Jumaat, 29 Julai 2011

Ramadhan (permasalahan 2)

Penggunaan Inhaler


Ada sesiapa yang asma/lelah atau sewaktu dengannya? I.Allah ummu akan sajikan sedikit input untuk pembaca memandangkan tinggal dua hari sahaja lagi untuk kita memasuki bulan tarbiyyah.


Definisi Inhaler :-
Inhaler merupakan satu alat yang mengandungi ubat dalam bentuk cecair yang mengandungi 3 jenis bahan iaitu ubat-ubatan, cecair dan juga oksigen. Cara penggunaannya dilakukan dalam bentuk mengangkat, kemudian menekannya ke dalam mulut atau hidung. Pada masa itu,bahan-bahan yang terkandung di dalamnya akan keluar dan memasuki tekaka melalui tekak atau bahagian dalam hidung. Sebahagian daripadanya akan kekal berada di dalam tekak. Kadang-kadang satu kuantiti kecil akan berada di dalam kerongkong.


Jadi adakah membatalkan puasa sekiranya kita menyedut Inhaler?


Pendapat ulama'


Ulama' berselisih pendapat dalam hal ini, ummu akan menyebut di sini pendapat yang i.Allah akan memenuhi kemaslahatan umum..


Penggunaan Inhaler TIDAK MEMBATALKAN mahupun merosakkan puasa. Inilah pendapat As-Syeikh Abd Aziz bin Baz, As-Syeikh Muhammad bin Salih Al-Uthaimin, As-Syeikh Abdullah bin Jabrin, As-Syeikh Doktor As-Siddiq Ad-Darir,Doktor Muhammad Al-Khayyat dan Jawatankuasa Tetap Fatwa kerajaan Arab Saudi.


Alasan


1. Bahan yang tersapat di dalam Inhaler yang masuk ke dalam kerongkong dan seterusnya ke dalam perut terlalu sedikit, kerana itu, hukumnya tidak membatalkan puasa, sebagai qiyas kepada berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung.


Satu alat Inhaler mengandungi 10 mililiter cecair, yang mengandungi ubat-ubatan. Kuantiti ini cukup untuk digunakan sebanyak 200 kali semburan. Setiap kali semburan mengeluarkan jumlah yang rendah, tidak sampai 1 mililiter. Setiap semburan tidak sampai satu titisan. Satu titisan initerbahagi kepada beberapa bahagian yang paling besar, memasuki bahagian pernafasan. Satu bahagian memasuki kerongkong, manakala baginya turun ke perut. Kuantiti yang jatuh ke dalam perut ini dimaafkan, sebagai qiyas kepada air yang terlekat pada tekak hasil berkumur-kumur dan melakukan istinsya' (memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk). Malah sisa air yang terlekat pada bahagian tekak lebih banyak berbanding dengan kuantiti semburan Inhaler yang memasukinya. Dengan ini, sekiranya seseorang berkumur dengan air yang dimasukkan bahan tertentu, sudah tentu bahan tersebut dapat ditemui tidak lama selepas itu di dalam perut,  yang sekaligus membuktikan kewujudan bahan tersebut di dalam perut tetapi dalam kuantiti yang sedikit, adalah dimaafkan. Kuantiti sisa air berkumur-kumur dan istinsya', dari segi keyakinannya, sudah tentu melebihi dari kuantiti semburan Inhaler yang memasuki kerongkong- jika diandaikan ia memasuki kerongkong.


2. Semburan yang masuk ke dalam perut satu perkara yang belum pasti, sebaliknya masih diragui. Mungkin masuk dan mungkin juga tidak. Berdasarkan kepada hukum asal, puasa sah dan tidak rosak.
اليقين لا يزال باالشاك


3. Ia tidak sama dengan makan dan minum, sebaliknya lebih menyerupai pengambilan darah untuk tujuan klinikal dan penggunaan suntikan yang mengandungi makanan (nutritive)


Perbahasan ke atas Alasan


Walau bagaimanapun alasan ini boleh dipertikaikan, kerana memang wujud kuantiti air di dalam kandungan ubat-ubatan yang terdapat di dalam Inhaler.


4. Bahan semburan akan keluar dalam bentuk wap dan tidak akan sampai ke dalam ruang-ruang di dalam paru-paru.


Perbahasan ke atas Alasan


Walau bagaimanapun sebelum ini, kita telah menjelaskan kuantiti kecil semburan Inhaler juga masuk ke perut.


5. Pakar-pakar kedoktoran memperakui penggunaan siwak mengandungi 8 jenis bahan kimia, yang dapat mengawal gigi dan gusi dari serangan penyakit. Bahan kimia ini sudah tentu meresap pada lidah dan memasuki tekak, apabila seseorang bersiwak. Di dalam hadis sahih Bukhari daripada Amir bin Rabi'ah " saya melihat Rasulullah bersiwak, dalam jumlah yang tidak dapat saya hitung, sedangkan baginda berpuasa"


Sekiranya bahan-bahan kimia yang memasuki tekak ini, dimaafkan, kerana kuantiti yang sedikit dan tidak disengajakan, begitu jugalah bahan-bahan daripada Inhaler yang memasuki tekak, juga dimaafkan, di atas sebab yang sama.






rujukan >
Isu-isu perubatan dan hubungannya dengan perkara-perkara yang membatalkan puasa
oleh > 
Al-Syeikh Ahmad bin Muhammad Al-Khalil
Terjemahan oleh> Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari (UNISZA)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan