Khamis, 24 Mac 2011

Kambing, harimau atau apa?

Suatu ketika ummu termenung di tepi tangga sambil menadah dagu seolah-olah berfikir sesuatu, tidak sampai 2 minggu lagi ummu mahu melanjutkan pelajaran di Universiti Sultan Zainal Abidin. Bermacam-macam soalan berputar di kepala ummu semacam mahu sahaja ummu meninggalkan zaman pengajian. Tetapi sabda Rasulullah طلب العلم فريضة علي كل مسلم ومسلمة menjadi penguat semngat bagi ummu. Tiba-tiba ibu ummu menyapa menghilangkan lamunan ummu.

Ibu : Di mana jua kita berada jadilah seperti pepatah, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum tetapi bukan kita menjadi kambing atau harimau. Sekiranya apa yang kita buat tu bertetapan dengan syara’ biarlah kita menjadi contoh kepada sahabat kita, akan tetapi sekiranya kita tidak mengikut syara’ cubalah ubah diri mengikut sahabat yang baik.
Ibu ummu berlalu meninggalkan tanda tanya kepada ummu, termenung ummu sejenak memikirkan maksud ibu yang tersirat itu..

Setelah setahun berada di Universiti ummu teringat kembali nasihat ibu yang  memberi makna yang mendalam terhadap hidup ummu yang bergelar mahasiswi. Ummu mula terfikir sangatlah benar kata-kata ibu, dalam persahabatan kita perlu menyesuaikan diri kepada suasana akan tetapi bukanlah mengubah diri yang baik menjadi jahat dan jahat terlebih-lebih jahat.

Sahabat ummu yang dulunya seorang yang menjaga solat diawal waktu, menzalimi solat dhuha tetapi setelah bergaul dengan sahabat-sahabat yang tidak sefikrah yakni bukan daripada pengajian islam terus sikap kawan ummu berubah.
Naluri mahu mencuba sesuatu dan mengubah diri fitrah bagi manusia tetapi perlulah berlandaskan hukum syara’. Sekiranya kita masuk ke kandang kambing tidak salah mahu bermain-main dengannya akan tetapi janganlah meletakkan diri kita setaraf dengan kambing, begitu juga dengan memasuki kandang harimau.. Tetapi apa yang terjadi sekarang,manusia disekeliling sudah tidak dapat membezakan siapakah kambing dan siapa pendatang di dalam kandang kambing tersebut disebabkan terdapat persamaan diantara keduanya.
Bagi manusia yang memasuki kandang kancil, pelajarilah bagaimana mahu cerdik sepertinya tetapi bukan menjadi kancil.. Faham maksud ummu??
Begitulah kita sebagai manusia tidak terlepas daripada kelalaian, sekiranya berkawan dengan orang yang lalai kita juga akan lalai. Sekiranya berkawan dengan orang yang ingat Tuhan kita juga akan mengikutnya.
Segalanya ditangan anda….Samaada mahu ke mana arah tuju anda.. Ke kiri mahupun ke kanan mahupun tersesat di persimpangan jalan. Wallahu a’lam.


Pesananku untukku
Pesananku untukmu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan