Jumaat, 29 Julai 2011

Permasalahan & Jawapan Berkisar Ibadah dalam Bulan Ramadhan

1. Perlukah berniat setiap hari sebelum berpuasa di bulan Ramadhan dan bagaimanakah caranya ?

Jawapan :

Berniat sebelum memulakan sesuatu ibadah sudah menjadi syarat dalam kaedah fiqhiyah yang ditetapkan oleh para ulama dari keumuman perintah rasulullah yang bersabda : “ Sesungguhnya sesuatu amal perbuatan itu dengan niat dan apa yang dilakukan itu ialah dengan apa yang diniatkan…” (Hadith Sahih, Muttafaqun Alaih –Disepakati oleh Bukhari no. 41 & Muslim no.158).

Inilah yang menjadi dasar para fuqaha yang kemudiannya membangunkan kaedah usul iaitu al-umur bima qasidiha “setiap amal itu diukur dengan apa yang diniatkan” (lihat dalam al-wajiz fi syarh qawaid fiqhiyah oleh Dr Abd Karim Zaidan m/s 11). Demikianlah juga seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi ra dalam kitabnya “tidak sah berpuasa melainkan dengan niat dan keadaannya (tempat niat itu) ialah di hati..” (lihat dalam Raudhatun talibin m/s 350 jilid 2).

Mengenai niat untuk berpuasa di bulan Ramadhan, maka secara ringkas ana menjawab bahawa niat untuk berpuasa itu ialah wajib dan menjadi syarat sah puasa seperti yang disepakati oleh ulama dan disebut oleh Imam Abi Bakr Muhammad ibn Ibrahim ibn Munzir Al-Naisaburi dalam kitabnya Al-Ijmak bahawa termasuk perkara yang diijmak oleh ulama Islam ialah kewajipan berniat berpuasa pada setiap malam di bulan Ramadhan (lihat Al-Ijmak m/s 58).

Niat itu dilakukan dalam hati dan tidak menjadi kewajipan untuk menyebutnya dengan lisan dan sesungguhnya mengucapkan niat itu dengan lisan bukanlah dari sunnah dan pula bukan dari amalan salaf soleh sebaliknya bid’ah yang di ada-adakan jika dibuat bukan untuk tujuan mendidik anak-anak atau orang lain sekiranya untuk mendidik maka tidak mengapa.

Tidak perlu berniat “sahaja aku...” atau “bahawasanya aku…” atau apa-apa ayat yang formal dan mematuhi tatabahasa Melayu atau bahasa baku atau juga mematuhi perkataan tertentu…sebaliknya niat dilakukan secara lumrah dan fitrah dengan keyakinan, kesungguhan dan kejelasan untuk sesuatu perbuatan yang hendak dilakukan secara ikhlas kerana Allah di dalam hati tanpa menzahirkan.

Walalhualam.




2. Benarkah Bersugi atau bergosok gigi itu boleh mengurangkan pahala puasa dan merupakan perkara yang makruh sewaktu berpuasa ?

Jawapan :

Bersugi dan bersiwak ialah sunnah rasulullah dan menjadi kebaikan pada umat Muhammad salallahualaihiwasalam untuk menuruti sunnah baginda dan meninggalkan kata-kata bohong jahil para ustaz atau ustazah yang mencari makan dengan berceramah atau mencari makan dengan sedikit popular lalu mengeluar fatwa yang bukan-bukan tanpa ilmu.

Dalam kaedah feqah dan juga usul, sesuatu amalan sunnah secara umum seperti bersiwak tidak akan menjadi makruh melainkan wujud dalil khas yang mengkhususkan kemakruhannya pada bulan Ramadhan dengan ada dalil sabit yang jelas menunjukkan kelarangan dan keburukkannya.

Ada pun dalam hal ini para fuqaha mazhab syafie’iyah sahaja yang kebanyakkannya menjadi keliru dalam memahami hadith rasulullah dari riwayat Abu Hurairah ra yang menyebut mengenai fadhilat berpuasa iaitu antaranya “…mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi dan indah di sisi Allah dari bauan wangian kasturi” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 1904 dan Muslim no. 1151) .

