- Akidah yang sejahtera
- Ibadah yang sahih
- Akhlak yang mantap
- Berpengetahuan luas
- Badan yang sihat
- Mampu berdikari
- Melawan nafsu
- Menjaga masa
- Bersistematik
- Bermanfaat pada semua
'Cintailah sesuatu itu sekadar cuma-kemungkinan ia akan menjadi kebencianmu, Bencilah sesuatu itu sekadar cuma-kemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu.
Selasa, 21 Jun 2011
10 Profil Peribadi Muslim
Rabu, 15 Jun 2011
COUPLE
Tak sampai seminggu ummu masuk u bagi semester 5 sudah ada yang bertanya pasal couple..soalannya begini.....
- Weh couple tu dose ke?
- Couple yang macam mana?
Ummu mengambil inisiatif untuk tidak menjawab soalan lagi tetapi mahu tahu apa pandangan dia sendiri pasal kes ni...
- Emm, so,bagi kamu couple ni macam mana?
Makin rumit jawapan dia, so ummu bertanya lagi...
- Dah tu kamu ada yang special tak sekarang ni?
Dua tiga hari lepas ada seorang ustaz ni dia cakap suka kat saya, dia suka gerak kerja saya, cara saya,dan dia cakap muka saya sedap mata memandang. dan saya tengok dia pon waru', baik, pandai jaga hati orang...
Ermm, makin rumit ni, yang bertanya sudah mahu terjebak dalam couple ni.
so ringkasan jawapan ummu macam ni....
- Matlamat tidak menghalalkan cara
- Seorang lelaki akan menunjukkan dia macho apabila berhadapan perempuan, dan perempuan pula akan menonjolkan sikap keibuan yang disukai oleh lelaki tatkala berhadapan dengan mereka.
- 99.9% pasangan yang bercouple di tipu oleh pasangannya.
- Rugi masa, rugi wang, rugi kasih sayang yang betul, rugi fizikal,rugi mental.... macam2 kerugian akhirnya muflis.
- Dalam Islam menggalakkan sesiapa yang mahu mencari pasangan menggunakan 'orang tengah' yakni kaum kerabat dekat, sahabat, guru-guru dan lain-lain yang boleh dipercayai untuk meyimpan rahsia. orang tengah ini mestilah tahu dengan mendalam tentang orang yang ditanya. Kita akan lebih kenal pasangan kita tanpa tertipu dengan sikap kepura-puraan.
- Lelaki yang MACHO adalah apabila dia sudah tertawan, bukan dengan kita dia luahkan tetapi dengan hati yang ikhlas berjumpa dengan ibu ayah kita. Nah... itu baru Macho wahai kaum adam.
- Istikarah itu yang utama. mahu tahu pasangan kita?? Allah sudah tunjukkan jalan. manusia fikir mereka lebih pandai untuk diri mereka tetapi mereka tidak tahu bahawa merekalah orang dungu yang paling bodoh di dunia (maf bahasa kasar) apabila menolak jalan yang Allah berikan.
Ummu tinggalkan pembaca dengan sepotong hadis, ingatlah, Allah pasti menolong hamba-hamba yang mahu ke jalanNya..
قوله صلي الله عليه وسلم يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فاءنه أغض للبصر وأحصن للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فاءنه له وجاء
( Riwayat Bukhari dan Muslim)
Langgan:
Catatan (Atom)