Khamis, 28 Mac 2013

Si hijau dan si merah jambu

Faris bergegas menuju ke bilik ustaz Arman meminta tolong akan satu hal. Warna merah jambu sudah benar-benar memikat hatinya. Faris tidak tahu mengapa dia terus berperasaan sedemikian walaupun hanya sekali pandang.




Faris :Assalamualaikum ust, boleh ana masuk?
Ustaz : Waalaikumussalam,bleh, masuk la.
Faris : Ustaz sibuk tak? Ana ada hal nak bincang dengan ustaz.
Ustaz : Kejap ust tengok jadual…….. ermm…. Tak da, ust free sampai jam 12. Ada apa hal kamu nak jumpa ust ni. Kamu tu kalau tak ada yang penting bayang-bayang kamu pun tidak nampak.
Faris : hehehe ust, ana ada hal ni, tapi ana malu la nak cakap dengan ustaz.
Ustaz : Akhawat mana yang enta dah berkenan ni?
‘ish, tahu pula ust ni, macam tahu-tahu ja apa yang aku fikirkan’, bisik Faris di dalam hati.
Ustaz : Dah kamu ni kenapa diam saja, betul ka apa yang ustaz cakap tu?
Faris : er….er.. betul ustaz, ana memang tak pernah rasa macam ni ustaz, ana rasa macam dia jodoh ana ustaz.
Ustaz : betul la ana teka tadi kan. Kenapa nak malu? Semua orang nak kahwin. Kalau rasa dah mampu, apa tunggu lagi, binalah masjid. Siapa akhawat tu?
Faris : Ana tak tahu nama dia ustaz, yang ana tahu, akhawat tu suka pakai baju yang berwarna ungu dan bertudung merah jambu.
Ustaz : ish kamu ni syeikh, berapa banyak pelajar dekat universiti ni, macam mana ustaz nak risik dia untuk kamu. Ok..ok.. akhawat tu kos apa?
Faris : maaf ustaz, ana tak tahu juga. Orangnya tinggi-tinggi, kulitnya tidak cerah dan tidak gelap, biasa-biasa saja.
Ustaz : lagi susah kerja ustaz, tapi InsyaAllah, ana buat istikoroh dulu. Nanti kalau ada apa-apa ana bagitahu enta semula ok. Enta jangan pula senyap saja, cari juga perkara lain yang berkaitan akhawat tersebut, nanti senang kerja ustaz.

~ di bilik sebelah, seorang akhawat sedang bercakap-cakap dengan ustazah Hayati~

Ustazah : enti tak tahu nama dia?
Akhawat : tidak ustazah, Cuma yang ana tahu, pertama kali ana jumpa dengan dia, dia memakai jubah hijau berkopiah hitam.
Ustazah : enti ni ada-ada saja. Berapa ramai pelajar universiti ini yang pakai macam itu. Enti cari kenal dulu siapa dia, kos apa, tahun berapa baru enti datang jumpa ustazah ya. Ustazah pun tidak tahu mahu bantu bagaimana.
Akhawat : baiklah ustazah, nanti ana usahakan. Ustazah doakan ana ya.
Ustazah : Insya-Allah..

Saliana berlalu dari bilik berkenaan dengan meninggkan harapan terkubur di situ. ‘mungkin tiada jodoh’, keluh Lina.




~Seminggu kemudian….

Lina melewati bilik-bilik pensyarah yang tersusun berderetan di sebuah bangunan lama, matanya meliar mencari bilik pensyarah subjek Antropologi Dakwah yang bernama ustaz Arman.

‘Nah, di sini rupanya bilik ustaz, sudah lama aku mencarinya. Awal dahulu katanya di blok B, sudah itu di blok Ali, akhirnya aku jumpa di sini. Jauh benar bilik ustaz’, keluh Lina di dalam hati..
Ustaz Arman sibuk memikirkan berkenaan jodoh kepada anak murid kesayangannya itu, walaupun sudah dilakukan istikhoroh tetapi tetap juga ustaz buntu. Mana mungkin dapat mencarinya di dalam kawasan yang besar ni.