Para ulama mazhab syafie’iyah iaitu pada zaman mutakalimin dan era percambahan mazhab memang terkenal dengan keterlaluan mereka dalam mengunakan akal dan logik dalam memahami sunnah tanpa memerhati kaedah tahdith dan mudah mengambil faham hadith secara logik akal tanpa meneliti riwayat dan pengamalan salaf soleh.

Dari hadith di atas, maka ramai ulama mengambil mudah memakruhkan perbuatan siwak atau bersugi hanya semata-mata mengunakan akal mereka dengan berfikir logik bahawa dengan bersugi dan bersiwak akan menghilangkan bau mulut puasa dan mengurangkan pahala dan ganjaran di sisi Allah sambil menambah bukankah bau mulut orang berpuasa itu sudah cukup wangi di sisi Allah ?

Hujah kita, maka sebagai mereka yang memahami ilmu dengan jalan pemahaman salaf soleh sudah cukup kita meninggalkan akal logik dalam memahami hadith atau sunnah setelah kita menemui riwayat yang sahih mengenai amalan salaf soleh akan mereka bersiwak dan tetap bersugi di bulan Ramadhan sewaktu mereka berpuasa.

Bahkan jika diperhati secara logik akal sekalipun maka hujah bersiwak adalah lebih kuat dan berat iaitu sabda baginda rasulullah : “Sekiranya bukan kerana aku hanya bimbang akan menyusahkan umat aku nescaya akan aku wajibkan mereka untuk bersiwak” dan pada jalan yang lain juga dari Abu Hurairah baginda menambah “setiap kali waktu berwudhuk” (hadith sahih riwayat Malik dalam Muwatha m/s 66, Bukhari no. 887 dan Muslim no. 252 dengan tambahan “setiap kali waktu solat” ).

Dibandingkan dengan kaedah fiqhiyah baik qiyas adna dan qawi sekalipun dan lain-lain uslub kita mendapati bahawa menjadikan alasan kurangnya bau mulut dengan hadith yang langsung jauh kaitannya dengan soal bau mulut itu hilang boleh mengurangkan pahala apabila hadith tersebut menceritakan bahawa bau mulut itu di sisi Allah sangatlah wangi namun apakah benar di sisi manusia ianya wangi juga kerana manusia dan Allah sangat berbeza penilaiannya ?

“ Mereka berkata ianya dari sisi Allah sedangkan ianya bukan dari sisi Allah dan mereka berkata dusta terhadap Allah..” (Ali-Imran : 78).

“Apa yang disisi Allah ialah lebih baik” (Ali-Imran : 198).

“ Dan tidaklah apa yang disisi Allah itu melainkan baik dan ianya kekal maka apakah kamu tidak memikirkan ?” (Al-Qasas : 60).

Sesungguhnya balasan mulut berbau wangi di sisi Allah bagi mereka yang berpuasa ialah balasan Allah yang hanya Allah sahaja berhak menentukannya dan mengetahui tentangnya bukan para ustaz memandai-mandai akan menambah atau berkurangnya pahala yang merupakan anugerah Allah dan termasuk soal ghaib.



Sesungguhnya wujud hadith yang dhaif dalam riwayat Abu Daud dan Tirmidzi yang menunjukkan bahawa baginda rasulullah bersiwak dalam bulan ramadhan sewaktu berpuasa. Sekalipun kita tidak mengambil dalil dan hujah dari hadith dhaif maka cukup kita berpegang pada kaedah asal bahawa kesunnahan siwak dan mengosak gigi mengunakan siwak lebih utama dipegang dari memakruhkannya sekadar mengikuti taqlid buta yang jelas lemah hujah dan tiada dalilnya.

Pesanan ana ialah hendaklah mereka yang mendengar jawapan ini pergi bersiwak di hadapan ustaz-ustaz dan ustazah yang memakruhkannya dan kemudian minta dalil dari mereka apakah hujah mereka menjadikan sunnah rasulullah sebagai tegahan ?

wallahulam


3. Apakah mandi selepas waktu tengahari itu makruh dan mengurangkan pahala puasa ?


Jawapan :

Ini merupakan soalan yang sama seperti bersiwak apabila ianya timbul dari ajaran sufi tasawuf yang menyeleweng dari sunnah rasulullah dan amalan salaf soleh. Iaitu apabila umat Islam baik para ustaz dan ustazah asyik mengira dan belajar bagaimana hendak mengukur pahala dengan mengunakan pembaris kentot mereka.

