Khamis, 23 Februari 2012

Antara amanah dan kehendak

Bismillah..


Terlalu sukar untuk kita memahami isi hati orang lain dan sungguh sampai bila-bila kita tidak dapat memahaminya. Tetapi, kita hanya mengharap orang lain membaca isi hati kita, tanpa kita usulkan apa yang terselit di hati??


Susahkan.. kadang-kadang apa yang ditafsirkan itu betul tetapi peratusan untuk betul itu amat tipis.. 
............................


Bagi mahsiswa yang terlibat dengan persatuan, mesyuarat merupakan perkara biasa malahan bisa menjadi rutin harian. Tetapi, apa yang Ummu mahu kaitkan adalah mengenai sikap sambil lewa di dalam menjalankan amanah. Ingat ya, amanah bukan benda main-main sehinggakan Rasulullah telah berfirman di dalam hadis ciri-ciri orang munafik : 


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “. Sumber


Tidak takutkah kita digelar orang yang munafik?? Allahu Rabbi, tidak pernah kita membayangkan seksa bagi orang yang munafik ini. Saat itu, siapa yang mahu memandang kita? Apa yang kita telah lakukan, adakah Rasulullah mahu memberi syafaat kepada kita?? Renung-renungkanlah wahai diri ini dan sahabat..

Kisah untuk Ibrah

Suatu ketika, majlis tertinggi di dalam persatuan telah mengadakan mesyuarat yang mana mesyuarat itu disebarkan beberapa hari sebelum hari kejadian.. Apabila tiba hari kejadian, segelintir sahaja ecxo yang memasuki mesyuarat. Terus Yang diPertua menelefon exco-exco yang lain. Kesemuanya memberi alasan masing-masing. Tetapi apa yang Ummu tidak boleh terima adalah alasan yang diberikan oleh seorang exco yang mana dia memberi alasan bahawa dia sedang menadah kitab di surau di dalam kawasan universiti. Apabila Ummu mendengarnya, Ya. Ummu juga salah seorang ahli menadah kitab itu(Ummu relatekan dengan tajuk, tidak ada niat lain).. Apa yang Ummu fikirkan adalah, di sini amanah, di sana kehendak diri dan juga agama. Tetapi apakah dengan hanya dia menadah kita, masalah yang berlaku di kalangan pelajar universiti dapat diselesaikan?? Mana lebih penting? Jawapan Ummu, keduanya sama-sama penting tetapi mesyuarat itu terkandungnya amanah yang pernah diikrarkan dahulu. Sekiranya kita mahu melakukan sesuatu, senaraikan dahulu yang mana amat penting dan yang mana terkemudian penting.

Allah, kuatkan hati kami, teguhkan hati kami di dalam memperjuangakan agamaMu. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan