Isnin, 16 Januari 2012

Turun naik iman

Assalamualaikum.. menjadi kebiasaan bagi setiap manusia akan turun naik imannya.. Iman manusia itu  kadang-kadang di punck yang tinggi dan kadang-kadang turun menjunam seperti kapal terbang tanpa kawalan..itulah manusia.. Roda kehidupan, kita terkadang di atas, terkadang dihimpit di bawah.


Nasihat?? tidak, ini hanya pesanan malah lebih kepada perkongsian..


Jom baca kisah Ummu...


Tatkala Ummu memasuki ruangan surau di salah sebuah bangunan kolej kediaman pelajar, pandangan Ummu tertumpu kepada seorang saudara seislam yang sedang termenung memandang corak kain sejadah yang terhampar dihadapannya. Ummu cuba meneka, 'mungkin dia sedang berdoa ataupun mungkin dia sedang bermunajat kepada Allah'. 'biarkan saja'.. 


Ummu terus berlalu ke hadapan.. sedang Ummu asyik mencari surah pilihan untuk ditadabbur, satu suara lemah menyapa Ummu sambil bahu Ummu dipegang lembut. 'Akak, ada masa tak sekarang?' pertanyaan beliau menimbulkan seribu satu tanda tanya di hati Ummu.. 'owh, sekarang akak free, kenapa ya?' inilah jawapan Ummu tatkala ditanya oleh sesiapa, sebaik mungkin Ummu mahu bahagikan masa merawat luka dihati sahabat........ Mukanya menunjukkan tanda resah yang amat sangat..


'Akak, adik kenal akak sewaktu pengenalan exco kepimpinan PMKI yang lalu, adik tertarik untuk kongsikan masalah adik dengan akak memandangkan akak pernah cakap,'sesiapa yang ada masalah untuk dikongsi dengan akak, akak bersedia', bolehkan akak?'


Astagfirullah....Alhamdulillah ya Allah, walupun aku tidak mampu berjuang diluar, rahmati aku dalam memperjuangakan hati-hati hambaMu..Ummu berdoa seketika tatkala ucapan itu yang diungkapkan..


'Adik, sesungguhnya akak juga manusia yang tidak lari dari ujian Allah. sememangnya kita perlu luahkan perasaan kita kepada yang Maha Esa kerana dia lebih mengetahui, tetapi tidak salah kita berkongsi untuk meringankan bebanan kita.'


Hak muslim terhadap muslim



عَنْ أَبِى هُرَيْرةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: حَقُّ اَلمُسْلِمِ عَلَى اَلْمُسْلِم سِتٌّ، قِيْلَ: وَمَاهُنَّ يَا رَسُوْلُ الله؟ قَالَ: اِذاَ لَقِيْتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ، وَاِذَا دَعَاكَ فَأجِبْهُ، وَاِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ، وَاِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللهَ فَشَمِّتْهُ، وَاِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ، وَاِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ.
(رواه مسلم)
 
Terjemahan:
 
Dari Abi Hurairah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Hak muslim terhadap muslim lainnya ada enam. (Baginda) ditanya: Apakah hak-hak tersebut, ya Rasulullah? Jawab baginda:
 
1.       Jika kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam padanya.
2.       Jika dia mengundangmu, hadirilah undangannya.
3.       Jika dia minta nasihatmu, berilah dia nasihat.
4.       Jika dia bersin dan bertahmid, maka tasymitkan dia.
5.       Jika dia sakit, maka kunjungilah dia.
6.       Jika dia meninggal dunia, maka ikutilah (jenazah)nya.
 
(Hadis Riwayat Muslim)


-----------------------------------
'Akak, kenapa sekarang saya rasa macam makin jauh dengan Allah?, dulu saya buat banyak ibadat, tetapi sekarang, saya makin malas.'
Setitik demi setitik air matanya jatuh diatas telekung yang dipakainya tadi..Allah....sungguh suci hatinya..
'tujuan adik bukan untuk bermegah, tapi adik perlu terus terang agar akak lebih jelas dan faham masalah adik'.


Perbualan kami berlangsung 1/2 jam di surau tersebut.. antara pesana ummu buat diri Ummu sendiri dan Adik itu ialah:


1. Lakukan solat taubat, dan banyakkn zikir. mungkin kita tidak sedar akan dosa yang pernah kita lakukan, yang mana dosa itulah yang menyekat hati kita daripada melakukan amal ibadat kepada Allah.


2. Banyakkan bersedekah, kata-kata seorang yang sangat Ummu hormati Ustaz Ahmad Tirmizi Taha( Pensayarah Syariah UniSZA), beliau berkata, dengan berkat kita bersedekah hidup kita lebih aman, dan kehidupan harian menjadi lancar.. Beliau juga berpesan, jangan ajarkan diri kita untuk makan seorang diri.


3. Lakukan sebanyak mana amal ibadat yang kamu sukai, contohnya sekiranya kamu suka membaca al-quran, lakukannya amalan yang paling banyak bagi hari-hari kamu. sekiranya berzikir Subhanallah yang paling kamu sukai, sebutkan ia tanpa Allahu akbar.. Setelah kamu melakukan amalan yang paling kamu sukai secara automatik amalan lain akan menyusul.


4. Jangan lakukan perkara yang kamu tidak mampu lakukan, contohnya hari ni kamu mendengar ceramah bahawa solat dhuha,solat tahajjud, solat hajat dan lain-lain adalah sunat bagi kita, terus kamu lakukan secara sekaligus satu hari itu, ditakutkan kamu hanya bersemangat pada hari itu sahaja. lakukan apa-apa yang kamu suka walaupun sedikit tetapi istiqomah..


Ya Allah kau ampunkanlah dosa-dosa kami yang telah lalu, dosa-dosa kami yang sekarang dan dosa-dosa kami yang akan datang..amin


PMKI =Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam UniSZA


jangan dilihat kepada watak didalam pesanan ini,tetapi lihatlah pada ibrah yang mampu diambil di dalamnya.....




Inni akhafullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan