Khamis, 24 Mac 2011

Kambing, harimau atau apa?

Suatu ketika ummu termenung di tepi tangga sambil menadah dagu seolah-olah berfikir sesuatu, tidak sampai 2 minggu lagi ummu mahu melanjutkan pelajaran di Universiti Sultan Zainal Abidin. Bermacam-macam soalan berputar di kepala ummu semacam mahu sahaja ummu meninggalkan zaman pengajian. Tetapi sabda Rasulullah طلب العلم فريضة علي كل مسلم ومسلمة menjadi penguat semngat bagi ummu. Tiba-tiba ibu ummu menyapa menghilangkan lamunan ummu.

Ibu : Di mana jua kita berada jadilah seperti pepatah, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum tetapi bukan kita menjadi kambing atau harimau. Sekiranya apa yang kita buat tu bertetapan dengan syara’ biarlah kita menjadi contoh kepada sahabat kita, akan tetapi sekiranya kita tidak mengikut syara’ cubalah ubah diri mengikut sahabat yang baik.
Ibu ummu berlalu meninggalkan tanda tanya kepada ummu, termenung ummu sejenak memikirkan maksud ibu yang tersirat itu..

Setelah setahun berada di Universiti ummu teringat kembali nasihat ibu yang  memberi makna yang mendalam terhadap hidup ummu yang bergelar mahasiswi. Ummu mula terfikir sangatlah benar kata-kata ibu, dalam persahabatan kita perlu menyesuaikan diri kepada suasana akan tetapi bukanlah mengubah diri yang baik menjadi jahat dan jahat terlebih-lebih jahat.

Sahabat ummu yang dulunya seorang yang menjaga solat diawal waktu, menzalimi solat dhuha tetapi setelah bergaul dengan sahabat-sahabat yang tidak sefikrah yakni bukan daripada pengajian islam terus sikap kawan ummu berubah.
Naluri mahu mencuba sesuatu dan mengubah diri fitrah bagi manusia tetapi perlulah berlandaskan hukum syara’. Sekiranya kita masuk ke kandang kambing tidak salah mahu bermain-main dengannya akan tetapi janganlah meletakkan diri kita setaraf dengan kambing, begitu juga dengan memasuki kandang harimau.. Tetapi apa yang terjadi sekarang,manusia disekeliling sudah tidak dapat membezakan siapakah kambing dan siapa pendatang di dalam kandang kambing tersebut disebabkan terdapat persamaan diantara keduanya.
Bagi manusia yang memasuki kandang kancil, pelajarilah bagaimana mahu cerdik sepertinya tetapi bukan menjadi kancil.. Faham maksud ummu??
Begitulah kita sebagai manusia tidak terlepas daripada kelalaian, sekiranya berkawan dengan orang yang lalai kita juga akan lalai. Sekiranya berkawan dengan orang yang ingat Tuhan kita juga akan mengikutnya.
Segalanya ditangan anda….Samaada mahu ke mana arah tuju anda.. Ke kiri mahupun ke kanan mahupun tersesat di persimpangan jalan. Wallahu a’lam.


Pesananku untukku
Pesananku untukmu

Jumaat, 11 Mac 2011

Jawatan

Dalam perjalanan ke kafe Faizal berjumpa dengan sahabat karibnya Fauzan. Seorang loghat utara seorang loghat kelate, maka betembunglah 2 bahasa.


Faizal : Assalamualaikum syeikh lamo dok jupo, gano loni?


Fauzan : Waalaikumussalam, Alhamdulillah ana macam ni la. enta macam mana? ni mesti study kuat ni.

Faizal : gini ar ana, demo kot study lebih. Dengar doh ko pasa cito u kito nok wat pemilihe mpp baru bagi sesi depe*?


Fauzan : Ana study pon banyak macam tu ja la. ada dengaq gak, ana dengaq yang nak masuk bertanding tu banyaknya dari fakulti undang-undang.

Faizal :  erm gitu la ana dengar, nok dok kito beli boghe* masuk tanding?


Fauzan : tak mau la ana, ana rasa tak mampu nak pikul tanggungjawab ni.


Faizal : Jange ar pikir gitu, kito try dulu baru tahu kito leh wat ko dok. Ana banyok kali dok pikir, gano kito nok tegokke agamo isle kalu kito hok ngaji agamo ni tokse jadi pemimpin.

Fauzan : Alhamdulillah jauh pemikiran enta, ana tak sampai situ lagi dok pikiq..


Faizal : Ana buke nok kato ko sapo-sapo tapi  ana dok perghati* gak ramai oghe dok ngato ko mpp hok lepas. Ramai hok tok puas hati tu dari pengajie* isle la. Demo dok kato mpp tok jale ke tanggungjawab yang islamik. tapi demo tokse masuk tande* jadi pemimpin.


Fauzan : Ana tengok ramai budak pengajian islam ni yang berbakat jadi pemimpin tapi tak mau masuk bertanding. mungkin depa ada alasan masing-masing tapi tengok keadaan sekarang ni kita perlu bertindak pantas dari fakulti lain baru islam mudah tertegak di bumi u kita ni.


Faizal : ho gitu la semangat hok ana nok dari sahabat ana ni, raso berkobar-kobar hati ana nak masuk tande*.


Fauzan : syukran enta bagi tahu ana pasal semua ni, kalau tak ana tak masuk bertanding la. Ana ingatesok kita p beli borang tu.


Faizal : Ana ok ja, hargo boghe* tu 200 ya ke?


Fauzan : Ya, tapi tak pa kalau kita menang kita tegakkan islam di bumi barakah ni ramai kawan-kawan kita yang dapat kita selamatkan InsyaAllah. kalau enta tak cukup duit, enta hutang dengan ana dulu nanti dah ada duit enta bayar la, kalau tak mampu bayar ana halalkan sahaja.


Faizal : Subhanallah, bertuoh ana dapat saing* gini, ana tok tahu gano nok ucap timo kasih ko enta sudi tolong ana tok tegak ke isle di u kito. Timo kasih la, ana ada lagi pitih nak beli boghe tu. Kito g esok deh. 

Fauzan : sama-sama, jom p beli makanan sama-sama, ana belanja aiq. hehe


Faizal : Air pon air la, muroh rezeki ana hari ni. Moga murah gok rezeki enta.Mari




Tranlate
depe> depan
boghe> borang
perghati> perhati
pengajie> pengajian
tande> bertanding
saing> kawan


Jutaan kemaafan kepada orang kelantan kerana penulis mencacamarbakan bahasa kelantan.


Pesananku untukku
Pesananku untukmu

Khamis, 10 Mac 2011

Malu biar bertempat

situasi 1

'Su, enti tahu tak petang ni ada mesyuarat kat blok G?'

'Tahu, enti nak pergi tak?, ana nak pergi sebab ada benda ana nak usulkan, jawab Su penuh semangat.

Di blok G...

'Alhamdulillah setelah semua isi program telah dibentangkan maka dibuka kepada exco-exco dan ajk-ajk untuk bertanya mahupun memberikan idea yang bernas', sambung Amran setelah membentangkan kertas kerja bagi program 'Memantapkan akidah pelajar'.

'Su, kalau program ni kita tambah bla.........bla............bla..........dan kalau kita sertakan dengan bla......bla.....bla.... kan lebih bagus program ni'.


......' bagus cadangan kamu tu, usulkanlah kedepan moga-moga program ni lebih berkesan matlamatnya'.


'erm..malu la, xpa la biarkan ja la mungkin ada orang lebih baik idea dan cadangannya'.



Situasi 2


'sebelum tamat kelas kita ni, kamu ada nak tanya apa-apa soalan mengenai pembelajaran kamu ni ataupun berkaitan dengan perkara lain boleh la bertanya?' kata ustaz Ramli panjang lebar sesudah menghabiskan tajuk madah fiqh munakahat untuk hari ini.


...' Weh kalau mas kahwin dengan wang hantaran sama kan?


...'aku tak tahu la aku rasa sama ja kan duit tu kena bagi kat perempuan. kau tanya la ustaz aku malu la'.


...'aku pun malu, tak payah tanya la aku rasa betul dah apa yang kau kata tadi tu'


Situasi 3

 ' kau nampak tak pasangan yang tengah duduk berdua-duaan tu, aku geram la, dah la yang si lelaki dan perempuan tu pelajar pengajian islam, buat malu kita ja..'



'memang pon diorang tak tahu ka, orang lain tak suka denga apa yang diorang buat ni. kita pergi tegur nak?.


'ish kau ni, aku malu la nanti muslimin tu kata kita menyibuk pula, malu la aku kalau terserempak dengan dia nanti.'


'em betul gak aku pun malu, muslimin tu kan exco tertinggi fakulti kita, nanti mesti dia selalu bertembung dengan kita.'


MasyaAllah.. malu ada tempatnya sahabat-sahabat semua...

kesimpulan>
situasi 1
Nah, lihat sahabat, semua program yang sepatutnya dapat dimantapkan lagi, tapi kerana MALU, mungkin tidak berapa mencapai matlamatnya.

situasi 2
Malu lagi untuk bertanya, sudah buat fatwa sendiri. sampai ke mati pegang hukum macam ni kalau tak ada sesiapa bagitahu disebabkan oleh sifat MALU


situasi 3
Nak buat baik, akhirnya apa pun tak jadi. amar ma'ruf nahi mungkar tak dilaksanakan disebabkan sifat MALU.

Hawa perlu bersifat malu, tetapi biarlah bertempat
Adam juga sama, walau tidak banyak sifat malu tetapi kadang-kadang malu adam juga membawa padah..


Malu berbuat benda tidak dilarang
Bermegah berbuat benda dilarang


Insafi diri
Lapangkan hati
Selami sanubari
Moga ketemu apa yang dicari...


Pesananku untukku
Pesananku untukmu


Rabu, 2 Mac 2011

Suara

"Subahnallah, ana tengok Yah tu depan muslimin perlahan ja suara dia, ana tak boleh nak buat macam dia la", kata Nisah kepada Yana.

" Ye la aku pun perasan dia jaga sungguh percakapan dia, dengan pakaian juga menutup aurat. Beruntung la muslimin yang dapat dia", sambung Yana menghangatkan suasana.


Di dalam asrama.....
"Eh kenapa Yah cakap telefon kat luar tu?' aku nak try dengar la". Yana mengusik.
"kau ni tak baik tau kau dengar perbualan orang lain, mana tahu hal keluarga dia, kan mengaibkan diri dia". Nisah cuba menasihati Yana.
"Kau tak  perasan ke dia kerap sangat bergayut?"
"Perasan la juga tapi aku husnudhon la kata dia cakap dengan mak dia kat kampung".


Tiba-tiba Yah lalu ditepi Yana dan Nisah yang sedang asyik bersembang  dan mereka berdua terdengar Yah menyebut nama 'zam' dengan suara lembut. Yana dan Nisah berpandangan tanpa kata. Nisah tidak berpuas hati dan mengambil keputusan untuk bertanya kawan sebilik Yah mengenainya demi untuk kebaikkan sahabatnya. Maka terbuktilah bahawa Yah selalu bercakap dengan muslimin melalui telefon bukan atas urusan kerja dan bukan juga boyafriend dia tapi hanya kawan. Nisah dengan Yana nekad untuk bercakap dengan Yah.

Yana : 'Yah aku ada dengar kau selalu cakap telefon dengan muslimin, betul ka?'

Yah   : 'ala Yah cuma sembang-sembang ja, Yah dengan muslimin tu mana da apa-apa, kawan ja'

Nisah : 'kami tahu muslimin tu kawan Yah malah kawan kami juga'

Yana : ' kami cuma sayangkan kamu, kami tengok kamu seorang muslimat yang paling waruk, paling menjaga dan mempraktik apa yang Allah suruh. tapi dalam hal ni kami nak tegur kamu moga-moga kita semua sama-sama jadi yang terbaik.

Yah  : 'apa yang kamu nak tegur, Yah terima dengan hati yang terbuka'

Nisah :' gini, suara kita aurat bagi lelaki kita perlu menjaganya'

Yah : ' kan cakap dalam telefon ja buka berdepan pon'

Yana : ' memang begitu tetapi aurat wanita itu tetap wujud sekalipun guna pelbagai teknologi asalkan guna suara.'

Nisah :'betul tu, kita tidak boleh bercakap dengan sahabat kita yang muslimin melainkan ada perkara mustahak yang tidak dapat dielakkan.'

Yana : ' walaupun kamu menganggap dia sahabat yang paling rapat kamu kena faham bahawa dia juga LELAKI yang punya nafsu.'

Yah tertunduk diam sambil mendengar penuh kusyuk..


Yana : ' nasihat kami ni untuk diri kami juga agar tak buat perkara-perkara MUNGKAR ini.'

Yah : ' syukran sahabat kerana perihatin terhadap ana yang kadang-kadang ni tersadung juga dek nafsu'

Nisah : 'sama-sama, kita sama-sama belajar agama dan kita tahu hukum hakamnya, kami berdua hanya refresh diri kami dan Yah agar kembali kepada hukum hakam agama Allah.


Yana : 'maaf sekiranya nasihat kami ini mengguris hati Yah'


Yah : ' tak la, Yah bersyukur punya kawan seperti kamu, moga-moga kamu berdua di dalam peliharaan Allah'


Nisah, Yana : 'AMIN'




Pesananku untukku
Pesananku untukmu

Isnin, 28 Februari 2011

Dalil

 (situasi 1)
" Ain kamu tahu tak kalau kita tutup aurat dengan sempurna kan Allah sayang kita"
..."mana dalil yang menunjukkan  kena tutup aurat?"
" Pah, kau tahu tak hukum marah mak ayah?"
... " dalil bagi tu apa hah?"
" Zah, kau tahu tak bla....bla...bla?"
..."Erm dalam surah dan hadis  apa tu?"

(situasi 2)
"Ain, esok da sambutan hari kekasih dekat bandar"
... eh, ye ke.nak g kol berapa?"
" Pah kau tahu tak bulan depan pak we aku nak ajak g Cameron"
..."wah seronok la kau"
"Zah, sebelum kau tiup lilin kek kau tu kau minta doa dulu"
..."Ok..ok aku minta doa yang terbaik punya"


MasyaAllah, nampak tak sahabat-sahabat?? 
Apabila disuruh, diberi peringatan, diajak berbuat kebaikan minta dalil untuk kepastian. Dari hadis mana, dari ayat mana,kalau boleh nak tanya sapa perawinya. Ada pula yang berkata "apa ni BID'AH", "dulu-dulu tak buat pun macam ni pun"..

Apabila diajak, diminta berbuat yang terlarang tak siapa mahu meminta dalilnya,kerna apa? kerna semua sudah sedia maklum apa yang dilakukan tu tiada dalil yang membenarkan. Sudah tahu berdosa tetapi buat-buat lupa, sudah tahu ada hukumannya tetapi buang diluar, sudah tahu akan kemurkanNya tetapi nafsu berkuasa.


Telinga buat-buat pekak, mata buat-buat buta, hati makin bengkak, jiwa makin terkoyak, nafsu makin megah.
Ayuh kita tegakkan 'amar ma'ruf nahi mungkar'
Korek telinga dengan ayat Quran, buka mata dengan keindahan tuhan, basuh jiwa dengan kasih sayang, sinari hati dengan Iman..


Pesananku untukku
Pesananku untukmu
 

Rabu, 23 Februari 2011

Allah masih sayangkanmu

Siapapun kita, apa warna kulit kita, gemuk ka, kurus ka, cantik, hensem, hodoh, buruk..Ini semua bukan menjadi sandaran kepada Khalik kita untuk menilai hambanya. Mengapa dihiraukan sebiji jerawat tumbuh di muka sedangkan dosa-dosa lama masih berbeku, mengapa dirisaukan lamaran tidak diterima sedangkan masih punya saudara yang memerlukan. 


Tut..tut...
1 massege receive
Assalamualaikum, ummu kamu sihat? nak tanya soalan boleh?
............W'alaikumussalam, Alhamdulillah sihat, boleh aja. I.Allah kalau ummu tahu ummu jawab soalan tu k.
'''''''''''''''Begini, macam mana kita nak penuhkan solat kita?? aku selalu solat tak cukup kadang-kadang 4 kali kadang 2 kadang tak buat langsung. tolong la aku.
............Alhamdulillah Allah masih sayangkan kamu.. Sebelum ummu jawab soalan kamu tu, ummu nak tanya, kenapa kamu solat sebelum ni?
''''''''''''''' sebab wajib bagi umat islam dan Allah yang suruh.
........... Alhamdulillah kamu tahu kenapa kita solat.. ok, ummu nak tanya kamu sekiranya seseorang itu mencipta robot yang canggih dan dia setkan robot tu adalah untuk basuh baju tetapi sekiranya robot tu buat selain apa yang tuannya suruh agak-agak tuan robot tu marah tak??
''''''''''''''' ish mesti la marah, aku tau robot tu ibarat aku la kan? Allah cipta aku tapi aku tak buat apa yang Allah suruh, tu la aku ni tak bersyukur kat Allah yang cipta aku nih. Hati aku ni tak betul.
............Alhamdulillah, itulah jawapan bagi soalan kamu tadi.. sebelum tuan robot mencabut plug yang menghidupkan robot tersebut, maka cepat-cepatlah robot itu perlu mengikut arahan..


Sahabat yang tidak sealiran dengan ummu bertanya bagaimana cara untuk menjadi yang lebih baik dari sebelum ni, tetapi hati ummu sayu kerana sahabat yang sealiran makin jauh dan semakin lama sudah berani mempermainkan ayat-ayat cinta dari Allah.


Mungkin juga, sahabat ummu yang tidak sealiran itu perlu mencari di mana agama berbanding sahabat sealiran yang sentiasa menadah telinga di dalam bilik kuliah. pepatah arab ada mengatakan 'ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah'. 


Mulut petah berbicara mengenai ayat quran itu ayat quran ini, tetapi di mana penghayatan tentang kebenaran dan keajaiban ayat tersebut. Apabila ustaz berkata...ولا  sudah ramai pandai menyambungتقربوا الزنا  sudah dhobit mengingat apa ayat selepasnya, sebelum, surah apa dan segalanya...


Adakah kita mahu menjadi golongan Yahudi yang mengkaji, menghafal, tahu selok belok mengenai ayat Quran tetapi masih tidak terbuka hati dek kerana tidak mendapat hidayah dari Illahi.Waiyauzubillah..


Perbetullah niat dihati. Hitamnya hati, karatnya naluri, busuknya jiwa.. Bajailah dengan TAKWA.


Pesananku untukku
Pesananku untukmu

Selasa, 22 Februari 2011

Di manakah cantikknya HAWA

  • Mungkin pada sepasang matanya yang hening-yang selalu menjeling tajam atau yang kadang-kala malu-malu memberikan kerlingan manja.
  • Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi ummi juga ayah,suami dan pipi monggel anak-anak.Atau mungkin juga pada nilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus menghangatkan perasaan.
  • Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan wanita.Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan masih tidak cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan wanita.Kitalah wanita itu.
  • Panjatkan kesyukuran ke hadrat Tuhan kerana menjadikan kita wanita dan memberikan kita keindahan itu.Namun,betapa pun dijaga,dipelihara,dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu,tiba masanya segala akan pergi….wajah akan suram,mata akan kedam.Satu saja yang tidak akan dimakan usia-sifat kewanitaan yang dipupuk dengan iman dan ibadah…..
Demikianlah kecantikan yang sebenarnya…… 
Jagalah hati, jagalah aurat