Jumaat, 29 Julai 2011

Ramadhan (permasalahan 2)

Penggunaan Inhaler


Ada sesiapa yang asma/lelah atau sewaktu dengannya? I.Allah ummu akan sajikan sedikit input untuk pembaca memandangkan tinggal dua hari sahaja lagi untuk kita memasuki bulan tarbiyyah.


Definisi Inhaler :-
Inhaler merupakan satu alat yang mengandungi ubat dalam bentuk cecair yang mengandungi 3 jenis bahan iaitu ubat-ubatan, cecair dan juga oksigen. Cara penggunaannya dilakukan dalam bentuk mengangkat, kemudian menekannya ke dalam mulut atau hidung. Pada masa itu,bahan-bahan yang terkandung di dalamnya akan keluar dan memasuki tekaka melalui tekak atau bahagian dalam hidung. Sebahagian daripadanya akan kekal berada di dalam tekak. Kadang-kadang satu kuantiti kecil akan berada di dalam kerongkong.


Jadi adakah membatalkan puasa sekiranya kita menyedut Inhaler?


Pendapat ulama'


Ulama' berselisih pendapat dalam hal ini, ummu akan menyebut di sini pendapat yang i.Allah akan memenuhi kemaslahatan umum..


Penggunaan Inhaler TIDAK MEMBATALKAN mahupun merosakkan puasa. Inilah pendapat As-Syeikh Abd Aziz bin Baz, As-Syeikh Muhammad bin Salih Al-Uthaimin, As-Syeikh Abdullah bin Jabrin, As-Syeikh Doktor As-Siddiq Ad-Darir,Doktor Muhammad Al-Khayyat dan Jawatankuasa Tetap Fatwa kerajaan Arab Saudi.


Alasan


1. Bahan yang tersapat di dalam Inhaler yang masuk ke dalam kerongkong dan seterusnya ke dalam perut terlalu sedikit, kerana itu, hukumnya tidak membatalkan puasa, sebagai qiyas kepada berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung.


Satu alat Inhaler mengandungi 10 mililiter cecair, yang mengandungi ubat-ubatan. Kuantiti ini cukup untuk digunakan sebanyak 200 kali semburan. Setiap kali semburan mengeluarkan jumlah yang rendah, tidak sampai 1 mililiter. Setiap semburan tidak sampai satu titisan. Satu titisan initerbahagi kepada beberapa bahagian yang paling besar, memasuki bahagian pernafasan. Satu bahagian memasuki kerongkong, manakala baginya turun ke perut. Kuantiti yang jatuh ke dalam perut ini dimaafkan, sebagai qiyas kepada air yang terlekat pada tekak hasil berkumur-kumur dan melakukan istinsya' (memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk). Malah sisa air yang terlekat pada bahagian tekak lebih banyak berbanding dengan kuantiti semburan Inhaler yang memasukinya. Dengan ini, sekiranya seseorang berkumur dengan air yang dimasukkan bahan tertentu, sudah tentu bahan tersebut dapat ditemui tidak lama selepas itu di dalam perut,  yang sekaligus membuktikan kewujudan bahan tersebut di dalam perut tetapi dalam kuantiti yang sedikit, adalah dimaafkan. Kuantiti sisa air berkumur-kumur dan istinsya', dari segi keyakinannya, sudah tentu melebihi dari kuantiti semburan Inhaler yang memasuki kerongkong- jika diandaikan ia memasuki kerongkong.


2. Semburan yang masuk ke dalam perut satu perkara yang belum pasti, sebaliknya masih diragui. Mungkin masuk dan mungkin juga tidak. Berdasarkan kepada hukum asal, puasa sah dan tidak rosak.
اليقين لا يزال باالشاك


3. Ia tidak sama dengan makan dan minum, sebaliknya lebih menyerupai pengambilan darah untuk tujuan klinikal dan penggunaan suntikan yang mengandungi makanan (nutritive)


Perbahasan ke atas Alasan


Walau bagaimanapun alasan ini boleh dipertikaikan, kerana memang wujud kuantiti air di dalam kandungan ubat-ubatan yang terdapat di dalam Inhaler.