Buat demikian bertambah pahala sekian dan melakukan demikian berkurang pahala seolah-olah dia mempunyai alat pengukur pahala yang dimiliki oleh kartun Doraemon yang boleh mengukur kebaikan dan kejahatan dengan sesuatu alat.

Allahumusta’an…

Mandi dan membasahkan badan di bulan Ramadhan ialah harus dan tidak mengapa serta jika dilakukan mandi dan membasahkan kepala dan badan kerana letih dan penat serta untuk mengurangkan sedikit beban puasa maka hukumnya sunat kerana mengikuti sunnah rasulullah yang turut berbuat demikian.

Demikian apa yang diriwayatkan dari ramai sahabat baginda rasulullah mengenai perbuatan baginda yang diriwayatkan oleh Abi Bakr ibn Abd Rahman dari para sahabat rasulullah bahawa diberitahu kepadanya oleh seorang sahabat ra bahawa : “ Aku pernah melihat baginda rasulullah membasahkan kepalanya dengan air dan baginda dalam berpuasa mungkin kerana dahaga atau kerana panas” (hadith sahih riwayat Abu Daud no. 2365).


Jumaat, 15 Julai 2011

Kami ( sahabat 1)


 
S dibuli..


InsyaAllah post kali ni santai-santai ja..Dalam bersahabat memori masam manis tu sentiasa ada.


9.30 pm
Mesyuarat Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam(PMKI) unisza.
Tajuk yang sangat hangat dibincangkan sampai nak gaduh-gaduh dibuatnya. semua mempunyai pendapat masing-masing.. Ummu pon punya pendapat sendiri, sekiranya tak diterima ummu diam saja, klau diterima susah pula nak berhenti cakapnya..


Tapi bukan nak ckap pasal ni post kali ni, ummu nak cakap mengenai kenakalan tuttttttttttttt.hehe teka sendiri.
Sesudah selesai meeting dalam pukul 11 kot (dah tak ingat). ummu renggangkan otot dulu sebelum nak bangun sebab tadi kan meeting dengan muslimin, so perlu sopan duduknya.. Dalam ummu tengah senaman tu tiba-tiba si S(bukan nama sebenar) ni dia marah-marah sebab nak balik cepat, katanya hostel dia jauh dan gelap pula nak balik.


1 jam sebelumnya...
Sedang kami bermesyuarat, tiba-tiba seekor kucing masuk ke dalam surau dan lari-lari 1x100 meter dalam tu.Tapi yang kesiannya kucing tu macam kemalanga ja, so kawan ummu Z(bukan nama sebenar) ambil kucing tu dan buang kat luar(tak elok la dok dalam surau tu)


Sambung kisah tadi..

Si S ni marah-marah sambil betulkan tudung di depan cermin surau dan nak dijadikan cerita cermin tu betul-betul berada berdekatan dengan suis lampu.. Si S ni tak habis marah lagi ni, dia terus tutup semua lampu. Si Z bergegas bangun tapi Ummu still duduk lagi(semua tertanya-tanya)


Tiba-tiba Bamb........aduh..... satu ketukan kuat telah berlaku dan diselangi suara..
Z gelak sampai jatuh-jatuh dan x boleh bangun, ummu steady ja.hehe

haha si S rupanya sudah berlaga dengan pintu surau.
Sewaktu si Z buang kucing tadi si Z ni tutup pintu(pintu aluminium yang jernih tu) so si S x nampak terus tunduk dengan penuh sopan untuk keluar pintu dan terus bumb....hehe.


si Z tanya ummu kenapa ummu mantain ja...jawapan ummu..

ummu dah tahu pintu tu tertutup cuma nak tunggu siapa yang kena dulu. dan si S sudah terkena. nakal kan tapi itulah pahit manis dalam bersahabat.

Kalau bersahabat selalu buat baik ja, x ceria kan. sekali sekala perlu ada yang nakal juga.


(jangan tiru aksi ini di rumah anda)





Khamis, 14 Julai 2011

Sudah lama Islam tetapkan...

TERDAPAT BEBERAPA KES DEMAM DENGGI TELAHPUN DIKESAN DI UNISZA BARU-BARU INI.

TIADA UBAT KHUSUS UNTUK MENGUBATI PENYAKIT DEMAM DENGGI. MAKA PENCEGAHAN  AMATLAH PENTING  UNTUK MENYELAMATKAN NYAWA.

 
1 ) ELAKKAN DARI DIGIGIT NYAMUK AEDES – nyamuk Aedes biasanya aktif menggigit pada waktu awal pagi dan waktu senja. Tutup tingkap sebelum tiba waktu senja . Elakkan dari berada di luar asrama pada waktu sebegini jika boleh.Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh untuk melindungi daripada gigitan nyamuk.

Pernah baca keratan ayat ini di mana-mana??
Nyamuk yang diciptakan ditakuti,
ce tanya hati?? Siapa yang cipta nyamuk?? a..a...a.. jawab dalam hati.
Seluruh dunia menggunakan pelbagai cara untuk mengelak gigitan nyamuk aedes, yang utama diletakkan nombor 1 adalah  Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh untuk melindungi daripada gigitan nyamuk.. Baca artikel ni nak gelak pon ada, nak marah pon ada.. Apa kata kita tukar KENYATAAN ni kepada yang lebih baik.


TERDAPAT BEBERAPA KES PENDEDAHAN AURAT TELAHPUN DIKESAN DI UNISZA BARU-BARU INI.

TIADA UBAT KHUSUS UNTUK MENGUBATI KEGILAAN INI. MAKA PENCEGAHAN  AMATLAH PENTING  UNTUK MENYELAMATKAN IMAN.

 
1 ) ELAKKAN MENDEDAHKAN AURAT – HUKUMAN sudah aktif sejak bermula ISLAM hingga KIAMAT Tutup aurat sebelum datangnya murka ALLAH . Elakkan dari berada di luar asrama sekiranya tidak tutup AURAT.Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh yang dinamakan aurat untuk melindungi daripada mendapat DOSA DARIPADA ALLAH...

Siapa sokong???? JOM ramai-ramai selamatkan mahasiswa UNISZA

 

Rabu, 6 Julai 2011

PRAMUGARI & ULAMA

Seorang ulama sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwuduk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya kesingki, seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu lalu menegurnya...

Pramugari : (Dengan suara yang agak keras) Tuan tidak boleh masukkan kaki dalam singki tu, sebab mengotorkan singki.Ini tempat basuk muka, bukan basuh kaki!

Ulama : (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari cuci muka saudari dalam sehari?

Pramugari : (Dengan lagak angkuh) Huh! Dua atau tiga kali sehari!

Ulama : (Dengan sifat bersahaja) Saya mencuci kaki lima kali dalam sehari. Ini bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari!

Moralnya anda fahami sendiri ok...

Selasa, 21 Jun 2011

10 Profil Peribadi Muslim




  1. Akidah yang sejahtera 
  2.  Ibadah yang sahih
  3. Akhlak yang mantap
  4. Berpengetahuan luas
  5. Badan yang sihat
  6. Mampu berdikari
  7. Melawan nafsu
  8. Menjaga masa
  9. Bersistematik
  10. Bermanfaat pada semua

Rabu, 15 Jun 2011

COUPLE


Tak sampai seminggu ummu masuk u bagi semester 5 sudah ada yang bertanya pasal couple..soalannya begini.....
  •  Weh couple tu dose ke?
Susah juga kan nak jawab soalan ni,so bagi menjaga nama baik ummu, so ummu pon tanya dia balik...
  • Couple yang macam mana?
Ala..yang macam budak sekarang buat tu, semua orang dah ada pakwe, makwe, orang special dalam hidup. 

Ummu mengambil inisiatif untuk tidak menjawab soalan lagi tetapi mahu tahu apa pandangan dia sendiri pasal kes ni...
  • Emm, so,bagi kamu couple ni macam mana?
Entah la, dulu saya fikir couple tu salah tapi bila ada kawan saya cakap 'diorang couple tu nak kawin, dari dulu lagi macm tu, mak ayah dah setuju diorang bersama', so saya ingat couple tu tidak la salah...

Makin rumit jawapan dia, so ummu bertanya lagi...
  • Dah tu kamu ada yang special tak sekarang ni?
(dengan muka merah padam dia pon menjawab)
Dua tiga hari lepas ada seorang ustaz ni dia cakap suka kat saya, dia suka gerak kerja saya, cara saya,dan dia cakap muka saya sedap mata memandang. dan saya tengok dia pon waru', baik, pandai jaga hati orang...

Ermm, makin rumit ni, yang bertanya sudah mahu terjebak dalam couple ni.
so ringkasan jawapan ummu macam ni....


  • Matlamat tidak menghalalkan cara
  • Seorang lelaki akan menunjukkan dia macho apabila berhadapan perempuan, dan perempuan pula akan menonjolkan sikap keibuan yang disukai oleh lelaki tatkala berhadapan dengan mereka.
  • 99.9% pasangan yang bercouple di tipu oleh pasangannya.
  • Rugi masa, rugi wang, rugi kasih sayang yang betul, rugi fizikal,rugi mental.... macam2 kerugian akhirnya muflis.
Tetapi ummu, kalau kita tak berkawan dulu macam mana kita nak kenal pasangan kita?? kan nanti dah kawin x serasi pula, last2 cerai pula.


  • Dalam Islam menggalakkan sesiapa yang mahu mencari pasangan menggunakan 'orang tengah' yakni kaum kerabat dekat, sahabat, guru-guru dan lain-lain yang boleh dipercayai untuk meyimpan rahsia. orang tengah ini mestilah tahu dengan mendalam tentang orang yang ditanya. Kita akan lebih kenal pasangan kita tanpa tertipu dengan sikap kepura-puraan.
  • Lelaki yang MACHO adalah apabila dia sudah tertawan, bukan dengan kita dia luahkan tetapi dengan hati yang ikhlas berjumpa dengan ibu ayah kita. Nah... itu baru Macho wahai kaum adam.
  • Istikarah itu yang utama. mahu tahu pasangan kita?? Allah sudah tunjukkan jalan. manusia fikir mereka lebih pandai untuk diri mereka tetapi mereka tidak tahu bahawa merekalah orang dungu yang paling bodoh di dunia (maf bahasa kasar) apabila menolak jalan yang Allah berikan.

Ummu tinggalkan pembaca dengan sepotong hadis, ingatlah, Allah pasti menolong hamba-hamba yang mahu ke jalanNya..
قوله صلي الله عليه وسلم يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فاءنه أغض للبصر وأحصن للفرج ومن لم يستطع فعليه  بالصوم فاءنه له وجاء
( Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ahad, 17 April 2011

Halaqah Satu Hati

BILAKAH LAGI KITA SEMUA SATU HATI
BILAKAH LAGI KEAMANAN AKAN DIKECAPI
BILAKAH LAGI ISLAM AKAN DIJULANG TINGGI
BANGUNLAH WAHAI UMMAH KITA SATU HATI

BILAKAH LAGI KITA SEMUA SATU HATI
BILAKAH LAGI KEAMANAN AKAN DIKECAPI
BILAKAH LAGI ISLAM AKAN DIJULANG TINGGI
BANGUNLAH WAHAI UMMAH KITA SATU HATI

MARILAH BERSAMA BERSATU BERJIHAD
MENENTANG KEZALIMAN
OH INSAN SEDARLAH PEMBALASAN TUHAN PASTI AKAN DATANG

MARILAH BERSAMA BERSATU BERJIHAD
MENENTANG KEZALIMAN
OH INSAN SEDARLAH PEMBALASAN TUHAN PASTI AKAN DATANG

JANGAN TAKUT
JANGAN TAKUT BERJUANGLAH UNTUK KEAMANAN


I.Allah, akan ku teruskan perjuangan yang telah dimulakan. 
Walau dicaci, dihina, diherdik, dibuang, dimaki......
Aku tetap aku, 
Takkan aku berundur 
selagi kebenaran tidak tertegak, manusia masih lalai, kawan sendiri umpama musuh.
Allah........................... Bantullah hambamu, permudahkan urusanku, Kurniakan KAMI Taufik dan HidayahMu..

Halaqah Satu Hati> I.Allah akan menjadi program berkala bagi pelajar syariah batch 09.
 Halaqah> perjumpaan kami semua(1 kelas)
Satu> Ukhuwah kami bersama
Hati> Kenal hatimu maka kamu akan mengenal PENCIPTAmu..(Rawat hati2 kami Ya Allah)

Perjuangan Islamku untukmu
Perjuangan Islammu sama-sama berSATU.