Saat mereka tertawa, aku hanya memendam rasa. Saat detik itu bermula, aku hanya melebarkan senyuman. Saat masih punya ruang, ku buang ke tepi beralasan. sudah sampai dirampas orang, aku hanya tunduk terdiam.
Detik itu mungkin tiba, aku pasti teruskan melangkah, walau masa mengaburi mata, akanku terus berjuang hingga sempurna. Terkenang saat lama, aku cuba menguasai dunia, tiba dipersimpangan aku terleka hingga sampai menjauh jua. Suratan takdir buat diri, agar aku kembali mengingati saat Khadijah mengkhitbah Nabi, diterima mentah girang sekali. moga diriku tabah setelah diuji..
'Cintailah sesuatu itu sekadar cuma-kemungkinan ia akan menjadi kebencianmu, Bencilah sesuatu itu sekadar cuma-kemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu.
Khamis, 19 April 2012
Aku sebatang lilin
Rabu, 11 April 2012
ilmu Falak :Penentuan arah QIBLAT
Qiblat bagi umat islam adalah Mekah, maka sewaktu kita solat, menghadap ke arah qiblat merupakan syarat sah solat. Boleh dikatakan di setiap surau mahupun masjid sudah ditandakan arah qiblat oleh orang yang bertanggungjawab ataupun tidak, jadi berapa peratus kepercayaan kita terhadap qiblat yang telah ditentukan? mungkin kaedah yang akan ditunjukkan oleh Ummu akan memberikan lebih keyakinan kepada anda semua dalam memenuhi syarat sah sorat..
Sebelum memulakan pengiraan penentuan, anda perlulah mencari koordinat tempat/daerah anda di sini ..
caranya..
1. Tuliskan nama tempat diruangan search contohnya : Baling,Kedah
2. Apabila daerah anda dipaparkan akan ada tanda berwarna merah ataupun kuning atau lain-lain. Pastikan peta berada benar-benar di daerah anda.
3. Kemudian klik kanan dan tekan what's here? kemudian akan ada tanda berwarna hijau, sekiranya tidak kelihatan atau tersembunyi di belakang tanda merah tadi, maka ulangkan klik kanan dan klik what's here? sehingga tanda hijau tersebut kelihatan.
4. Klik pada tanda yang berwarna hijau tersebut dan akan keluar data latitud dan longitud (° ' ''). yang berada di hadapan adalah latitud dan yang berada selepas koma (,) adalah longitud.
5. Ambil data tersebut
Ulang langkah yang sama dan dapatkan latitud dan longitud bagi Mekah pula. Data latitud dan longitud perlu diambil untuk dijadikan rujukan di dalam pengiraan..
rujukan-----> LA> latitud
LO>longitud
contoh : Baling, kedah (t)
Latitud: 5° 41'
Longitud: 100° 55'
Mekah (m)
Latitud: 21° 25' 15.6''
Longitud: 39° 49' 29.1''
Cara pengiraan:-
*gunakan kalkulator saintifik :-)
*tekan tanda (° ' '')--->(we call it anak berudu) di kalkulator anda bagi tanda2 yang terdapat pada LA dan LO: cth--> tekan 5 tekan berudu tekan 41 tekan berudu..walaupun tanda yang dipaparkan pada skrin kelihatan sama tetapi kalkulator anda tetap membaca dengan betul, so teruskan tekan dan abaikan tanda yang sama tersebut.. contoh paparan skrin kalkulator (5°41°), ia dibaca sama dengan (5° 41' )
tan ?=__ sin (LO t - LO m)_______________________
kos(LA t ) tan (LA m) - sin(LA t )kos(LO t - LO m)
Contoh:
tan ?= ____sin(100° 55' - 39° 49' 29.1'')__________________________
kos5° 41' tan21° 25' 15.6'' - sin5° 41' kos(100° 55' - 39° 49' 29.1'')
*pengiraan di bawah boleh ditekan terus pada kalkulator dengan syarat kirakan dahulu nombor yang di dalam kurungan.
tan ?= _____sin 61° 05' 30.9''__
0° 23' 25.4'' - 0° 2' 52.34''
tan ? = 0° 52' 31.43''
0° 20' 33.06''
tan ? = 2° 33' 20.81''
? = tan-1 2° 33' 20.81''
* untuk dapatkan tan-1 tekan shift dan tekan tan seterusnya masukkan nombor.
? = 68° 37' 51.92''
Untuk dapatkan Azimuth kiblat maka
360-68° 37' 51.92''= 291° 22' 8.08''
Arah qiblat bagi Daerah Baling, Kedah = 291° 22' 8.08''
Arah qiblat Malaysia diantara 290° sehingga 293°, sekiranya terlebih atau terkurang maka qiblat anda salah ataupun pengiraan anda salah..
*bagi yang tidak suka mengira atau untuk semakan bolehlah ke :-)
~Selamat Mencuba~
Bersambung....Cara tentukan qiblat setelah mendapatkan (° ' '')

Jumaat, 6 April 2012
Hati itu
Hati itu,
dijaga dibelai penuh rasa,
ke sana ke sini bagaikan berdua,
mencari tempat menambah perasa,
hinggakan akhirnya dimamah raksasa...
Hati itu..
tunduk malu tanda setuju,
bertahun sedih hanya menuggu,
biarkan pergi saat itu,
manakan sama logam dengan kayu..
Hati itu..
dipandu ke hadapan penuh semangat,
mencari sesuatu yang mungkin penat,
ditahan mati akhirnya tenat,
diri terasa bagaikan disengat..
Hati itu..
tadahan doa zikir harian,
selamanya akan tetap bertahan,
sehinggakan bertemu yang sepadan,
agar akhir nanti hidup berteman..
Hati itu..
memohon doa daripada sahabat,
bukan ringgit mahupun bath,
agar bisa dijadikan ubat,
moga termakbul sebelum terlambat..
Langgan:
Catatan (Atom)