Rutin harianku seperti biasa, ke
kuliah, makan, kadang-kadang menuntut sedikit ilmu di perpustakaan,
kadang-kadang menuntut sedikit ilmu dengan pensyarah. Kadanag-kadang santai
tengok movie, kadang-kadang minta nasihat dari sahabat dan kadang-kadang bagi
nasihat pada sahabat.
Tetapi, ada juga rutin lain yang
selalu aku lakukan, aku hanya menganggap itu perkara biasa. Saban hari aku
lakukan, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun.
Setelah tiga tahun maka genaplah aku menjadi bekas pelajar universiti memegang
IJAZAH.
Di hari aku diraikan sebagai
lepasan ijazah, aku didatangi seseorang,
aku sangat mengenalinya, setiap hari aku berjumpa dengannya kecuali hari
jumaat. Begitulah masa-masa aku berlalu selama tiga tahun, tiada hari yang aku
akan terlepas untuk bertemu dengannya.
Aku diberitahu sesuatu yang
mengujakan, sudah sekian lama aku mencari akhirnya terkabul doaku. Aku kaku,
aku lemah, aku tak berdaya. Aku hanya insan biasa yang tidak terlebih di
mana-mana. Aku cuba mendapat kepastian adakah aku yang dimaksudkan?, memang
tidak salah, akulah yang menjadi pilihan.
Katanya, ‘ibu aku selalu memujimu,
bukan kerana paras rupamu, bukan juga kerana hartamu, dan bukanlah disebabkan
ilmumu’…. Aku tertanya-tanya, ‘mengapa aku menjadi pilihan dia?’. Akhirnya aku
disatukan dengan lafaz sakinah. Setelah sekian lama aku dan dia mengenal hati
budi, barulah tiba saatnya aku diberitahu mengapa aku menjadi pilihan dia. ‘aku
mendengar dari ibuku, engkau tidak pernah meninggalkan memberi SALAM semasa
bertemu sesiapa sahaja, aku kagum dengan sunnah yang kau bawa’.. Aku hanya
diam, inilah jodoh yang kucari, ya jodohku dengan salam.. Assalamualaikum