4. Bahan semburan akan keluar dalam bentuk wap dan tidak akan sampai ke dalam ruang-ruang di dalam paru-paru.


Perbahasan ke atas Alasan


Walau bagaimanapun sebelum ini, kita telah menjelaskan kuantiti kecil semburan Inhaler juga masuk ke perut.


5. Pakar-pakar kedoktoran memperakui penggunaan siwak mengandungi 8 jenis bahan kimia, yang dapat mengawal gigi dan gusi dari serangan penyakit. Bahan kimia ini sudah tentu meresap pada lidah dan memasuki tekak, apabila seseorang bersiwak. Di dalam hadis sahih Bukhari daripada Amir bin Rabi'ah " saya melihat Rasulullah bersiwak, dalam jumlah yang tidak dapat saya hitung, sedangkan baginda berpuasa"


Sekiranya bahan-bahan kimia yang memasuki tekak ini, dimaafkan, kerana kuantiti yang sedikit dan tidak disengajakan, begitu jugalah bahan-bahan daripada Inhaler yang memasuki tekak, juga dimaafkan, di atas sebab yang sama.






rujukan >
Isu-isu perubatan dan hubungannya dengan perkara-perkara yang membatalkan puasa
oleh > 
Al-Syeikh Ahmad bin Muhammad Al-Khalil
Terjemahan oleh> Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari (UNISZA)

Permasalahan & Jawapan Berkisar Ibadah dalam Bulan Ramadhan

1. Perlukah berniat setiap hari sebelum berpuasa di bulan Ramadhan dan bagaimanakah caranya ?

Jawapan :

Berniat sebelum memulakan sesuatu ibadah sudah menjadi syarat dalam kaedah fiqhiyah yang ditetapkan oleh para ulama dari keumuman perintah rasulullah yang bersabda : “ Sesungguhnya sesuatu amal perbuatan itu dengan niat dan apa yang dilakukan itu ialah dengan apa yang diniatkan…” (Hadith Sahih, Muttafaqun Alaih –Disepakati oleh Bukhari no. 41 & Muslim no.158).

Inilah yang menjadi dasar para fuqaha yang kemudiannya membangunkan kaedah usul iaitu al-umur bima qasidiha “setiap amal itu diukur dengan apa yang diniatkan” (lihat dalam al-wajiz fi syarh qawaid fiqhiyah oleh Dr Abd Karim Zaidan m/s 11). Demikianlah juga seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi ra dalam kitabnya “tidak sah berpuasa melainkan dengan niat dan keadaannya (tempat niat itu) ialah di hati..” (lihat dalam Raudhatun talibin m/s 350 jilid 2).

Mengenai niat untuk berpuasa di bulan Ramadhan, maka secara ringkas ana menjawab bahawa niat untuk berpuasa itu ialah wajib dan menjadi syarat sah puasa seperti yang disepakati oleh ulama dan disebut oleh Imam Abi Bakr Muhammad ibn Ibrahim ibn Munzir Al-Naisaburi dalam kitabnya Al-Ijmak bahawa termasuk perkara yang diijmak oleh ulama Islam ialah kewajipan berniat berpuasa pada setiap malam di bulan Ramadhan (lihat Al-Ijmak m/s 58).

Niat itu dilakukan dalam hati dan tidak menjadi kewajipan untuk menyebutnya dengan lisan dan sesungguhnya mengucapkan niat itu dengan lisan bukanlah dari sunnah dan pula bukan dari amalan salaf soleh sebaliknya bid’ah yang di ada-adakan jika dibuat bukan untuk tujuan mendidik anak-anak atau orang lain sekiranya untuk mendidik maka tidak mengapa.

Tidak perlu berniat “sahaja aku...” atau “bahawasanya aku…” atau apa-apa ayat yang formal dan mematuhi tatabahasa Melayu atau bahasa baku atau juga mematuhi perkataan tertentu…sebaliknya niat dilakukan secara lumrah dan fitrah dengan keyakinan, kesungguhan dan kejelasan untuk sesuatu perbuatan yang hendak dilakukan secara ikhlas kerana Allah di dalam hati tanpa menzahirkan.

Walalhualam.




2. Benarkah Bersugi atau bergosok gigi itu boleh mengurangkan pahala puasa dan merupakan perkara yang makruh sewaktu berpuasa ?

Jawapan :

Bersugi dan bersiwak ialah sunnah rasulullah dan menjadi kebaikan pada umat Muhammad salallahualaihiwasalam untuk menuruti sunnah baginda dan meninggalkan kata-kata bohong jahil para ustaz atau ustazah yang mencari makan dengan berceramah atau mencari makan dengan sedikit popular lalu mengeluar fatwa yang bukan-bukan tanpa ilmu.

Dalam kaedah feqah dan juga usul, sesuatu amalan sunnah secara umum seperti bersiwak tidak akan menjadi makruh melainkan wujud dalil khas yang mengkhususkan kemakruhannya pada bulan Ramadhan dengan ada dalil sabit yang jelas menunjukkan kelarangan dan keburukkannya.

Ada pun dalam hal ini para fuqaha mazhab syafie’iyah sahaja yang kebanyakkannya menjadi keliru dalam memahami hadith rasulullah dari riwayat Abu Hurairah ra yang menyebut mengenai fadhilat berpuasa iaitu antaranya “…mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi dan indah di sisi Allah dari bauan wangian kasturi” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 1904 dan Muslim no. 1151) .

Para ulama mazhab syafie’iyah iaitu pada zaman mutakalimin dan era percambahan mazhab memang terkenal dengan keterlaluan mereka dalam mengunakan akal dan logik dalam memahami sunnah tanpa memerhati kaedah tahdith dan mudah mengambil faham hadith secara logik akal tanpa meneliti riwayat dan pengamalan salaf soleh.

Dari hadith di atas, maka ramai ulama mengambil mudah memakruhkan perbuatan siwak atau bersugi hanya semata-mata mengunakan akal mereka dengan berfikir logik bahawa dengan bersugi dan bersiwak akan menghilangkan bau mulut puasa dan mengurangkan pahala dan ganjaran di sisi Allah sambil menambah bukankah bau mulut orang berpuasa itu sudah cukup wangi di sisi Allah ?

Hujah kita, maka sebagai mereka yang memahami ilmu dengan jalan pemahaman salaf soleh sudah cukup kita meninggalkan akal logik dalam memahami hadith atau sunnah setelah kita menemui riwayat yang sahih mengenai amalan salaf soleh akan mereka bersiwak dan tetap bersugi di bulan Ramadhan sewaktu mereka berpuasa.

Bahkan jika diperhati secara logik akal sekalipun maka hujah bersiwak adalah lebih kuat dan berat iaitu sabda baginda rasulullah : “Sekiranya bukan kerana aku hanya bimbang akan menyusahkan umat aku nescaya akan aku wajibkan mereka untuk bersiwak” dan pada jalan yang lain juga dari Abu Hurairah baginda menambah “setiap kali waktu berwudhuk” (hadith sahih riwayat Malik dalam Muwatha m/s 66, Bukhari no. 887 dan Muslim no. 252 dengan tambahan “setiap kali waktu solat” ).

Dibandingkan dengan kaedah fiqhiyah baik qiyas adna dan qawi sekalipun dan lain-lain uslub kita mendapati bahawa menjadikan alasan kurangnya bau mulut dengan hadith yang langsung jauh kaitannya dengan soal bau mulut itu hilang boleh mengurangkan pahala apabila hadith tersebut menceritakan bahawa bau mulut itu di sisi Allah sangatlah wangi namun apakah benar di sisi manusia ianya wangi juga kerana manusia dan Allah sangat berbeza penilaiannya ?

“ Mereka berkata ianya dari sisi Allah sedangkan ianya bukan dari sisi Allah dan mereka berkata dusta terhadap Allah..” (Ali-Imran : 78).

“Apa yang disisi Allah ialah lebih baik” (Ali-Imran : 198).

“ Dan tidaklah apa yang disisi Allah itu melainkan baik dan ianya kekal maka apakah kamu tidak memikirkan ?” (Al-Qasas : 60).

Sesungguhnya balasan mulut berbau wangi di sisi Allah bagi mereka yang berpuasa ialah balasan Allah yang hanya Allah sahaja berhak menentukannya dan mengetahui tentangnya bukan para ustaz memandai-mandai akan menambah atau berkurangnya pahala yang merupakan anugerah Allah dan termasuk soal ghaib.



Sesungguhnya wujud hadith yang dhaif dalam riwayat Abu Daud dan Tirmidzi yang menunjukkan bahawa baginda rasulullah bersiwak dalam bulan ramadhan sewaktu berpuasa. Sekalipun kita tidak mengambil dalil dan hujah dari hadith dhaif maka cukup kita berpegang pada kaedah asal bahawa kesunnahan siwak dan mengosak gigi mengunakan siwak lebih utama dipegang dari memakruhkannya sekadar mengikuti taqlid buta yang jelas lemah hujah dan tiada dalilnya.

Pesanan ana ialah hendaklah mereka yang mendengar jawapan ini pergi bersiwak di hadapan ustaz-ustaz dan ustazah yang memakruhkannya dan kemudian minta dalil dari mereka apakah hujah mereka menjadikan sunnah rasulullah sebagai tegahan ?

wallahulam


3. Apakah mandi selepas waktu tengahari itu makruh dan mengurangkan pahala puasa ?


Jawapan :

Ini merupakan soalan yang sama seperti bersiwak apabila ianya timbul dari ajaran sufi tasawuf yang menyeleweng dari sunnah rasulullah dan amalan salaf soleh. Iaitu apabila umat Islam baik para ustaz dan ustazah asyik mengira dan belajar bagaimana hendak mengukur pahala dengan mengunakan pembaris kentot mereka.

Buat demikian bertambah pahala sekian dan melakukan demikian berkurang pahala seolah-olah dia mempunyai alat pengukur pahala yang dimiliki oleh kartun Doraemon yang boleh mengukur kebaikan dan kejahatan dengan sesuatu alat.

Allahumusta’an…

Mandi dan membasahkan badan di bulan Ramadhan ialah harus dan tidak mengapa serta jika dilakukan mandi dan membasahkan kepala dan badan kerana letih dan penat serta untuk mengurangkan sedikit beban puasa maka hukumnya sunat kerana mengikuti sunnah rasulullah yang turut berbuat demikian.

Demikian apa yang diriwayatkan dari ramai sahabat baginda rasulullah mengenai perbuatan baginda yang diriwayatkan oleh Abi Bakr ibn Abd Rahman dari para sahabat rasulullah bahawa diberitahu kepadanya oleh seorang sahabat ra bahawa : “ Aku pernah melihat baginda rasulullah membasahkan kepalanya dengan air dan baginda dalam berpuasa mungkin kerana dahaga atau kerana panas” (hadith sahih riwayat Abu Daud no. 2365).


Jumaat, 15 Julai 2011

Kami ( sahabat 1)


 
S dibuli..


InsyaAllah post kali ni santai-santai ja..Dalam bersahabat memori masam manis tu sentiasa ada.


9.30 pm
Mesyuarat Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam(PMKI) unisza.
Tajuk yang sangat hangat dibincangkan sampai nak gaduh-gaduh dibuatnya. semua mempunyai pendapat masing-masing.. Ummu pon punya pendapat sendiri, sekiranya tak diterima ummu diam saja, klau diterima susah pula nak berhenti cakapnya..


Tapi bukan nak ckap pasal ni post kali ni, ummu nak cakap mengenai kenakalan tuttttttttttttt.hehe teka sendiri.
Sesudah selesai meeting dalam pukul 11 kot (dah tak ingat). ummu renggangkan otot dulu sebelum nak bangun sebab tadi kan meeting dengan muslimin, so perlu sopan duduknya.. Dalam ummu tengah senaman tu tiba-tiba si S(bukan nama sebenar) ni dia marah-marah sebab nak balik cepat, katanya hostel dia jauh dan gelap pula nak balik.


1 jam sebelumnya...
Sedang kami bermesyuarat, tiba-tiba seekor kucing masuk ke dalam surau dan lari-lari 1x100 meter dalam tu.Tapi yang kesiannya kucing tu macam kemalanga ja, so kawan ummu Z(bukan nama sebenar) ambil kucing tu dan buang kat luar(tak elok la dok dalam surau tu)


Sambung kisah tadi..

Si S ni marah-marah sambil betulkan tudung di depan cermin surau dan nak dijadikan cerita cermin tu betul-betul berada berdekatan dengan suis lampu.. Si S ni tak habis marah lagi ni, dia terus tutup semua lampu. Si Z bergegas bangun tapi Ummu still duduk lagi(semua tertanya-tanya)


Tiba-tiba Bamb........aduh..... satu ketukan kuat telah berlaku dan diselangi suara..
Z gelak sampai jatuh-jatuh dan x boleh bangun, ummu steady ja.hehe

haha si S rupanya sudah berlaga dengan pintu surau.
Sewaktu si Z buang kucing tadi si Z ni tutup pintu(pintu aluminium yang jernih tu) so si S x nampak terus tunduk dengan penuh sopan untuk keluar pintu dan terus bumb....hehe.


si Z tanya ummu kenapa ummu mantain ja...jawapan ummu..

ummu dah tahu pintu tu tertutup cuma nak tunggu siapa yang kena dulu. dan si S sudah terkena. nakal kan tapi itulah pahit manis dalam bersahabat.

Kalau bersahabat selalu buat baik ja, x ceria kan. sekali sekala perlu ada yang nakal juga.


(jangan tiru aksi ini di rumah anda)





Khamis, 14 Julai 2011

Sudah lama Islam tetapkan...

TERDAPAT BEBERAPA KES DEMAM DENGGI TELAHPUN DIKESAN DI UNISZA BARU-BARU INI.

TIADA UBAT KHUSUS UNTUK MENGUBATI PENYAKIT DEMAM DENGGI. MAKA PENCEGAHAN  AMATLAH PENTING  UNTUK MENYELAMATKAN NYAWA.

 
1 ) ELAKKAN DARI DIGIGIT NYAMUK AEDES – nyamuk Aedes biasanya aktif menggigit pada waktu awal pagi dan waktu senja. Tutup tingkap sebelum tiba waktu senja . Elakkan dari berada di luar asrama pada waktu sebegini jika boleh.Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh untuk melindungi daripada gigitan nyamuk.

Pernah baca keratan ayat ini di mana-mana??
Nyamuk yang diciptakan ditakuti,
ce tanya hati?? Siapa yang cipta nyamuk?? a..a...a.. jawab dalam hati.
Seluruh dunia menggunakan pelbagai cara untuk mengelak gigitan nyamuk aedes, yang utama diletakkan nombor 1 adalah  Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh untuk melindungi daripada gigitan nyamuk.. Baca artikel ni nak gelak pon ada, nak marah pon ada.. Apa kata kita tukar KENYATAAN ni kepada yang lebih baik.


TERDAPAT BEBERAPA KES PENDEDAHAN AURAT TELAHPUN DIKESAN DI UNISZA BARU-BARU INI.

TIADA UBAT KHUSUS UNTUK MENGUBATI KEGILAAN INI. MAKA PENCEGAHAN  AMATLAH PENTING  UNTUK MENYELAMATKAN IMAN.

 
1 ) ELAKKAN MENDEDAHKAN AURAT – HUKUMAN sudah aktif sejak bermula ISLAM hingga KIAMAT Tutup aurat sebelum datangnya murka ALLAH . Elakkan dari berada di luar asrama sekiranya tidak tutup AURAT.Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh yang dinamakan aurat untuk melindungi daripada mendapat DOSA DARIPADA ALLAH...

Siapa sokong???? JOM ramai-ramai selamatkan mahasiswa UNISZA

 

Rabu, 6 Julai 2011

PRAMUGARI & ULAMA

Seorang ulama sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwuduk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya kesingki, seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu lalu menegurnya...

Pramugari : (Dengan suara yang agak keras) Tuan tidak boleh masukkan kaki dalam singki tu, sebab mengotorkan singki.Ini tempat basuk muka, bukan basuh kaki!

Ulama : (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari cuci muka saudari dalam sehari?

Pramugari : (Dengan lagak angkuh) Huh! Dua atau tiga kali sehari!

Ulama : (Dengan sifat bersahaja) Saya mencuci kaki lima kali dalam sehari. Ini bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari!

Moralnya anda fahami sendiri ok...