Tuk…tuk…tuk..
Ustaz : masuk
Lina : Assalamualaikum, ustaz, maaf ganggu. Ana Nor Saliana pelajar dakwah semester lima, ana pelajar subjek Antropologi Dakwah ustaz.

Lina sempat memperkenalkan diri sambil tangan menarik kerusi yang disediakan untuknya duduk. Ustaz Arman tergamam kerana apa yang dilihatnya adalah sosok tubuh yang mengenakan jubah arab berwarna ungu dan bertudung merah jambu.

‘Apakah pelajar ini empunya badan yang si Faris ceritakan, mungkin juga ini petunjuk dari Allah, aku mesti mengambil kesempatan untuk menanyakan dia berkenaan baju tersebut’, ustaz Arman bermonolog sendirian.

Lina : Ustaz….ustaz…
Ustaz : eh, maaf-maaf ana tengah fikir tentang tugasan pelajar tadi. Apa yang enti cakapkan tadi?
Lina : Ana jumpa ustaz ni, ana mahukan sedikit pencerahan dari ustaz berkenaan tajuk yang kedua ustaz terangkan. Ana tidak faham tentang aplikasi yang buku tunjukkan.
Ustaz : Enti selalu pakai baju warna ni?
‘ish, ustaz ni, kita yang bertanya, lain benar jawapan dari ustaz, pertanyaan juga?’, Lina berbisik di dalam hati.. Bagi meraikan ustaz yang dikasihi, Lina menolak ke tepi tentang hajatnya ke bilik ustaz, malah cuba menjawab apa yang ditanya.
Lina : ish, tak la ustaz, ana ikut ja, kalau ana rasa nak pakai baju ni ana pakai kalau rasa nak pakai baju lain ana pakai juga. Tidaklah selalu ana pakai baju ini, malah tidak ada hari yang ana tetapkan pun. Eh, ustaz ni kenapa tiba-tiba bertanya berkenaan pakaian ana.
Ustaz : owh tidak ada apa-apa, ana ingat mahu belikan hadiah jubah untuk isteri ana sempena hari jadinya.
Lina : oo, isteri ustaz tu tinggi mana? Gemuk ka kurus? Sebab ana ada tahu satu kedai ni yang menjual jubah yang bersaiz sampai xxxxxl tu. Kalau yang tak xxxxxl lagi banyak la ustaz. Kalau ustaz nak, nanti ana tolong tanyakan.
Ustaz : ok la, nanti kalau ana sudah membuat keputusan ana bagitahu enti. Apa yang enti nak tanya tadi?

Lina meneruskan perbualan bersama ustaz Arman berkenaan dengan pembelajaran yang tidak difahaminya. Dalam pada masa itu juga ustaz Arman terus memikirnya dan hatinya kuat mengatakan bahawa akhawat inilah yang dimaksudkan oleh Faris tempoh hari.

Dua minggu kemudian

*Tut..tut..
1 mesej diterima
Salam, Lina, ustaz nak kamu datang bilik ustaz sekarang kerana ada hal yang ustaz perlu bincangkan dengan kamu..

‘wah, ust mesti nak kongsikan ilmu dengan aku, alang-alang aku juga ada soalan kepada ustaz kerana tidak sempat menanyakan di dalam kelas tempoh hari’, kumat kumit mulut lina menyebutkan syukur kepada Allah kerana dia berkesempatan lagi berjumpa dan berbincang dengan ustaz yang hebat itu.

w.salam,baik ustaz, bagi ana 10 minit untuk ke bilik ustaz.

*Mesej dihantar
~Di bilik ustaz Arman~
‘eh, ada orang dalam bilik ustaz, tak apa la mungkin ada pelajar yang sedang jumpa ustaz, aku tunggu di luar sahaja’, kata Lina sendirian.

