Ahad, 13 Februari 2011

Adam dan Hawa dengarlah

"Ust tidak akan redha segala ilmu yang ust ajarkan kepada kamu semua sekiranya kamu meniru di dalam peperiksaan"


Mengapa aku utarakan kata-kata ini duhai sahabat?
Aku takut aku juga bersubahat menganggung kesilapanmu,

"ummu, soalan nombor 2 maksudnya apa?aku tak faham la" tanya sahabatku meminta kepastian.
Mengapa aku membisu tanpa bicara wahai sahabat?
Bukan aku sombong dan megah atas ilmuku,
tidak pula aku mahu menyakiti hatimu,
tidak layak diriku bersuara untukmu,
Aku hanya mahu redha guru-guru bersama ilmuku.


"weh nani, jawapan nombor satu ni apa?"
sayu aku mendengar suara halusmu ketika tanganku sedang asyik menulis warkah berlagu ilmu.
aku hanya mampu berdiam diri melihatmu buat beberapa ketika.
aku sedih, sedih dan sedih.. mengapa fikiran kita tidak sama.


Aku mula mencari jalan untuk meluahkan sakit yang aku alami ketika aku melihatmu begitu.
Ingin saja aku berkata "wahai sahabatku, guru umpama ibu bapa kita, manakan sama si penjual telur dengan hamba.. sekiranya dikatakan seumpama ibu bapa, lupakah kita akan surat cinta Allah yang menerangkan tentang larangan berkata "uh" kepada ibu bapa.. Tidakkah melanggar perintah guru lebih teruk daripada berkata 'uh'?.. fikir-fikirkanlah


Ada suatu kisah benar yang berlaku kepada kawan aku sewaktu dibangku sekolah dahulu. diringkaskan ungkapan ini juga yang digunakan oleh guruku  "Cikgu tidak akan redha segala ilmu yang cikgu ajarkan kepada kamu semua sekiranya kamu meniru di dalam peperiksaan".. sampai suatu tahap otak sahabat aku tidak dapat menerima apa yang diajar oleh guruku, tidak faham apa-apa langsung, tidak tahu apa itu sains. Allah maha kuasa, sekejap sahaja Dia mahu menarik nikmatnya kepada kita.. Sahabat aku dilanda penyakit lesu dan dungu, sudah banyak doktor ditemui tetapi tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap dirinya. Sehingga pada suatu hari rahsianya terbongkar apabila cikgu sains kelas aku berkata "mungkin kerana dia meniru di dalam peperiksaan agaknya kerna saya sudah bersumpah kepada anak-anak murid saya" terang cikgu Tini dengan bimbang..Akhirnya ust bersepakat supaya  budak tadi meminta maaf kepada guruku.Alhamdulillah guruku dapat memaafkannya dan selepas daripada kejadian itu boleh dikatakan keseluruhan pelajar sekolah takut untuk meniru..


Adakah kita mahu bertaubat setelah bala menimpa salah seorang daripada kita?? Nauzubillah


"Aku takut tak lulus periksa, aku takut aku dapat sikit daripada orang lain"
Jawapanku kepadamu wahai sahabat
Aku juga punya perasaan begitu tapi aku berpegang kepada
@ Allah akan sentiasa bersamaku
@Aku akan dapat buat atas apa yang aku usaha
@ Meniru bukan jalan keluar malah jalan memasukkan kita kepada kebutaan.
@ Usaha+doa+tawakal


Pesananku:- "usah memandang remeh hal yang berkaitan agama"




Pesananku untukku
Pesananku untukmu








Tiada ulasan:

Catat Ulasan