Saat dirimu tersepit aku sanggup gadaikan apa yang aku ada, aku sanggup kehilangan apa-apa, aku sanggup tidak dikenali siapa-siapa kerana mengharapkan kau mendapat yang terbaik dariku. Walau sepatah masalahku tidak aku suarakan padamu kerana aku tidak mahu membebankanmu. Aku simpan dilubuk hati, aku pendam sendiri. Semuanya kerana kau, kau sahabat yang ku kasihi.



          Sekarang aku mengerti, mungkin aku terlupa dengan ujian Illahi. Kau pergi, aku sendiri di sini. Aku cuba singkapi, apa maksud semua ini? Ya, semua yang pernah kita lalui. Aku, kau dan kisah kita. Walau kau punya teman setia baru, mungkin nanti saatnya kau rindukan kesetiaanku. Tika itu, jika kau mencari aku, aku tetap di sini, aku masih orang yang pernah kau kenali, aku masih seperti dulu, aku setia menunggu kelibatmu. Cuma satu pertanyaanku, apa alasanmu bersahabat denganku?