Rabu, 18 Januari 2012

Adakah hanya sekadar melihat

Sahabat....mungkin hati Ummu tersentuh apabila disebutkan, dinukilkan kalimah ini, mengapa???


sahabat,
tatkala aku terjatuh,
jangan biarkan aku sendirian terkapai tanpa pegangan.
tatkala aku kehausan,
suapkan di bibirku seteguk air kasih sayang.
tatkala aku hilang arah tujuan,
pautlah aku, bawalah aku ke lembah sinar kehidupan..


Arghhh, ada apa dengan sahabat??
Kalau ditegur, didengar penuh teliti,
tetapi, bagaikan masuk telinga kiri keluar telinga kanan,
apabila dinasihati, diam seribu janji,
tetapi, bagai mencurahkan air di atas daun keladi.


Terlalu banyak keistimewaan sahabat..
Pengalaman mereka pengajaran kita,
derita mereka, derita kita,
sakit mereka, sakit kita,
hancur mereka, hancur kita,
kejayaan mereka, kejayaan kita,
tawa mereka, derita kita....


apa maksud Ummu tawa mereka, derita kita...
...terlalu mudah untuk kita gelak tawa, kongsi suka duka bersama..tetapi kita lupa akan tanggungjawab kita iaitu menegur kesalahan sahabat kita. Ramai yang kata 'sahabat aku tu, ok giler la, time aku da masalah dia sanggup tidak bermalam kerana aku'.. 'kawan aku buat suprise kat aku, dia bawak aku makan kat hotel, siap dibelanja lagi'..(yang bercakap itu tidak memakai tudung/tidak sempurna auratnya dan ada juga yang pakai tudung tetapi couple pula dan ada juga bertudung likup tetapi ber'angkat-angkat' pula)


Ke mana pergi sahabat yang diagung-agungkan tadi, yang sanggup berkorban harta dan nyawa demi sahabat?? sanggup apa saja, tetapi perkara yang berkaitan tegur menegur tiada siapa mahu jadi juara.. 


'weh Minah, kau tegur la sikit Jenab tu, aku tengok pakaian dia makin teruk tu'....'Azie, kau nasihat sikit Erna tu, berpasang-pasang ke sana ke mari,kau kan kawan rapat dia'...


Jawapan dari sahabat tadi 
Minah>'eh, aku tak pandai nak tegur-tegur orang ni'
Azie>'aku takut la dia terasa dengan aku kalau aku tegur, nanti dia cakap aku sibuk hal dia pula'..


Kenapa eh?? apa saja kita sanggup buat tapi nak tegur sikit pun dah tak tahu cara, tak tahu jalan, malah ada yang terus buat Don't know ja dengan alasan tu hak masing-masing.(agak bodoh alasan ini) ..Apabila ditanya, mahu jadi sahabat baik tak or kamu sahabat baik tak?semua pandai jawab 'sudah semestinya'..Jadi sarankan buat diri ummu dan sahabat 'jadilah sahabat yang baik dunia dan akhirat'..


Pepatah arab ada mengatakan 'kulilhaq walau kana murran' berkata benar walaupun ianya pahit.. Jadi katakanlah kebenaran kepada sahabat baik kita tentang agama kita, apa yang dituntut agama..
Ada sahabat bertanya kepada Ummu,'kalau kita tegur hubungan kita terputus bagaimana?? jawapan Ummu, kita tegurlah dengan sebaik mungkin, teguran bukan sahaja dengan kata-kata,boleh juga melalui perbuatan kita, boleh juga dalam bentuk penyelesaiaan masalah, boleh juga dengan meminta orang yang dihormati menasihatinya..Ingatlah, kalau kita mengubah seseorang ke arah kebaikkan Allah telah menetapkan sesuatu yang luar biasa buat kita.  


"Biar hilang kawan, jangan kita hilang 'pegangan' "





Tiada ulasan:

Catat Ulasan