Salam, ustaz ada tetamu ya, ana tunggu di luar ya.
*mesej dihantar

Ustaz : Saliana, masuk…

‘eh ustaz ni panggil aku macam tu saja, kan ada Muslimin di dalam bilik ustaz, tapi tak apa la mungkin ustaz mahu jumpa sebentar sahaja dengan aku’, jawab Lina dalam hati.
Pintu kamar ustaz dibuka dan kelihatan seorang Muslimin sedang tunduk bagaikan mahu sujud ke bawah. Kopiah yang dipakainya bagaikan mahu tertanggal dari kepala dek kerana terlalu menunduk.

‘kenapa dengan Muslimin tu, macam mahu sujud sahaja’, getus Lina di dalam hati

Ustaz : syeikh, tolong tarik kerusi tu, bagi akhawat tu duduk.
Faris : baik ustaz.

Faris tidak mengangkat mukanya walaupun sekali, menunduk sahaja..tubuh Faris yang agak kurus menampakkan urat-urat tangannya timbul saat menarik kerusi untuk Lina. ‘kesiannya Muslimin ni, tidak makankah dia’, tersenyum Lina akan kata-kata dirinya.

Ustaz : Duduk Saliana.
Lina : Syukran ustaz.
Ustaz : Kita buka majlis dengan Fatihah

Sambil membaca al-fatihah sebagai pembuka majlis, Lina sempat menanyakan dirinya ‘kenapa perlu buka majlis bagai ni, biasanya ustaz tidak begini’……

 ‘malunya aku kalau ternyata dia sudah berpunya, Allah, teguhkan hatiku untuk membina masjidmu. Aku fikir ustaz mahu bertanya kepadaku akan maklumat yang telah aku kumpul, tetapi ustaz sudah ada kejutan besar buatku’, keluh Faris di dalam hati.

Ustaz Arman menceritakan segala-galanya kepada Lina akan hasrat hati Faris mahu menjadikan mereka berdua halal bersama.

Ustaz : Faris, betulkah pilihan ustaz ini? Ustaz hanya ikutkan gerak hati ustaz, ustaz rasa dia yang kamu maksudkan dahulu. Cuba kamu lihat dia, ustaz izinkan. Kalau bukan dia, tidak mengapalah.

‘aku perlu buat muka macam mana ya? Tidak pernah aku dipinang begini, ok-ok aku buat muka ayu la kan’, Lina bercakap sendirian.



Faris mengangkat mukanya lalu memandang Saliana, mata mereka bertemu, bagaikan panahan halilintar yang sangat dahsyat, dia kemudiannya kembali menunduk sambil kepalanya mengangguk memberi isyarat benar akan pilihan ustaz itu. Saliana beristighfar di dalam hati sambil terlintas di hatinya ‘si baju hijau’. Rupa-rupanya mereka mempunyai perasaan yang sama sejak kali pertama mereka berjumpa di hadapan rumah Allah. Saat itu Saliana baru sahaja habis kelas dan bergegas ke surau, sama juga keadaannya dengan Faris.

Kedua-dua mereka bersetuju dan senang akan diri masing-masing.Selesai perbincangan ustaz memberikan nasihat yang amat mereka perlukan saat itu..
Ustaz : nak bermesej tidak salah, tetapi hadkan mesej kamu dengan hanya perkara-perkara yang tidak melalaikan. Contohnya, kamu mesej mahu menanyakan khabar tidak salah di dalam Islam. Mesej bincangkan sesuatu yang musykil dan tidak kamu fahami tidak salah, tetapi jangan sertakan nafsu kamu sekali ketika kamu bermesej. Ustaz harap cepat-cepatkanlah majlis nikah kamu ini ya.

~Sebulan kemudian~
Walimatulurus Faris Farihin & Nur Saliana

~jodoh itu rahsia Allah~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan