Sabtu, 23 Februari 2013

KALAU DAH CUKUP, MAKA CUKUPLAH


Suatu ketika aku disapa oleh seseorang yang punya masalah peribadi. Dirinya tidak ku kenali tetapi diriku dikenali sebagai pendengar masalah paling setia. Dia mulakan bicara dengan penuh sayu, matanya yang layu sungguh menyayatkan hatiku. Ku kuatkan hati, tabah mendengar apa yang berona dihatinya. Setelah kuamati aku punya satu penyelesaian buat dia.
          Katanya dia berketurunan tidak berada, ayahnya cuma seorang penoreh getah, ibunya pula suri rumah. Bicaranya dari awal sudah menunjukkan dia punya pandangan tersendiri terhadap keadaan keluarganya. Katanya lagi, ketika hujan, semua adik beradik akan berlari mendapatkan bekas besar, baldi mahupun gayung. Air hujan yang turun mencurah dari lubang-lubang kecil atap rumah membuatkan banyak bekas yang diperlukan.
          Katanya lagi, sekiranya ayah lagi menoreh dan bukan minggu ayah jual hasil getahnya, maka mereka sekeluarga akan makan hanya ikan kering, sayurnya dikutip di tepi kawasan rumah. Kadang-kadang hanya berlaukkan kepala ikan sahaja, itupun yang kemarin punya. Katanya lagi, pakaian mereka hanya apa adanya. Ayah mereka sangat ‘kedekut’ untuk belanjakan wang. Dia dan adik-adik semakin menganggap ayahnya tangkai jering.
          Katanya lagi, tidur hanya di atas lantai berlapikkan tikar mengkuang. Tidurnya pula tiada ‘privacy’ diluar saja bersama yang lain.
          Aku mendengar penuh setia, hanya kadang-kadang aku mengangguk tanda aku tidak lalai dengan duniaku, seketika aku ubah posisi, ke kiri ke kanan bagi membetulkan tulang-tulang dan urat-uratku agar tidak tersepit untuk bekerja. Usai dia habis cerita, aku mulakan bicaraku dengan nada yang sederhana.



          Kataku, “Alhamdulillah”.. dia bertuah kerana masih ada segala-galanya. Masih ada ayah, masih punya ibu dan dimeriahkan pula dengan adik beradik. Dia bertuah… kataku, walaupun rumah dia bocor, lauk dia hanya ikan kering, ayah dia cuma penoreh getah, ibu dia cuma suri rumah, ayah dia tangkai jering, tidur dia hanya di mengkuang kering tetapi aku yakin kalau dia ada iman pasti dia akan gembira dengan kehidupan.
          Sahabat…. Apa bedanya kau dan aku?? Hanya satu, tiada beribu, hanya IMANmu dan IMANku. Kalau rumah bocor itu dihuni penghuni yang beriman, pasti akan dirasakan indah. Kalau ikan kering itu dimakan orang beriman, pasti akan menjadi ikan yang paling sedap, kalau lantai itu ditiduri oleh orang yang beriman, pasti itulah tempat paling indah dalam kehidupan. Kalaulah ayah itu ayah kepada orang beriman, pasti anaknyalah orang yang paling bahagia punya ayah yang penyayang.. rumah tanpa Islam, itulah rumah paling miskin..fikir-fikirkanlah sahabat.. 

Ahad, 23 Disember 2012

Jodoh aku dengan salam


Rutin harianku seperti biasa, ke kuliah, makan, kadang-kadang menuntut sedikit ilmu di perpustakaan, kadang-kadang menuntut sedikit ilmu dengan pensyarah. Kadanag-kadang santai tengok movie, kadang-kadang minta nasihat dari sahabat dan kadang-kadang bagi nasihat pada sahabat.

Tetapi, ada juga rutin lain yang selalu aku lakukan, aku hanya menganggap itu perkara biasa. Saban hari aku lakukan, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Setelah tiga tahun maka genaplah aku menjadi bekas pelajar universiti memegang IJAZAH.

Di hari aku diraikan sebagai lepasan ijazah, aku didatangi  seseorang, aku sangat mengenalinya, setiap hari aku berjumpa dengannya kecuali hari jumaat. Begitulah masa-masa aku berlalu selama tiga tahun, tiada hari yang aku akan terlepas untuk bertemu dengannya.

Aku diberitahu sesuatu yang mengujakan, sudah sekian lama aku mencari akhirnya terkabul doaku. Aku kaku, aku lemah, aku tak berdaya. Aku hanya insan biasa yang tidak terlebih di mana-mana. Aku cuba mendapat kepastian adakah aku yang dimaksudkan?, memang tidak salah, akulah yang menjadi pilihan.

Katanya, ‘ibu aku selalu memujimu, bukan kerana paras rupamu, bukan juga kerana hartamu, dan bukanlah disebabkan ilmumu’…. Aku tertanya-tanya, ‘mengapa aku menjadi pilihan dia?’. Akhirnya aku disatukan dengan lafaz sakinah. Setelah sekian lama aku dan dia mengenal hati budi, barulah tiba saatnya aku diberitahu mengapa aku menjadi pilihan dia. ‘aku mendengar dari ibuku, engkau tidak pernah meninggalkan memberi SALAM semasa bertemu sesiapa sahaja, aku kagum dengan sunnah yang kau bawa’.. Aku hanya diam, inilah jodoh yang kucari, ya jodohku dengan salam.. Assalamualaikum

Sabtu, 24 November 2012

Kaedah yang menarik


"Tentu ramai yang ingin tahu cara termudahuntuk FAHAMI 'big picture' Al-Quran &HAFAZ surah idaman SEKALIGUS...
- tak kira sesibuk manapun anda,
'start' menghafaz seperti 'pro' sekarang!"

(Rebut peluang keemasan untuk kuasai 'fakta penting' Al-Quran dan ketahui RAHSIA teknik hafazan paling praktikal melalui gabungan
3 ebook istimewa, lengkap dengan penerangan video secara 'step-by-step'!)

Tunggu apa lagi? ayuh ke link di bawah 





Khamis, 19 April 2012

Saat itu

Saat mereka tertawa, aku hanya memendam rasa. Saat detik itu bermula, aku hanya melebarkan senyuman. Saat masih punya ruang, ku buang ke tepi beralasan. sudah sampai dirampas orang, aku hanya tunduk terdiam.





Detik itu mungkin tiba, aku pasti teruskan melangkah, walau masa mengaburi mata, akanku terus berjuang hingga sempurna. Terkenang saat lama, aku cuba menguasai dunia, tiba dipersimpangan aku terleka hingga sampai menjauh jua. Suratan takdir buat diri, agar aku kembali mengingati saat Khadijah mengkhitbah Nabi, diterima mentah girang sekali. moga diriku tabah setelah diuji..

Aku sebatang lilin


Aku memberi cahaya kepada sesiapa sahaja yang pernah bersamaku dan saat mereka membutuhkanku, aku tidak pernah menghampakan mereka. Tatkala aku menjadi teman mereka,aku rasakan akulah sahabat yang terbaik. Aku menjadi penerang tatkala mereka teraba-raba di dalam kegelapan. Mereka semua memujiku. Dari jauh aku kelihatan sebagai seorang puteri yang bisa mempersonakan banyak hati, makin aku jauh makin mereka mendekati. Aku sangat gembira disayangi, diberi perhatian tatkala aku bagaikan mahu bersendirian. Tetapi satu perkara aku telah terlupa, ya aku juga perlukan cahaya. Ya Nur dari yang Maha Esa.. Sedang aku menerangi kehidupan orang lain sedikit demi sedikit kehidupanku yang menjadi malap.Akhirnya aku kegelapan tanpa 'CAHAYA.

Rabu, 11 April 2012

ilmu Falak :Penentuan arah QIBLAT

Qiblat bagi umat islam adalah Mekah, maka sewaktu kita solat, menghadap ke arah qiblat merupakan syarat sah solat. Boleh dikatakan di setiap surau mahupun masjid sudah ditandakan arah qiblat oleh orang yang bertanggungjawab ataupun tidak, jadi berapa peratus kepercayaan kita terhadap qiblat yang telah ditentukan? mungkin kaedah yang akan ditunjukkan oleh Ummu akan memberikan lebih keyakinan kepada anda semua dalam memenuhi syarat sah sorat.. 


Sebelum memulakan pengiraan penentuan, anda perlulah mencari koordinat tempat/daerah anda di sini ..


caranya..


1. Tuliskan nama tempat diruangan search contohnya : Baling,Kedah
2. Apabila daerah anda dipaparkan akan ada tanda berwarna merah ataupun kuning atau lain-lain. Pastikan peta berada benar-benar di daerah anda. 
3. Kemudian klik kanan dan tekan what's here? kemudian akan ada tanda berwarna hijau, sekiranya tidak kelihatan atau tersembunyi di belakang tanda merah tadi, maka ulangkan klik kanan dan klik what's here? sehingga tanda hijau tersebut kelihatan.
4. Klik pada tanda yang berwarna hijau tersebut dan akan keluar data latitud dan longitud (° ''). yang berada di hadapan adalah latitud dan yang berada selepas koma (,) adalah longitud.
5. Ambil data tersebut
Ulang langkah yang sama dan dapatkan latitud dan longitud bagi Mekah pula. Data latitud dan longitud perlu diambil untuk dijadikan rujukan di dalam pengiraan..


rujukan-----> LA> latitud
                    LO>longitud


contoh : Baling, kedah (t)     
Latitud: 5° 41'
Longitud: 100° 55'


Mekah (m)                
Latitud: 21° 2515.6''
Longitud: 39° 49'  29.1''




Cara pengiraan:-


*gunakan kalkulator saintifik :-)


*tekan tanda (° '')--->(we call it anak berudu)  di kalkulator anda bagi tanda2 yang terdapat pada LA dan LO: cth--> tekan 5 tekan berudu tekan 41 tekan berudu..walaupun tanda yang dipaparkan pada skrin kelihatan sama tetapi kalkulator anda tetap membaca dengan betul, so teruskan tekan dan abaikan tanda yang sama tersebut.. contoh paparan skrin kalkulator (5°41°), ia dibaca sama dengan (5° 41' )






tan ?=__ sin (LO t - LO m)_______________________
                kos(LA t ) tan (LA m) - sin(LA )kos(LO - LO m) 




Contoh:


tan ?= ____sin(100° 55' - 39° 49'  29.1'')__________________________
        kos5° 41' tan21° 2515.6'' - sin5° 41' kos(100° 55' - 39° 49'  29.1'') 
*pengiraan di bawah boleh ditekan terus pada kalkulator dengan syarat kirakan dahulu nombor yang di dalam kurungan.


tan ?= _____sin 61° 05' 30.9''__
         0° 2325.4'' - 0° 252.34''


tan ? = 0° 5231.43''
            0° 2033.06''


tan ? = 2° 3320.81''


? = tan-1 2° 3320.81''
* untuk dapatkan tan-1 tekan shift dan tekan tan seterusnya masukkan nombor.


? = 68° 3751.92''


Untuk dapatkan Azimuth kiblat maka 


360-68° 3751.92''= 291° 22' 8.08''




Arah qiblat bagi Daerah Baling, Kedah291° 22' 8.08''


Arah qiblat Malaysia diantara 290° sehingga 293°, sekiranya terlebih atau terkurang maka qiblat anda salah ataupun pengiraan anda salah..


*bagi yang tidak suka mengira atau untuk semakan bolehlah ke :-)
~Selamat Mencuba~


Bersambung....Cara tentukan qiblat setelah mendapatkan (° '') 

Jumaat, 6 April 2012

Hati itu

Hati itu,
dijaga dibelai penuh rasa,
ke sana ke sini bagaikan berdua,
mencari tempat menambah perasa,
hinggakan akhirnya dimamah raksasa...

Hati itu..
tunduk malu tanda setuju,
bertahun sedih hanya menuggu,
biarkan pergi saat itu,
manakan sama logam dengan kayu..

Hati itu..
dipandu ke hadapan penuh semangat,
mencari sesuatu yang mungkin penat,
ditahan mati akhirnya tenat,
diri terasa bagaikan disengat..

Hati itu..
tadahan doa zikir harian,
selamanya akan tetap bertahan,
sehinggakan bertemu yang sepadan,
agar akhir nanti hidup berteman..

Hati itu..
memohon doa daripada sahabat,
bukan ringgit mahupun bath,
agar bisa dijadikan ubat,
moga termakbul sebelum terlambat..